KUANTAN: Kerajaan menggunakan dana luar bagi menampung kos latihan kemahiran yang akan diberikan kepada pelarian Myanmar khususnya etnik Rohingya, kata Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah.
Beliau berkata kerajaan sama sekali tidak akan menggunakan duit rakyat dalam usaha membantu pelarian itu mendapatkan latihan kemahiran di negara ini.
Menurutnya, negara setakat ini tidak dapat serapkan pelarian Myanmar dalam sektor pekerjaan kerana mereka tidak mempunyai kemahiran.
"Sekarang ini kita ada kekurangan buruh daripada luar, banyak restoran, kilang dan sektor pembinaan kurang pekerja, tetapi mungkin majikan tidak bersedia ambil mereka (pelarian) kerana tidak mempunyai kemahiran asas.
"Oleh demikian, kita rancang program latihan kemahiran kepada mereka tertentu yang ingin bekerja, jadi kita sedang fikir bagaimana dana itu boleh diraih...sebagai Menteri Luar, saya juga melobi untuk mendapatkan dana daripada negara lain dan penderma antarabangsa," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Forum Pengundi Muda Penentu Masa Hadapan Negara Sempena Hari Belia Parlimen Indera Mahkota 2022, di sini, hari ini.
Mengulas lanjut, Saifuddin, yang juga Ahli Parlimen Indera Mahkota, memaklumkan setakat ini salah satu negara yang telah menyumbang ialah Qatar iaitu sebanyak US$50 juta (RM222.23 juta) dengan US$6 juta (RM26.6 juta) telah dibelanjakan untuk hal ehwal kesihatan pelarian berkenaan.
"Saya sebutkan ini supaya rakyat Malaysia tak gusar apabila Menteri Luar bercakap tentang pelarian di Malaysia, mereka juga mempunyai peluang bekerja dan pendidikan," katanya.
Sementara itu, Saifuddin, yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Pahang, ketika ditanya mengenai pembahagian kerusi bagi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) di negeri ini, berkata rundingan awal bersama gabungan PN menyatakan untuk kekal bertanding di kerusi yang telah dimenangi parti masing-masing.
"Bersatu akan bertanding di satu kawasan Parlimen yang telah dimenangi manakala PAS di lapan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), Bersatu dan Gerakan takkan minta kerusi yang PAS menang, kemudian baru kita tengok kerusi tumpuan dan siapa paling sesuai untuk bertanding.
"Bagaimanapun, kami masih lagi melihat formula yang sesuai dan keputusan itu akan dimuktamadkan di peringkat Majlis Tertinggi PN," jelasnya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Aug 14 2022
Kerajaan menggunakan dana luar bagi menampung kos latihan kemahiran yang akan diberikan kepada pelarian Myanmar khususnya etnik Rohingya, kata Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah. - Gambar fail/BERNAMA
KPM sasar lima tahun laksana sekolah satu sesi seluruh negara - Fadhlina
Kementerian Pendidikan (KPM) menyasarkan untuk menyelesaikan pelaksanaan sistem sekolah satu sesi di seluruh negara dalam masa lima tahun.
JDT akan tangguh raikan kejuaraan Liga Super, fokus kepada ACLE
JDT akan menangguhkan sambutan bagi kejuaraan Liga Super yang hampir pasti menjadi milik mereka, untuk memfokuskan kepada perlawanan Liga Juara-Juara Asia Elite (ACLE).
[TERKINI] Seorang maut, nahas helikopter di Jalan Lama KL-Bentong
Irfan Faruqi memperincikan mengenai nahas helikopter yang mengorbankan satu nyawa di Jalan Lama Kuala Lumpur - Bentong menerusi skrin sesentuh.
[TERKINI] Kemalangan pesawat helikopter di Bentong
MHS Aviation mengesahkan bahawa insiden berlaku kira-kira 10:30 pagi hari ini di tapak pendaratan helikopter ii, Bentong, melibatkan sebuah pesawat yang dipajak.
