KUALA LUMPUR: Malaysia dan India mengesahkan komitmen untuk meningkatkan lagi kerjasama pertahanan, khususnya dalam aspek kerjasama antara tentera dan sains pertahanan, teknologi dan industri.
Ia dicapai dalam pertemuan antara Menteri Pertahanan Malaysia Datuk Seri Mohamad Hasan dan rakan sejawatannya dari India, Shri Rajnath Singh di Kementerian Pertahanan, Jalan Padang Tembak, di sini hari ini.
Shri Rajnath Singh tiba di sini semalam untuk lawatan pengenalan empat hari ke Malaysia.
Menurut kenyataan bersama yang dikeluarkan selepas mesyuarat itu, kedua-dua pemimpin memperakui dan bersetuju untuk mengukuhkan kerjasama pertahanan antara Malaysia dan India dengan menandatangani Pertukaran Surat (EoL) untuk meminda Memorandum Persefahaman (MoU) mengenai kerjasama pertahanan antara Kerajaan Malaysia dan Kerajaan India yang ditandatangani pada tahun 1993.
"Penandatanganan EoL akan memudahkan lebih banyak aktiviti dua hala antara ketiga-tiga perkhidmatan ketenteraan pada masa hadapan," katanya.
Kedua-dua pemimpin juga bersetuju untuk meneroka lebih banyak kerjasama antara Malaysia dan India dalam kebolehoperasian kedua-dua tentera dalam ketiga-tiga domain; darat, laut, dan udara dalam masa terdekat.
Persamaan aset pertahanan antara kedua-dua negara akan meningkatkan kerjasama, terutamanya dalam penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih (MRO).
"Mereka juga bersetuju untuk menubuhkan Forum SU-30 dan Kumpulan Kerja Hal Ehwal Strategik untuk meningkatkan kerjasama antara kedua-dua kementerian dengan pegawai kanan dan anggota tentera dari kedua-dua kementerian akan terus membincangkan perkara berkaitan pertahanan menggunakan platform ini," menurut kenyataan itu.
Lawatan rasmi Menteri Pertahanan India ke Malaysia mencerminkan kepentingan hubungan pertahanan antarabangsa yang kukuh seperti yang ditetapkan oleh Tonggak Ketiga Strategi Pertahanan Nasional, iaitu Perkongsian Boleh Dipercayai, seperti yang digariskan oleh Kertas Putih Pertahanan Malaysia (DWP).
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 10 2023

Persamaan aset pertahanan antara kedua-dua negara akan meningkatkan kerjasama, terutamanya dalam penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih (MRO). - Gambar Bernama

Sidang kemuncak pemimpin Arab bermula di Riyadh di sebalik perancangan pembangunan semula Gaza
Putera Mahkota Arab Saudi Mohammed bin Salman menjadi tuan rumah bagi sidang kemuncak peringkat tinggi di Riyadh.

TFC, Kuching City seri 2-2 di SSMZA
TFC terpaksa berpuas hati dengan satu mata selepas diikat 2-2 oleh Kuching City FC dalam aksi Liga Super 2024/2025.

Kerajaan Jepun luluskan RUU tembakan kecemasan untuk haiwan berbahaya
Pindaan rang undang-undang ini bertujuan untuk membolehkan respons yang lebih cepat dan berkesan berbanding langkah sedia ada.

Jabatan Kesihatan Melaka tingkat pemantauan, saringan langkah awal kekang kusta
"Setakat ini tiada kes dikesan dalam kalangan penduduk Orang Asli di negeri ini melibatkan 14 perkampungan dengan lebih 2,000 penduduk."

Hubungan dua hala Bangladesh-Malaysia diperkukuh pada Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa
Ahsan menyifatkan Malaysia sebagai model keharmonian dalam kepelbagaian komuniti linguistik.

Teknologi robotik pacu sektor pelancongan kesihatan di Melaka
Upaya memacu sektor pelancongan kesihatan yang menjadi satu daripada subsektor penting dalam industri pelancongan negeri.

Penantian veteran ATM hampir dua tahun dapat rumah baharu berakhir
Shamsudin Hamzah terpaksa menunggu lebih lama untuk mendapatkan rumah baharu kerana keadaan tanah di kawasan itu dari jenis gambut.

Sarawak hasrat bida tuan rumah World Robot Olympiad
Hasrat itu selaras dengan matlamat menjadikan Sarawak sebagai hab kecemerlangan pendidikan robotik serta STEM.

Ribut salji sebabkan gangguan meluas di Istanbul
Ribut itu membawa penurunan suhu yang ketara serta salji lebat, dengan keadaan paling buruk dilaporkan pada Jumaat.

164,000 kelapa tua dibawa masuk penuhi permintaan menjelang Ramadan, Aidilfitri
Angka itu merangkumi 82,000 kelapa yang tiba dari Sabah bulan ini, manakala 82,000 lagi dibawa masuk dari Kepulauan Palembang pada Mac depan.

PM Anwar pengerusikan mesyuarat kabinet usai lawatan rasmi ke Bahrain
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar turut memaklumkan hasil lawatan beliau ke Bahrain dan Brunei pada mesyuarat itu.

Berucap di IIDC satu penghormatan besar buat negara - PM Anwar
Anwar menyifatkan ruang diberikan kepada beliau bagi menyampaikan ucapan pada sesi utama IIDC sebagai satu bentuk pengiktirafan terhadap peranan signifikan Malaysia di pentas dunia Islam.

Malaysia terus perjuangkan isu kezaliman terhadap Palestin - PM Anwar
Malaysia akan terus bersuara memperjuangkan isu rakyat dan Palestin yang sedang berdepan kezaliman dan kekejaman, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beberapa kerjasama baharu Malaysia-Bahrain dijangka dimeterai sebelum Mei - PM Anwar
Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beberapa kerjasama yang dibincangkan dalam lawatan rasmi pertamanya ke Bahrain termasuk berkaitan teknologi kewangan dijangka dimeterai sebelum Mei ini.

Kesihatan Agong lebih baik selepas jalani rawatan - PM Anwar
Keadaan kesihatan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim kini jauh lebih baik selepas menjalani rawatan konservatif, menurut Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Rancangan kembalikan penerbangan terus Malaysia-Bahrain sedang dibincang - PM Anwar
Perkara itu antara dibangkitkan pada kunjungan hormat ke atas Putera Mahkota dan PM Bahrain Salman bin Hamad Al Khalifa di Istana Gudaibiya.

Agong berkenan terima menghadap Anwar di Bahrain
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Bahrain pada Rabu.

PM Anwar tiba di Bahrain untuk lawatan rasmi
Perdana Menteri Anwar tiba Manama untuk lawatan rasmi ke Bahrain atas jemputan Putera Mahkota dan Perdana Menteri Bahrain, Salman Hamad Al Khalifa.

Lawatan PM ke Bahrain bakal buka lembaran baharu hubungan diplomatik 50 tahun
Anwar juga dijadual menghadap Raja Bahrain Raja Hamad Isa Al Khalifa yang merupakan satu penghormatan tinggi kepada Malaysia.

Presiden Erdogan diberi sambutan rasmi di Perdana Putra
Sebaik tiba pada 11.10 pagi, Erdogan disambut Perdana Menteri Anwar sebelum lagu kebangsaan kedua-dua negara dimainkan.