SEPANG: Malaysia menghantar seramai 21 anggota delegasi Pasukan Peninjau Khas ke Syria, bagi mendapatkan gambaran sebenar serta membuat penilaian di lapangan mengenai bentuk bantuan kemanusiaan yang diperlukan negara itu, yang turut dilanda bencana gempa bumi awal bulan ini.
Menteri Luar Datuk Seri Zambry Abdul Kadir berkata pasukan itu yang diketuai Timbalan Ketua Setiausaha Hubungan Dua Hala Kementerian Luar Datuk Norman Muhamad, akan membuat tinjauan di kawasan tersebut dan menghantar laporan dengan kadar segera, bagi membolehkan tindakan susulan dibuat.
"Kita sedia maklum kesukaran untuk masuk ke Syria sebelum ini, disebabkan antara lain sekatan yang dikenakan ke atas negara berkenaan, dan beberapa hari lepas sekatan itu telah ditarik balik bagi membolehkan bantuan-bantuan kemanusian masuk ke sana.
"Malaysia tidak menunggu lama dan kita terus bertindak dan berbincang dengan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan beliau dengan segera meminta kita membuat persiapan bagi menghantar pasukan peninjau malam ini," katanya kepada media semasa pelepasan pasukan khas ke Syria di sini, hari ini.
Turut hadir Kuasa Usaha Sementara Kedutaan Besar Syria di Kuala Lumpur, Mohd Ghiath Ibrahim.
Zambry berkata pasukan khas itu, terdiri daripada wakil daripada Kementerian Luar, Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia dan Kementerian Kesihatan, serta Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia dan MERCY Malaysia.
"Kepakaran pasukan ini (selain) terdiri daripada pelbagai agensi, latar belakang (anggota pasukan) adalah dalam bidang perubatan, keselamatan, pakar di dalam hal-hal mencari dan menyelamat (SAR) serta logistik.
"Ini sangat mustahak, kerana kita nak buat tindakan yang proaktif bagi membantu Syria dan yang paling mustahak, maklumat itu hendaklah disampaikan segera bagi kita membuat tindakan susulan jadi kita tidak perlu tunggu mereka pulang baru kita hantar (bantuan)," katanya Malaysia juga merancang menghantar pasukan ATM bagi mendirikan hospital medan di situ.
Zambry berkata pasukan itu akan bergerak dari sini ke Istanbul, Turkiye dan 'terbang' ke Beirut, Lebanon sebelum memasuki Syria menggunakan jalan darat.
Beliau berkata pasukan itu turut membawa bantuan kemanusian seperti bekalan perubatan dan makanan.
"Kita doakan pasukan kita yang akan pergi ini, semoga dengan niat yang baik mereka akan sampai ke sana dan melaksanakan tugas sebaik-baiknya, dalam memberi bantuan kemanusiaan," katanya.
Sementara itu Mohd Ghiath bekata rakyat Syira berterima kasih kepada kerajaan dan rakyat Malaysia kerana membantu mereka.
"Saya mahu berterima kasih atas bantuan untuk Syria dan sumbangan yang akan dihantar. Pada masa ini kami berhadapan dengan kekurangan kesemuanya seperti ubat-ubatan, minyak dan elektrik dan ramai yang berada dalam kesukaran," katanya.
Terdahulu, Anwar semasa menjawab soalan mengenai pendirian Malaysia melibatkan penghantaran pasukan bantuan ke Syria di Parlimen hari ini, beliau berkata setakat ini bantuan yang akan dihantar ke negara itu adalah dana dan peralatan perubatan, termasuk membawa satu kelengkapan hospital daripada ATM untuk dipasang di sana.
Pada 6 Feb, dua gempa bumi kuat melanda bahagian selatan dan tenggara Turkiye serta bahagian barat laut Syria, yang mencatatkan jumlah korban di dua negara terbabit melebihi 35,000 orang dengan puluhan ribu lagi cedera.
Gempa bumi pertama berukuran 7.8 pada skala Richter itu, melanda pada 4:17 pagi (01:17 GMT) dan berpusat di daerah Pazarcik di wilayah Kahramanmaras dan kurang daripada 12 jam kemudian, gegaran magnitud 7.6 itu pula melanda kawasan yang sama.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Feb 14 2023
![Malaysia hantar 21 anggota Pasukan Peninjau Khas ke Syria Malaysia hantar 21 anggota Pasukan Peninjau Khas ke Syria](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/41676393024_ZambryAbdKadir.jpg)
Menteri Luar Datuk Seri Zambry Abd Kadir (tujuh, kiri) bergambar pada Majlis Perlepasan Pasukan Peninjau Khas ke Syria di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) malam ini. - Foto BERNAMA
![Raja Jordan titah pemindahan perubatan 2,000 kanak-kanak Gaza Raja Jordan titah pemindahan perubatan 2,000 kanak-kanak Gaza](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/61738213206_JordanHospital.jpg)
Raja Jordan titah pemindahan perubatan 2,000 kanak-kanak Gaza
Langkah ini merupakan sebahagian daripada respons kemanusiaan Jordan terhadap krisis di Gaza.
