SEPANG: Malaysia amat menghargai kepercayaan yang diberikan Kerajaan Arab Saudi untuk meneruskan program "Mecca Route" yang dimulakan secara rintis pada 2017, kata Menteri Luar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.
Zambry berkata ketika dilaksanakan enam tahun lepas, Malaysia merupakan negara tunggal yang dipilih Kerajaan Arab Saudi untuk projek rintis program itu sebelum disusuli pada tahun seterusnya dengan penyertaan Pakistan, Indonesia, Maghribi dan Bangladesh.
"Saya ambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Arab Saudi yang memberi kepercayaan kepada Malaysia.
Ini adalah satu daripada perkhidmatan terbaik dan saya menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Arab Saudi. Kami sedia bekerjasama dalam bidang-bidang lain," katanya pada sidang media selepas melakukan tinjauan ke kaunter khas Jabatan Imigresen dan Imigresen Arab Saudi bagi program "Mecca Route" di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini pada malam Selasa.
Menyifatkan program itu sebagai program istimewa kepada bakal jemaah haji Malaysia, Zambry berkata ia mempercepatkan proses dokumentasi bakal jemaah haji tanpa perlu bersesak dengan penumpang bagi destinasi lain.
"Ini merupakan pendekatan kreatif yang dilaksanakan Kerajaan Arab Saudi. Bukan semua negara dapat keistimewaan seumpama ini," katanya.
Kerajaan Arab Saudi yang masih meneruskan program "Mecca Route" yang membolehkan bakal jemaah haji Malaysia ke Makkah tanpa perlu melalui prosedur yang memakan masa, sebaik tiba di lapangan terbang negara itu.
Menerusi program itu, anggota imigresen Arab Saudi yang berada di kaunter di KLIA bagi program itu akan memeriksa pasport jemaah haji dan apabila tiba di lapangan terbang Madinah atau Jeddah, jemaah haji Malaysia tidak perlu lagi menunggu proses imigresen dan kastam di negara itu.
Sementara itu Duta Arab Saudi ke Malaysia Mesaad Ibrahim Abdullah Al Sulaim mendoakan jemaah haji Malaysia yang mengerjakan haji pada tahun ini mendapat haji yang mabrur.
"Kami gembira untuk memudah cara jemaah haji Malaysia dan Alhamdulillah, insya-Allah mereka akan mendapat haji yang mabrur," katanya.
Pada majlis pelepasan kumpulan pertama yang terdiri daripada 284 jemaah haji Malaysia 20 Mei lepas, Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Haji (TH) Syed Hamadah Syed Othman dilaporkan berkata seramai 31,600 jemaah haji yang merupakan kuota penuh rasmi negara akan berlepas ke Tanah Suci bagi menunaikan rukun Islam kelima.
Penerbangan pertama jemaah haji negara bermula pada 21 Mei manakala penerbangan pulang terakhir ialah pada 1 Ogos depan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 30 2023

Zambry berkata ketika dilaksanakan enam tahun lepas, Malaysia merupakan negara tunggal yang dipilih Kerajaan Arab Saudi untuk projek rintis program itu. - Gambar Bernama
Australia umum USD5.4 bilion untuk Medicare
Perdana Menteri Australia Anthony Albanese mengumumkan suntikan dana tambahan bernilai USD5.4 bilion bagi memperkukuh sistem penjagaan kesihatan negara, dengan tujuan menampung lebih banyak kos lawatan ke doktor, lapor Xinhua.
![[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia [KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71740286728_Renewableenergy.jpg)
[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia
Malaysia telah mencapai 28 peratus dalam campuran bahan api setakat Oktober 2024.
Lebih 18,000 orang berhimpun di Istana Maharaja Jepun raikan hari keputeraan
Lebih 18,000 orang berhimpun dalam cuaca sejuk di Istana Maharaja Jepun bagi meraikan hari keputeraan Maharaja Naruhito.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
FAMA membawa masuk sejumlah 640 metrik tan kelapa dengan peningkatan 30 peratus yang diimport termasuk dari Indonesia.

FAMA kaji harga lantai belian sayur dan buah ladang kontrak
Kajian harga lantai bagi produk di bawah seliaan FAMA akan dibuat dua tahun sekali dengan kerjasama beberapa agensi termasuk Jabatan Pertanian.

Bapa saudara cabul remaja ditahan polis
Suspek berusia 30-an melakukan perbuatan itu ketika mangsa yang juga seorang remaja berusia 14 tahun berada di rumah neneknya.

Jerman adakan pilihan raya awal Ahad ini
Jerman akan mengadakan pilihan raya awal pada Ahad bagi memilih 630 ahli Bundestag.

Kastam rampas senjata api tiruan bernilai RM1.8 juta sepanjang tahun lepas
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) berjaya menggagalkan 31 kes cubaan membawa masuk senjata api ringan tiruan ke negara ini sepanjang tahun lepas, membabitkan nilai rampasan RM1.8 juta.

Melaka Sentral akan dibaik pulih demi keselesaan pengguna
Bangunan Melaka Sentral tidak akan dirobohkan tetapi kerja-kerja pemuliharaan dan baik pulih pada bahagian yang rosak bakal dilaksanakan.

Terengganu guna khidmat pelajar tahfiz imam solat tarawih
Semua masjid dan surau digalak melantik imam dalam kalangan pelajar tahfiz yang menguasai aspek al-Quran dan mempunyai ilmu pengetahuan fiqah.

Arab Saudi perluas "Mecca Route" ke enam negara lain hasil kejayaan di Malaysia - Mohd Na'im
Kejayaan projek perintis "Mecca Route" yang dimulakan oleh kerajaan Arab Saudi di Malaysia pada 2017 membolehkan program itu diperluas ke enam negara lain.

KDN nyatakan komitmen urusan di bawah inisiatif Mecca Route berjalan lancar
Kementerian Dalam Negeri (KDN) melalui Jabatan Imigresen (JIM) memegang pada komitmen untuk memastikan urusan rakyat Malaysia yang menunaikan haji di bawah inisiatif Mecca Route, berjalan lancar.

Malaysia hargai kepercayaan Arab Saudi teruskan program "Mecca Route" - Zambry
Malaysia amat menghargai kepercayaan yang diberikan Kerajaan Arab Saudi untuk meneruskan program "Mecca Route" yang dimulakan secara rintis pada 2017.