Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) menggantung semua penerbangan keluar masuk menggunakan Boeing 737 MAX 8 dari negara ini berkuat kuasa serta merta.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif CAAM, Ahmad Nizar Zolfakar dalam satu kenyataan pada Selasa, penggantungan itu kekal sehingga notis selanjutnya dikeluarkan.
BACA: Singapura gantung sementara operasi pesawat Boeing 737 MAX
BACA: Tiga negara gantung khidmat Boeing 737 Max 8
"Untuk Malaysia, kami mengesahkan bahawa tiada pesawat negara ini yang menggunakan Boeing 737 MAX 8.
"CAAM dengan serta-merta menggantung operasi pesawat Boeing 737 MAX 8 keluar atau masuk Malaysia dan juga transit ke Malaysia sehingga notis berikutnya," katanya kenyataan tersebut pada Selasa.
Kenyataan itu susulan tragedi yang menimpa pesawat Ethiopian Airlines yang terhempas ketika dalam penerbangan dari Addis Ababa ke Nairobi pada Ahad dan mengorbankan kesemua 157 penumpang dan kru.
Nahas ini juga merupakan tragedi kedua melibatkan pesawat jenis Boeing 737 Max 8 dalam tempoh lima bulan selepas pesawat syarikat penerbangan tambang murah Lion Air terhempas Oktober lalu mengorbankan kesemua 189 penumpang dan anak kapalnya.
Terdahulu, Malaysia Airlines (MAS) dalam kenyataannya memaklumkan syarikat berkenaan tidak menggunakan pesawat jenis 737 Max 8.
MAS dalam kenyataannya pagi tadi berkata ia telah meminta maklumat teknikal daripada Boeing berhubung penghantaran pesawatnya pada 2020.
Astro Awani
Tue Mar 12 2019

Keputusan itu kekal sehingga notis selanjutnya dikeluarkan.

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.

Malaysia gantung serta-merta operasi pesawat Boeing 737 MAX
Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) menggantung semua penerbangan keluar masuk menggunakan Boeing 737 MAX 8 dari negara ini berkuat kuasa serta merta.

MH370: Kerajaan tidak akan menyerah kalah - DCA
Kerajaan akan mencontohi langkah yang diambil dalam operasi SAR bagi penerbangan 447 Air France yang terhempas di Lautan Atlantik pada 2009.