![Lima cabaran dan peluang ekonomi belia Malaysia: Apa yang perlu diketahui? Lima cabaran dan peluang ekonomi belia Malaysia: Apa yang perlu diketahui?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739327507_GajiMinimum.jpg)
Lima cabaran dan peluang ekonomi belia Malaysia: Apa yang perlu diketahui?
Pasaran kerja Malaysia semakin dinamik, namun cabaran seperti ketidaksepadanan pekerjaan, hala tuju pendidikan, dan kebergantungan kepada pelaburan asing terus memberi kesan kepada golongan muda.
“Tidak ada diskrminasi sama ada wanita mahupun lelaki” - Adly
Timbalan Menteri Pertahanan berkata kenaikkan pangkat anggota wanita terbuka berdasarkan keupayaan dan peningkatan pengetahuan yang akan memberi jaminan kepada peningkatan dalam tugas dan juga pangkat anggota wanita tersebut.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
![Tiada diskriminasi, sentiasa ada peluang untuk anggota wanita ATM naik pangkat Tiada diskriminasi, sentiasa ada peluang untuk anggota wanita ATM naik pangkat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739329199_ATM.jpg)
Tiada diskriminasi, sentiasa ada peluang untuk anggota wanita ATM naik pangkat
Adly Zahari berkata, peluang kenaikan pangkat adalah terbuka kepada semua, tanpa mengira jantina.
![PM Anwar mahu iPayment diperluas ke semua kementerian, jabatan menjelang Mac PM Anwar mahu iPayment diperluas ke semua kementerian, jabatan menjelang Mac](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739327892_AnwarIbrahim.jpg)
PM Anwar mahu iPayment diperluas ke semua kementerian, jabatan menjelang Mac
Penyampaian perkhidmatan menggunakan sistem tersebut perlu dipercepatkan agar rakyat dapat segera menikmati manfaat.
Jumlah keseluruhan anggota wanita yang berkhidmat didalam ATM seramai 9,550 orang
Timbalan Menteri Pertahanan berkata Jumlah keseluruhan anggota wanita yang berkhidmat didalam ATM seramai 9,950 orang sehingga 31 Dis 2024
“Kerajaan juga sentiasa komited menghantar anggota dan pasukan khusus melibatkan anggota wanita dalam misi penting”Katanya.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
“Kerajaan juga sentiasa komited menghantar anggota dan pasukan khusus melibatkan anggota wanita dalam misi penting”Katanya.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
![Peperiksaan SPM 2024 berjalan lancar - KPM Peperiksaan SPM 2024 berjalan lancar - KPM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/81736749898_KPMjpg.jpg)
Peperiksaan SPM 2024 berjalan lancar - KPM
Kementerian turut mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua calon peperiksaan SPM 2024.
“Bukan kita tiada laporan, kita baru lancar”-Timbalan Menteri
Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi berkata akan sediakan laporan MOSTI selepas setahun pelancaran Dasar inovasi sosial.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
![Usul seragamkan agensi kerajaan dibawa ke Kabinet - PM Anwar Usul seragamkan agensi kerajaan dibawa ke Kabinet - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61738746504_AnwarIbrahim.jpg)
Usul seragamkan agensi kerajaan dibawa ke Kabinet - PM Anwar
Anwar berkata perkara berkenaan perlu dibawa kepada pengetahuan Jemaah Menteri terlebih dahulu sebelum keputusan mengenainya dibuat.
“Menggalakkan inovator ambil Pensijilan Kemahiran Malaysia (SKM)”- Timbalan Menteri
Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi berkongsi beberapa intervansi yang dicadangkan bagi mengatasi cabaran awal yang dikenal pasti.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
![Malaysia hantar 21 anggota Pasukan Peninjau Khas ke Syria Malaysia hantar 21 anggota Pasukan Peninjau Khas ke Syria](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/41676393024_ZambryAbdKadir.jpg)
Malaysia hantar 21 anggota Pasukan Peninjau Khas ke Syria
Ia bagi mendapatkan gambaran sebenar serta membuat penilaian di lapangan mengenai bentuk bantuan kemanusiaan yang diperlukan negara itu.