Malaysia menggesa kerajaan Indonesia mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana individu atau syarikat perladangan termasuk dari Malaysia jika didapati sengaja melakukan pembakaran hutan dan ladang di negara ini sehingga mengakibatkan jerebu ke negara jiran.
Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, pendirian kerajaan Malaysia adalah jelas iaitu tidak akan menyebelahi mana-mana syarikat pelaburan dari negaranya yang melakukan kesalahan dan tidak mematuhi undang-undang di negara lain.
"Syarikat Malaysia yang beroperasi di sini berada di bawah undang-undang Indonesia, jadi terserah kepada kerajaan republik itu untuk mengambil tindakan sewajarnya ke atas mereka sekiranya bersalah," katanya kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan dengan beberapa anggota Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) Indonesia, di sini hari ini.
Delegasi Malaysia yang diketuai oleh Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengadakan lawatan kerja sehari ke Jakarta hari ini sebagai utusan khas kabinet Malaysia bagi mengadakan perbincangan mengenai masalah jerebu.
Selain perjumpaan dengan beberapa anggota DPR, delegasi itu juga mengadakan perbincangan dengan Menteri Lingkungan Hidup dan Kehutanan Indonesia Dr Siti Nurbaya Bakar di pejabatnya bagi membincangkan persoalan khusus mengenai jerebu.
Katanya, Malaysia juga berharap satu perjanjian persefahaman (MoU) mengenai usaha menangani masalah jerebu di negara ASEAN yang dirancang pada Julai lalu dapat ditandatangani dalam masa terdekat.
Sementara itu, Tengku Adnan berkata, "Kita datang untuk bincang apa yang terbaik bagi menyelesaikan masalah (jerebu) yang berlarutan ini.
"Kita faham masalah yang dihadapi oleh Indonesia jadi kita sama-sama bincang untuk menanganinya," katanya.
Akhbar tempatan baru-baru ini melaporkan pihak berkuasa Indonesia telah mengenalpasti lima syarikat perladangan milik Malaysia dipercayai terbabit dengan aktiviti pembakaran hutan dan kawasan pertanian di Indonesia untuk tujuan penanaman semula.
Bernama
Tue Oct 27 2015

Malaysia tidak akan menyebelahi mana-mana syarikat pelaburan dari negaranya yang tidak mematuhi undang-undang di negara lain, kata Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.
Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi dekat sini, seperti yang tular di media sosial.

Malaysia gesa Indonesia tidak kompromi terhadap syarikat lakukan pembakaran hutan
Pendirian kerajaan Malaysia adalah jelas iaitu tidak akan menyebelahi mana-mana syarikat pelaburan dari negaranya yang melakukan kesalahan dan tidak mematuhi undang-undang di negara lain.

Jerebu: Pemeteraian MOU jerebu ditangguh lagi - Wan Junaidi
Penguatkuasaan undang-undang, mengamalkan sifar kebakaran terbuka serta kerjasama dua hala apabila berlakunya kebakaran merupakan perkara yang diberi perhatian.