SEPANG: Malaysia berharap dapat mengekalkan kerusi dalam Majlis Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) selepas rekod prestasi 15 tahun, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Wee Ka Siong.
Beliau berkata Kementerian Pengangkutan (MOT) perlu bekerja keras untuk dua bulan akan datang kerana Malaysia sedang berusaha untuk pemilihan semula bagi penggal keenam berturut-turut dalam Majlis ICAO bagi penggal 2022-2025.
"Sebagai ahli majlis yang bertanggungjawab dan komited selama lima penggal sejak 2007, Malaysia sentiasa menjadi penyumbang teladan kepada pertumbuhan dan pembangunan antarabangsa penerbangan awam," katanya pada sidang media di sini hari ini.
Sebelum itu beliau menghadiri majlis penjenamaan semula Batik Air selepas 10 tahun dikenali sebagai Malindo Air dan pelancaran B737-8 bagi menandakan permulaan transformasinya.
Oleh itu, Wee menggesa pengendali penerbangan supaya terus mematuhi piawaian peraturan seperti yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM), Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom) dan ICAO.
"Kita mesti konsisten mempamerkan komitmen kita untuk memastikan standard keselamatan yang paling ketat dan meletakkan penumpang dan anak kapal sebagai keutamaan kami," katanya.
Malaysia, sebagai ahli ICAO sejak 1958, pertama kali dipilih ke majlis itu pada 2007 dan dipilih semula untuk penggal kelima berturut-turut pada 2019.
Wee berkata Malaysia akan menghadiri Perhimpunan Tritahunan ke-41 Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa yang akan diadakan di Kanada dari 27 Sept hingga 13 Okt.
Beliau berkata Malaysia telah bekerja keras untuk mendapatkan sokongan negara lain dan komited memandangkan industri penerbangan Malaysia telah mengekalkan standard yang tinggi dan menyokong inisiatif ICAO, iaitu Skim Pengurangan dan Mengimbangi Karbon bagi Penerbangan Antarabangsa (CORSIA) dan penggunaan bahan api penerbangan mampan (SAF).
Wee berkata Malaysia Airlines melancarkan penerbangan pertama bahan api mampan (SAF) bulan lepas adalah permulaan yang baik dan memandangkan kos SAF adalah tiga kali lebih tinggi daripada bahan api namun kaedah itu diambil memandangkan bekalan bahan api fosil akan berkurangan di masa hadapan, dan menambah bahawa kos SAF itu dibincangkan seluruh dunia sama ada ia boleh diturunkan.
"Malaysia ada banyak feedstock, banyak lagi biomas yang boleh diterokai. Bagi saya ia satu permulaan yang baik sebagai negara yang menganggotai Majlis ICAO kita telah mengambil inisiatif untuk memulakan satu perkara yang memang dilihat dunia. Inisiatif ICAO perlu diambil lebih serius lagi. Di Malaysia banyak lagi potensi kita boleh bangunkan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 11 2022

Wee berkata, MOT perlu bekerja keras untuk dua bulan akan datang kerana Malaysia sedang berusaha untuk pemilihan semula bagi penggal keenam berturut-turut dalam Majlis ICAO bagi penggal 2022-2025. - Gambar fail

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.

MOT tiada kompromi, sifar toleransi isu integriti - Loke
Kementerian Pengangkutan (MOT) mengamalkan pendekatan tiada kompromi dan sifar toleransi terhadap isu integriti melibatkan pegawai penguat kuasa di bawah kementerian itu, kata Menterinya Anthony Loke.

MOT pinda Akta 333 tangani isu 'mat rempit'
Pindaan itu akan mewujudkan tafsiran lebih jelas berhubung aksi berbahaya mat rempit seperti menunggang motosikal secara melulu atau terlibat dengan perlumbaan haram di atas jalan raya.

MOT terima 243 permohonan program peralihan lesen kelas B
Kementerian Pengangkutan (MOT) telah menerima sebanyak 243 permohonan bagi pendaftaran Program Khas Peralihan Lesen Memandu Malaysia (LMM) kelas B1 dan B2 kepada kelas B (motosikal berkuasa tinggi).

Kos selenggara lapangan terbang di seluruh negara naik 34 peratus - MOT
MOT berkata MAHB telah membelanjakan sebanyak RM546 juta pada 2023 untuk membiayai kos penyelenggaraan bagi memastikan semua lapangan terbang kendaliannya berkeadaan baik.

Aerotrain KLIA dijangka beroperasi semula pada suku pertama 2025
Langkah itu selaras dengan pelan penggantian Aerotrain di Terminal 1, KLIA yang dijadual siap sepenuhnya pada 31 Jan, 2025.

Laluan penerbangan baharu keputusan komersial syarikat penerbangan - MOT
Keputusan berkenaan juga berasaskan aspek daya maju komersial laluan terbabit.

Fasa kedua projek naik taraf LTSIP dijangka selepas pada Jan 2025 - MOT
Apabila siap sepenuhnya, terminal baharu LTSIP akan dapat menampung kapasiti sehingga empat juta penumpang setahun.

MOTAC, MOT teliti keperluan subsidi diteruskan kepada pengangkutan pelancongan – Fahmi
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya dan Kementerian Pengangkutan akan meneliti keperluan memasukkan kenderaan pengangkutan pelancongan di bawah program SKDS 2.0.

MOT perlu pastikan kontena Israel tidak berlabuh dalam negara - TPM Ahmad Zahid
Kementerian Pengangkutan perlu memastikan tiada mana-mana kontena syarikat perkapalan berpangkalan di Israel berlabuh di pelabuhan negara ini.

MOT pelawa orang ramai beri cadangan RC, VEP di sempadan Malaysia-Thailand
MOT akan menganjurkan satu sesi taklimat kepada pihak-pihak yang berminat untuk membangun sistem dan mengoperasikan pengurusan sistem RCVEP di 8 pintu masuk sempadan Malaysia dengan Thailand.