KUALA LUMPUR : Malaysia berharap agar China terus mengekalkan kepentingan negara jiran serta rakan kongsi terutamanya membabitkan soal pembangunan.
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, China merupakan negara yang sering membantu negara-negara lain khususnya Malaysia ketika berdepan situasi COVID-19 yang melanda dunia.
"Saya memberikan komitmen bukan sahaja untuk memperkukuh hubungan dua hala bersama China, tetapi juga menyatakan kesediaan memainkan peranan aktif bagi mempromosikan kestabilan di peringkat serantau," katanya.
Beliau berkata demikian dalam ucapan yang dibacakan Menteri Luar Datuk Seri Saifuddin Abdullah pada majlis makan malam sempena Sambutan Ulang Tahun ke-48 Hubungan Diplomatik Malaysia-China di Seri Kembangan pada Selasa malam.
Tambah Ismail Sabri, China juga telah menjadi rakan dagang Malaysia sejak 2009 berikutan kedudukannya sebagai negara kuasa besar ekonomi.
Hubungan dagang kedua-dua negara tersebut, katanya telah membawa nilai perdagangan melebihi RM421 bilion.
"Hubungan ekonomi antara dua negara ini turut memberikan peluang lebih besar kepada pembangunan Keluarga Malaysia dalam aspek kemahiran dan pengalaman selain menawarkan manfaat kewangan kepada Malaysia.
“Hubungan Malaysia-China bukan hanya kepentingan ekonomi semata-mata tetapi juga aspek pendidikan, teknologi, kesihatan atau kerjasama penguatkuasaan undang-undang yang mempunyai kepentingan bersama," katanya lagi.
Turut hadir pada majlis itu, Duta Khas Perdana Menteri ke China, merangkap Pengerusi Majlis Perniagaan Malaysia-China Datuk Seri Tiong King Sing dan Duta Besar China ke Malaysia Ouyang Yujing serta beberapa Menteri Kabinet.
Hilmi Malik
Tue Jul 12 2022
Ismail Sabri berkata, hubungan dagang Malaysia-China telah mencecah nilai melebihi RM421 bilion. - Gambar/ Bernama
AS dilanda ribut salji luar biasa
Dua kes kematian berpunca selesema di Texas manakala dua lagi kematian akibat hipotermia di Georgia dan Milwaukee.
31 koperasi Wilayah Persekutuan dalam senarai 100 terbaik negara pada 2024 - Dr Zaliha
Beliau berkata kejayaan menunjukkan potensi besar koperasi sebagai pemacu pembangunan ekonomi komuniti setempat.
Projek LRA Sungai Limau dalam proses penamatan kontraktor - Sanusi
Sanusi berkata setiap projek kerajaan mempunyai prosedur operasi standard serta peraturan yang perlu dipatuhi menurut lunas undang-undang.
Kepengerusian Malaysia dalam ASEAN beri harapan untuk tangani krisis Myanmar - Utusan PBB
Bishop menekankan peranan penting ASEAN dalam menangani krisis itu, dengan menggariskan pendirian berkecualinya dalam isu dalaman.
Kedutaan Malaysia di Bangkok bantu cari warga Sarawak yang hilang
Beliau mengarahkan pasukannya untuk bekerjasama dengan keluarga Andy Jee Ying Kit, yang dilaporkan tiba di Bangkok pada 8 Januari.
Sebagai Pengerusi ASEAN, Malaysia beri tumpuan kepada tenaga, ketersambungan - PM Anwar
Selain itu, Anwar berkata, ASEAN juga akan melibatkan diri secara membina dengan kuasa global utama sambil melindungi kedaulatannya.
Penalti Safawi bantu TFC atasi PSM Makassar FC 1-0
Dengan kemenangan itu, TFC menduduki tangga kedua kumpulan dengan berkongsi tujuh mata bersama PSM Makassar.
Warga asing terlibat kebakaran kilang gas meninggal dunia
Mangsa mengalami kesan kebakaran tahap tiga dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Hospital Tunku Ampuan Rahimah, Klang.
ASEAN ambil pendekatan berhati-hati dalam isu Myanmar, kritikal untuk pastikan keamanan - PM Anwar
Pendekatan ASEAN bukanlah dalam bentuk menguatkuasakan sistem tertentu, sebaliknya memastikan wujudnya keterangkuman dan keamanan.
Sarawak kuat kuasa perintah vaksinasi antirabies baharu
Dr Rundi berkata semua anjing di Sarawak kini diwajibkan untuk menjalani vaksinasi antirabies dan menerima suntikan penggalak tahunan.
Malaysia perlu guna FTA untuk promosi minyak sawit di global -- MPOB
Malaysia perlu menggunakan FTA yang ada dalam kalangan negara ASEAN termasuk RCEP untuk mempromosikan minyak sawit di peringkat global.
Malaysia dekatkan ASEAN kepada rakyat melalui kepengerusian inklusif
Malaysia selaku Pengerusi ASEAN 2025 bertujuan untuk menjawab persoalan lama, "Apa manfaatnya untuk saya?"
Malaysia mainkan peranan penting dalam memajukan keutamaan ASEAN - Setiausaha Agung
Di bawah kepengerusian Malaysia, Visi Komuniti ASEAN 2045 akan dilancarkan pada Mei dan dijangka mempercepatkan pembangunan mampan di rantau ini.
ATF 2025: Malaysia dan Korea Selatan komited perkukuh kerjasama pelancongan
Malaysia dan Korea Selatan terus mengukuhkan lagi komitmen kedua-dua negara dalam mempererat hubungan dua hala melalui pelancongan.
Malaysia sasar daftar 5,000 syarikat permula tahun ini - Chang
Malaysia menyasarkan untuk mendaftar 5,000 syarikat permula baharu menjelang pada tahun ini, kata Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Chang Lih Kang.
ASEAN 2025: Malaysia, Thailand dan Brunei kongsi kebimbangan situasi di Myanmar
Kementerian Luar Negeri berkata situasi di Myanmar menjadi antara isu yang berbangkit dalam kedua-dua mesyuarat bilateral melibatkan Malaysia hari ini.
Suatu pembaziran jika ASEAN gagal kerjasama mendepani cabaran global - Mohamad
Kegagalan ASEAN untuk bekerjasama mendepani pelbagai cabaran global akan menjadi satu pembaziran besar.
Eksport sarang burung Malaysia ke China disambung selepas protokol baharu dimuktamad
Eksport produk sarang burung Malaysia ke China akan disambung semula selepas KPKM melalui Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) memuktamadkan protokol eksport baharu.
Malaysia selaku Pengerusi ASEAN teguh sokong hala tuju damai Myanmar
Sebagai Pengerusi ASEAN, Malaysia komited menyokong Myanmar dalam merangka laluan ke arah penyelesaian berkekalan terhadap krisis politik dan kemanusiaan.
Umat Islam diseru terus hulur bantuan kepada rakyat Palestin - Mohd Na'im
Mohd Na'im menyeru umat Islam terus menghulurkan bantuan kepada Palestin sebagai tanda kesatuan hati dan jiwa menyokong rakyatnya.