Beego terkejut isteri fail cerai, dakwa tidak terima notis peguam
Menurut Beego dia tidak mengetahui mengenai sebutan pertama kes perceraian bersama isteri.
Perkembangan nahas helikopter di Jalan Lama KL-Bentong setakat jam 1 petang
Bersama Amirul Aiman wartawan Astro AWANI membincangkan tentang nahas helicopter di Jalan Lama KL-Bentong.
Kepentingan 7 Februari dalam e-Invois: Apa yang perniagaan perlu tahu?
Pengarah Eksekutif, TraTax, Thenesh Kannaa, berkongsi kepentingan tarikh ini termasuk perbezaan antara e-invois biasa dan e-invois konsolidasi.
Nahas helikopter: TNB arah kerja, penggunaan helikopter diberhentikan
TNB memaklumkan pihak mereka akan memberikan kerjasama penuh kepada pihak berkuasa dalam siasatan insiden tersebut.
Pegawai SPRM ditempatkan sebagai Ketua Unit Integriti di semua kementerian - Azam Baki
Pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan dilantik sebagai Ketua Unit Integriti (KUI) di semua kementerian, kata Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki.
Lelaki ditahan miliki senjata buatan sendiri
Seorang lelaki ditahan kerana memiliki lastik menyerupai senapang dan panah hasil serbuan di sebuah rumah di Ipoh.
Piala Dunia 2025: Malaysia tutup kempen kumpulan tanpa sebarang mata
Malaysia ketinggalan pada minit ke-10 menerusi gol pukulan sudut penalti oleh Seyedmohammad Ghoreishiroudbaraki.
WCO permudah pelepasan kastam
Pegawai kastam di barisan hadapan perlu memiliki kecekapan dan latihan khusus dalam menaksir cukai.
2025 bukan tahun yang mudah - Khazanah
Khazanah Nasional menjangka tahun 2025 sebagai tahun mencabar dengan ketidaktentuan global dan kadar faedah tinggi, namun pelaburan jangka panjang dan inovasi akan menjadi tumpuan.
Petronas sedia bantu Uzbekistan dalam sektor petrokimia, tenaga bersih - Kenyataan
Petronas sedia menjayakan inisiatif tersebut, menyediakan kepakaran sokongan teknikal, pertukaran maklumat, dan konsultansi dalam bidang berkepentingan.
Caruman KWSP pekerja asing: Empat pandangan Ameer Ali Mydin
Walaupun kadar caruman KWSP sebanyak du peratus kelihatan kecil, kesan jangka panjang terhadap ekonomi negara tidak boleh dipandang ringan.
Piala Dunia Hoki Dalam Dewan: Malaysia kalah lagi, kali ini kepada Argentina
Malaysia bermula baik membuka tirai dengan gol padang Shamie Irfan Suhaimi pada minit ke-12, bagaimanapun momentum itu gagal diteruskan.
Piala Dunia Hoki Dalam Dewan: Jerman kalahkan Malaysia 12-4
Nicolas Proske dan Ben Hasbach muncul wira apabila masing-masing meledak empat jaringan membantu Jerman memperoleh keseluruhan 12 jaringan.
Malaysia sertai fasa kedua Jambatan Udara Kemanusiaan yang diterajui Jordan ke Gaza
Kementerian Luar berkata, penyertaan Malaysia dalam inisiatif itu dipermudahkan melalui kedutaannya di Amman.
Prospek permintaan pusat data di ASEAN kekal positif - Maybank IB
Prospek permintaan pusat data di ASEAN kekal positif berikutan rantau ini masih berada di peringkat awal kitaran pembinaan pusat data, menurut Maybank Investment Bank (IB) Bhd.
Malaysia dalam posisi kukuh galakkan kerjasama global bina semula Gaza - Penganalisis
Penganalisis percaya Malaysia mampu memainkan peranan untuk mengajak lebih banyak negara bekerjasama dalam membantu pembangunan semula Gaza melalui pendekatan diplomasi.