TOKYO: Malaysia dan Jepun bersetuju supaya hubungan dua hala dinaikkan taraf ke peringkat yang lebih komprehensif, dan Dasar Pandang ke Timur (DPT) diteruskan dengan membina kerjasama baharu seperti dalam bidang tenaga, bandar pintar, alam sekitar dan perubahan iklim.
Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika bertemu Perdana Menteri Jepun Fumio Kishida di Tokyo pada Jumaat, telah mencadangkan supaya hubungan Malaysia-Jepun dinaik taraf kepada "Comprehensive Strategic Partnership" (CSP) di samping menyatakan kesediaan meneruskan Dasar Pandang ke Timur, dan ia disambut baik oleh Kishida.
Ismail Sabri berkata beliau dan Kishida bersetuju supaya perbincangan lanjut diadakan bagi menyelaras penaikan taraf hubungan Malaysia-Jepun itu.
"Malaysia dan Jepun akan buat rangka untuk lebih jelas dari segi peningkatan hubungan," katanya dalam sidang media di Tokyo pada Sabtu bagi mengakhiri lawatan kerja rasminya ke Jepun yang disifatkannya sebagai berjaya.
BACA: PM Ismail Sabri bertemu PM Jepun, cadangkan supaya hubungan Malaysia-Jepun dinaik taraf
Hubungan Malaysia-Jepun dinaik taraf daripada "Enhanced Partnership" ke Strategic Partnership pada 2015.
Menurut Ismail Sabri, Kishida pernah melawat Malaysia pada 2015 sebagai Menteri Luar ketika itu, dan pada tahun berkenaan, taraf hubungan Malaysia-Jepun telah ditingkatkan daripada "Enhanced Partnership" kepada "Strategic Partnership."
Dalam pertemuan yang berlangsung di Kantei atau Pejabat Perdana Menteri Jepun pada Jumaat, Ismail Sabri mengadakan perbincangan dua hala dengan Kishida bagi memperkukuh hubungan Malaysia-Jepun yang sekian lama terjalin dan ia merupakan pertemuan bersemuka kali pertama antara mereka.
Ismail Sabri dan Kishida pernah berhubung menerusi telefon pada 2 Disember 2021 dan 20 April lepas bagi membincangkan pengukuhan hubungan Malaysia-Jepun, serta membincangkan isu-isu serantau dan antarabangsa, yang Malaysia dan Jepun mempunyai kepentingan bersama.
Ini juga merupakan kali pertama Kishida menjadi hos kepada perdana menteri Malaysia sejak memegang jawatan sebagai perdana menteri Jepun pada Oktober tahun lepas.
Tahun 2022 adalah ulang tahun ke-65 penubuhan hubungan diplomatik Malaysia-Jepun dan juga ulang tahun ke-40 Dasar Pandang ke Timur.
Ismail Sabri berkata beliau telah menyampaikan penghargaan kepada Kishida di atas sokongan dan bantuan Jepun dalam usaha-usaha pembangunan di Malaysia dalam konteks pelaksanaan DPT.
"Kita telah menyatakan kesediaan Malaysia untuk meneruskan DPT dengan Jepun secara membina program-program kerjasama baharu seperti tenaga, bandar pintar, alam sekitar dan perubahan iklim," katanya.
Ismail Sabri berkata dalam perbincangannya dengan Kishida, mereka berdua bersetuju supaya kerjasama bidang ekonomi perdagangan dan pelaburan terus ditingkatkan.
Jepun merupakan rakan dagang keempat terbesar Malaysia sejak 2015. Nilai dagangan pada tahun 2021 berjumlah USD35.9 bilion, meningkat kira-kira 20 peratus berbanding USD29.6 bilion pada tahun 2020.
Jepun merupakan pelabur ketiga terbesar dalam kategori jumlah projek sektor pembuatan.
Nilai pelaburan dari tahun 1980 hingga 2021 adalah USD 27.6 bilion dengan 2,709 projek sektor pembuatan dilaksanakan. Pada 2021, sebanyak USD1.81 bilion jumlah pelaburan telah dicatatkan, melibatkan 25 projek sektor pembuatan diluluskan.
Ismail Sabri berkata beliau juga memberi jaminan kepada Kishida bahawa proses penubuhan kampus cawangan Universiti Tsukuba di Malaysia akan dimuktamadkan dalam masa terdekat.
Beliau berkata Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) telah menyatakan masalah teknikal berhubung penubuhan universiti itu telah selesai.
Hasrat untuk menubuhkan sebuah kampus cawangan insitutsi pengajian tinggi (IPT) Jepun di Malaysia telah diutarakan pada Jun 2018 bagi memberi lebih pendedahan dan akses kepada sistem pendidikan Jepun kepada pelajar Malaysia.
"Kita beri jaminan universiti (itu) dapat ditubuhkan dalam masa terdekat," kata Ismail Sabri.
-- BERNAMA
Bernama
Sat May 28 2022
Ismail Sabri berkata beliau telah menyampaikan penghargaan kepada Kishida di atas sokongan dan bantuan Jepun dalam usaha-usaha pembangunan di Malaysia dalam konteks pelaksanaan DPT. - Foto Astro AWANI
Kemalangan: Sakit jantung punca pemandu rempuh tembok parkir Hospital Serdang
Pemandu WRV yang nyaris jatuh dari tingkat tiga bangunan parkir pusat jantung, Hospital Sultan Idris Shah (HSIS), Serdang semalam sakit dada ketika memandu.
