KUALA LUMPUR: Malaysia menggesa konflik Palestin-Israel di Gaza serta tindakan menyahkan hak dan tanah rakyat Palestin dihentikan pada kadar segera.
Menteri Luar Datuk Seri Zambry Abd Kadir berkata negara-negara anggota Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), masyarakat antarabangsa dan negara-negara yang berpengaruh perlu mencari penyelesaian ke arah ini.
"Saya juga telah menggesa masyarakat antarabangsa untuk menyokong pembukaan laluan kemanusiaan untuk menyampaikan bantuan kemanusiaan kepada rakyat Palestin."
Zambry berkata demikian semasa menyampaikan kenyataan negara dalam Mesyuarat Luar Biasa Tergempar Jawatankuasa Eksekutif Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) Peringkat Menteri-Menteri Luar Negeri yang berlangsung di Jeddah, Arab Saudi pada Rabu, menurut kenyataan Kementerian Luar (Wisma Putra) pada Khamis.
Mesyuarat itu juga telah menerima pakai satu dokumen hasil yang mengutuk sekeras-kerasnya pencerobohan Israel terhadap Palestin.
Dokumen ini juga menggesa agar pencerobohan Israel dihentikan serta-merta, pengepungan yang dikenakan ke atas Semenanjung Gaza oleh Israel ditamatkan dan menyeru negara-negara dan masyarakat antarabangsa untuk menghulurkan bantuan kemanusiaan segera kepada rakyat Palestin.
Malaysia juga turut mengecam secara serius insiden pengeboman Hospital Al-Ahli Al-Arabi di Utara Gaza, sehingga menyebabkan banyak kematian termasuk wanita dan kanak- kanak serta orang awam yang tidak bersalah.
"Perbuatan kejam ini jelas sekali bertentangan dengan nilai kemanusiaan dan melanggar undang-undang antarabangsa. Sebagai salah sebuah negara pengasas OIC, Malaysia terus komited dalam memperjuangkan hak-hak rakyat Palestin.
"Malaysia bersedia untuk bekerjasama dalam mana-mana usaha antarabangsa bagi mengumpul dan menghulurkan bantuan kemanusiaan secepat mungkin kepada rakyat Palestin.
"Malaysia juga sedang giat mengadakan perbincangan dengan pemimpin-pemimpin dunia bagi mencari kaedah terbaik untuk menghentikan konflik yang berlaku dan mencari penyelesaian masa kini dan masa hadapan rakyat Palestin agar lebih aman dan selamat," katanya dalam kenyataan itu.
Sebelum ini, pada Rabu, kenyataan akhir yang dikeluarkan selepas mesyuarat luar biasa Jawatankuasa Eksekutif OIC peringkat menteri luar negeri juga menekankan peranan penting komuniti global dalam menghalang pengusiran rakyat Palestin dari tanahair mereka.
Kenyataan itu juga menekankan keperluan segera menangani krisis pelarian Palestin dan keperluan untuk penyelesaian menyeluruh terhadap konflik sejajar dengan resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Inisiatif Damai Arab.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Oct 19 2023

Zambry berkata negara-negara anggota OIC, masyarakat antarabangsa dan negara-negara yang berpengaruh perlu mencari penyelesaian ke arah ini. - Gambar fail/AP
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.
AWANI Sabah+: Keindahan Sabah menggamit pelancong asing
Peningkatan ketibaan pelancong dari tahun ke tahun ke Sabah telah menjana perbelanjaan pelancongan yang mencecah lebih RM5 billion pada tahun 2024 dan ia dijangka meningkat dengan pelbagai penambahbaikan yang memberi tumpuan kepada pemeliharaan warisan dan alam sekitar.
NASA kurangkan risiko impak Asteroid 2024 YR4 kepada 0.28 peratus
Nasa mengurangkan lagi kemungkinan impak daripada Asteroid 2024 YR4 ke Bumi pada 22 Disember 2032, kepada 0.28 peratus, menurut jangkaan terbaru NASA pada Khamis.
MARA sasar RM50 juta kutipan wakaf MARA MADANI - Asyraf Wajdi
Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyasarkan kutipan dana Wakaf MARA MADANI berjumlah RM50 juta menjelang hari pelancarannya pada 15 Mac ini.
HUAWEI MatePad Pro 13.2, tablet OLED terbesar dengan prestasi PC
HUAWEI melancarkan HUAWEI MatePad Pro 13.2-inci, tablet flagship dengan paparan OLED Flexible PaperMatte Display pertama dalam industri, menawarkan pengalaman produktiviti dan kreativiti yang lebih maju.
Kedai karpet di Nilai 3 terbakar, peniaga rugi RM30 juta
Pemilik kedai karpet yang terbakar di Nilai 3 menganggarkan mengalami kerugian hampir RM30 juta selepas stok bagi jualan Aidilfitri turut musnah dalam kejadian itu.

‘Palestin bukan untuk dijual’: Presiden Abbas tegaskan tolak rancangan pemindahan paksa
Presiden Palestin tegaskan negaranya "bukan untuk dijual" dan menolak sebarang usaha pemindahan penduduk Palestin secara paksa.

Malaysia terus perjuangkan isu kezaliman terhadap Palestin - PM Anwar
Malaysia akan terus bersuara memperjuangkan isu rakyat dan Palestin yang sedang berdepan kezaliman dan kekejaman, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Jentera pulihkan Gaza disekat, 'jentera memusnahkan' pula dibenar masuk ke Israel - Penganalisis
Pelaksanaan gencatan senjata di Gaza ketika ini adalah tidak memuaskan berikutan kegagalan Israel melaksanakan sepenuhnya janji mereka yang melibatkan aspek penghantaran bantuan kemanusiaan.

Israel berdegil, enggan undur tentera dari selatan Lubnan
IDF akan kekal di pos tersebut untuk memastikan tiada ancaman kepada penduduk Israel.

Israel siap sedia terima empat mayat tebusan dari Gaza
Israel dijangka menerima mayat empat tebusan dari Gaza dan sedang berusaha membawa pulang enam lagi tebusan yang masih hidup Sabtu ini.

Lebih 250,000 rumah musnah atau tidak boleh diduduki di Gaza
Lebih 250,000 rumah musnah atau mengalami kerosakan teruk di Semenanjung Gaza selepas 15 bulan diserang Israel.

Hanya segelintir pemimpin AS setuju ambil alih Gaza - Senator AS
Hanya segelintir pemimpin Amerika Syarikat (AS) yang senada dengan hasrat Presiden AS, Donald Trump untuk mengambil alih Gaza.

Genjatan senjata: Keluarga tebusan Israel gesa Netanyahu bawa pulang tahanan
Setakat ini, 19 tebusan Israel telah dibebaskan dengan ratusan tahanan Palestin dibebaskan sebagai balasan.

Hamas bebas tiga tebusan, Israel lepas 369 tahanan Palestin
Bas pertama tiba di Ramallah disambut sorakan orang ramai yang mengibarkan bendera Palestin.

Presiden Mahmoud Abbas tolak seruan pemindahan penduduk Palestin dari tanah air
Presiden Palestin Mahmoud Abbas pada Sabtu menegaskan penolakannya terhadap sebarang usaha untuk memindahkan rakyat Palestin dari tanah air mereka.