KUALA LUMPUR: Malaysia dan Indonesia akan terus sepakat meneroka aliran baharu perniagaan sektor minyak antara dua negara.


Ringkasan AI
  • Malaysia dan Indonesia akan terus bekerjasama meneroka aliran baharu perniagaan sektor minyak melalui kerjasama antara Petronas dan Pertamina, dua syarikat gergasi minyak di rantau ini.
  • Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menyatakan bahawa kesepakatan dan kepercayaan antara pimpinan kedua-dua negara adalah penting untuk merealisasikan kerjasama ini.
  • Pertemuan antara Anwar Ibrahim dan Presiden Indonesia, Prabowo Subianto, turut membincangkan pemerkasaan dalam bidang pendidikan, ekonomi, dan pertahanan.


Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ia melibatkan kerjasama dua syarikat gergasi minyak bagi Malaysia dan Indonesia.

“Komitmen negara untuk pastikan kerjasama Petronas dan Pertamina (syarikat minyak Malaysia dan Indonesia) selaku dua syarikat gergasi minyak di rantau ini lebih sepakat untuk teroka aliran baharu perniagaan sektor minyak," katanya.

Beliau berkata dalam sidang media selepas mengadakan pertemuan tertutup bersama presiden Indonesia, Prabowo Subianto di Menara Berkembar Petronas KLCC, pada Isnin.

Jelas beliau, hal ini mampu dicapai menerusi kesepakatan antara kedua-dua syarikat gergasi minyak perancangan berjalan seperti yang dirancang.

“Hal itu hanya akan berlaku sekiranya bukan sahaja persefahaman, kedekatan, keyakinan dan trust (kepercayaan) dalam kalangan pimpinan dan pasukan pimpinan kedua-dua negara.

“Ini termasuk memberi arahan jelas kepada rakan-rakan negeri dan jabatan terkait selain sektor swasta untuk meningkatkan apa yang kita sepakati direalisasikan secepat mungkin.

“Ini juga termasuk memeterai kerjasama Petronas dan Pertamina selaku dua syarikat minyak gergasi supaya lebih sepakat untuk meneroka bidang perniagaan baharu,” katanya.

Sementara itu, pertemuan itu turut menyentuh beberapa lagi soal pemerkasaan lain antaranya dalam bidang pendidikan, ekonomi, serta bidang pertahanan.