Serangan bom: Rakyat Malaysia diminta berwaspada ketika bercuti ke Thailand
Rakyat Malaysia yang merancang untuk bercuti ke Thailand dinasihatkan agar sentiasa berwaspada susulan insiden serangan bom di Narathiwat.
Copa del Rey: Real Madrid tanpa khidmat Mbappe, Bellingham di suku akhir
Ancelotti berkata, dua pemain utama itu akan menyertai Eduardo Camavinga, David Alaba dan Antonio Rudiger dalam senarai pemain tidak beraksi.
Konflik Gaza: Pertubuhan Islam Malaysia kecam cadangan Trump miliki Gaza
Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) bersama semua pertubuhan Islam di Malaysia mengecam sekeras-kerasnya kenyataan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, yang mendakwa negara itu akan mengambil alih dan memiliki Gaza melalui rancangan pembangunan semula.
Alliance Bank tawar program bantuan banjir kepada pelanggan terjejas
Alliance Bank mengumumkan Program Bantuan Banjir bagi membantu meringankan beban kewangan pelanggan yang terjejas akibat banjir yang melanda Sabah dan Sarawak.
Sukan SEA 2025: KBS sasar jumlah keseluruhan pingat, bukan mengikut warna - Hannah
Kementerian Belia dan Sukan akan mengumumkan sasaran pingat berdasarkan jumlah pingat dan bukan mengikut warna pingat.
'Ini pembersihan etnik secara terang-terangan' - YB Indera Mahkota
Ahli Parlimen Indera Mahkota Datuk Saifuddin Abdullah berkata kenyataan yang dikeluarkan Presiden Amerika Syarikat untuk mengambil alih Semenanjung Gaza bermotifkan pembersihan etnik. #AWANInews
Penduduk utara Sydney diminta didih air sebelum digunakan selepas bakteria E. coli dikesan
Majlis Perbandaran Central Coast keluarkan amaran kepada penduduk di 10 kawasan, kira-kira 50km utara Sydney, bekalan air mereka berpotensi tercemar.
Sultan Kedah berkenan mempengerusikan Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-268
Sultan Kedah Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah berkenan mempengerusikan Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-268 di Istana Negara hari ini.
Kesuma, PERKESO dapatkan maklumbalas dengan pemegang taruh
Pihak Kementerian Sumber Manusia (kesuma) melalui Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) telah mengadakan sesi libat urus bersama para pemegang taruh bagi mendapatkan maklum balas berkenaan dengan cadangan pelaksanaan Skim Kemalangan Bukan Bencana Kerja (SKBBK).
PRK Pelangai: Siapa pun calon, dia wakili parti - Ismail Sabri
Ismail Sabri berkata, tidak sepatutnya timbul isu berhubung siapa yang dipilih bertanding kerana pada akhirnya, calon itu akan tetap membawa nama dan imej parti.
Pinda Akta DBP, beri kuasa ambil tindakan salah guna bahasa Melayu - Ismail Sabri
Ismail Sabri berkata, perkara itu merupakan sebahagian daripada usaha semasa pentadbirannya, namun tidak sempat dilaksanakan disebabkan pertukaran Kerajaan.
Tidak bersara, Ismail Sabri akan terus aktif politik walaupun bukan lagi Naib Presiden
Ismail Sabri berkata beliau juga akan kekal menjalankan tanggungjawab sebagai Ketua UMNO Bahagian Bera selepas menang tanpa bertanding.
Kerajaan 'caretaker' bersidang seperti biasa, bentang bajet mini untuk gaji penjawat awam
Kerajaan semasa akan kekal sebagai kerajaan caretaker sekiranya tiada mana-mana parti membentuk kerajaan dalam masa terdekat ini.
Pasca PRU15: 'BN tak sokong mana-mana gabungan bentuk kerajaan' - Ismail Sabri
Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) telah membuat keputusan untuk tidak menyokong mana-mana gabungan untuk membentuk kerajaan.
PRU15: Ismail Sabri tiba di Istana Negara
Tujuan sesi menghadap antara Perdana Menteri dan Yang di-Pertuan Agong berkenaan masih menjadi tanda tanya.
MH17: Malaysia berpuas hati dan sokong keputusan Mahkamah The Hague - PM
Malaysia sentiasa berpendirian bahawa perbicaraan yang dijalankan mesti berlandaskan kebenaran, keadilan dan tanggungjawab.
PRU15: 'Deklarasi Profesor Melayu G70 sokong Anwar' tidak wakili MPN - Ismail Sabri
Perkara itu dimaklumkan Presiden MPN sendiri, Profesor Datuk Dr Raduan Che Rose ketika dihubunginya pada Rabu.
Banjir: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri seluruh negara telah diaktifkan - PM
Ismail Sabri berkata, fokus gerak kerja di peringkat negeri dan daerah telah bersiap sedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan.
PRU15: 'Saya masih calon PM untuk BN, tiada perubahan' - Ismail Sabri
Jelas Ismail Sabri, tiada perubahan mengenai keputusan yang telah dibuat BN sebelum ini.