BEIJING: Malaysia kekal sebagai sebuah negara Zon Keamanan, Kebebasan dan Berkecuali (ZOPFAN) meskipun menjalin kerjasama perdagangan antarabangsa dengan dua kuasa besar yang saling bersaing iaitu China dan Amerika Syarikat.
Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul berkata Malaysia tidak pernah mengubah pendirian itu malah kedua-dua kuasa besar kekal sebagai pelabur terbesar di negara ini.
Beliau berkata berikutan anjakan paradigma ekonomi ke rantau Asia, Malaysia sewajarnya turut memperkukuh hubungan perdagangan dengan China yang semakin maju dalam bidang ekonomi dan teknologi.
"Sesiapa sahaja yang ingin berniaga dengan kita, kita berniaga... tetapi lebih penting apabila kini berlaku gelombang pertukaran ekonomi ke Asia.
"Jika abad ke-19 milik British dan Eropah, abad ke-20 milik Amerika Syarikat dan kini abad ke-21, pertukaran berlaku apabila perkembangan ekonomi menunjukkan Asialah tempatnya.
"Jika Malaysia tidak mengambil kesempatan dengan kebangkitan gelombang ekonomi Asia ini, sememangnya ada yang tidak kena dengan kita," katanya dalam temu bual khas bersama Bernama sempena lawatan rasmi beliau ke Beijing, China.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan bagaimana Malaysia mengimbangi persepsi dunia terhadap tindakan negara yang menjalin kerjasama diplomasi serta perdagangan antarabangsa dengan China dan Amerika Syarikat.
Johari berkata Malaysia sebagai negara tuan rumah Sidang Kemuncak ASEAN pada 2025 mesti mempunyai hala tuju yang jelas seiring dengan gelombang perubahan ekonomi ke rantau itu.
Justeru, beliau berkata kerjasama dan hubungan diplomatik dengan China membuka peluang kepada Malaysia untuk menetapkan hala tuju dalam menerajui ASEAN.
"Bayangkan apabila kita jadi Pengerusi, apa dan bagaimana hala tuju kita untuk membawa ASEAN kalau kita tidak bercakap tentang kebangkitan Asia dan ekonominya.
"Takkan kita nak cakap soal politik dan peperangan... bagi saya, apa yang akan kita ketengahkan, perdebatkan dan lakukan bila sampai waktunya pada 2025 itu ialah kita menjurus kepada tujuan perhebat kedudukan rakyat kita dan rantau ini," katanya.
Beliau menyifatkan agenda dan hala tuju itu adalah luhur dan baik, justeru negara harus berkolaborasi dengan China untuk memaksimumkan potensi Malaysia di rantau ini.
Johari, yang mengetuai delegasi Parlimen Malaysia, menamatkan lawatan rasmi ke republik itu atas undangan rakan sejawatnya Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kongres Rakyat Kebangsaan China (NPC) ke-14 Zhao Leji, hari ini.
Semasa lawatan sejak 23 Sept itu, Johari mengadakan pertemuan dua hala bersama Zhao, Pengerusi Persidangan Konsultatif Rakyat China (CPPCC) Wang Huning dan Presiden China Xi Jinping selain menghadiri majlis pembukaan Sukan Asia Hangzhou 2023 serta melawat beberapa syarikat besar di negara itu dalam bidang teknologi, tenaga boleh diperbaharui, pertanian dan kecerdasan buatan (AI).
-- BERNAMA
Bernama
Wed Sep 27 2023
Malaysia tidak pernah mengubah pendirian itu malah kedua-dua kuasa besar kekal sebagai pelabur terbesar di negara ini.
Pemilihan lokasi taska, tadika berkeperluan khas mengikut keperluan di setiap negeri
Faktor pemilihan lokasi bagi pelaksanaan taska dan tadika berkeperluan khas dibuat berdasarkan keperluan sesuatu tempat dan kajian perlu dijalankan bagi meletakkan taska berkeperluan khas berkenaan. #AWANInews
Usaha wujudkan taska, tadika berkeperluan khas dimulakan di Melaka
Usaha mewujudkan taska dan tadika berkeperluan khas atau autisme akan dilaksanakan dan dimulakan di negeri Melaka pada tahun ini dan akan diperluaskan ke negeri-negeri lain pada 2026. #AWANInews
Saya pemain paling lengkap, terbaik dalam sejarah - Cristiano Ronaldo
Cristiano Ronaldo percaya dirinya merupakan pemain bola sepak terhebat dengan menegaskan dia telah melakukan sesuatu yang tidak pernah dilakukan oleh pemain lain.
'OIC dah lama tak guna' - Pakar
Dalam pada itu, Pakar Undang-Undang Antarabangsa UKM, Prof Dr Salawati Mat Basir Turut menyelar Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) yang disifatkan beliau sudah lama tidak berguna.
Rancangan Trump mahu ambil alih Gaza 'gila' - Pakar
Cadangan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump untuk mengambil alih Gaza dan diuruskan oleh negara itu dengan baik adalah 'gila' dan tidak masuk akal.
Menurut Pakar undang-undang antarabangsa UKM, Prof Dr Salawati Mat Basir tindakan Trump yang tidak menghiraukan undang-undang antarabangsa itu dilihat sebagai bentuk pengusiran penduduk Gaza.
Menurut Pakar undang-undang antarabangsa UKM, Prof Dr Salawati Mat Basir tindakan Trump yang tidak menghiraukan undang-undang antarabangsa itu dilihat sebagai bentuk pengusiran penduduk Gaza.
Tiada normalisasi dengan Israel jika tiada negara Palestin Merdeka - Arab Saudi
Arab Saudi sekali lagi menegaskan pendiriannya bahawa normalisasi hubungan dengan Israel tidak akan berlaku tanpa penubuhan sebuah negara Palestin yang merdeka.
Konflik Gaza: Trump Gelar Gaza 'Riviera Asia Barat' apabila dibangunkan
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, menyatakan hasrat untuk melawat Israel dan kemungkinan membuat lawatan ke Gaza.
Di sebalik 'tekanan maksimum' AS ke atas Iran, Trump mahu baiki hubungan dengan Tehran
Bagaimanapun, Presiden AS mengingatkan Tehran tidak boleh miliki senjata nuklear.
Cadangan bangunkan silibus, modul AI perubatan sedang dibincangkan
Cadangan untuk membangunkan silibus dan modul perubatan berkaitan AI dalam sektor kesihatan sedang dibincangkan dengan teliti oleh Kementerian Kesihatan. #AWANInews
Sukan SEA 2025: KBS sasar pingat keseluruhan, tidak ikut warna pingat - Hannah
Katanya, penetapan itu turut mengambil kira saranan daripada barisan pakar di Nippon Sports Science University (NSSU).
Piala Dunia Hoki Dalam Dewan: Malaysia kalah lagi, kali ini kepada Argentina
Malaysia bermula baik membuka tirai dengan gol padang Shamie Irfan Suhaimi pada minit ke-12, bagaimanapun momentum itu gagal diteruskan.
Piala Dunia Hoki Dalam Dewan: Jerman kalahkan Malaysia 12-4
Nicolas Proske dan Ben Hasbach muncul wira apabila masing-masing meledak empat jaringan membantu Jerman memperoleh keseluruhan 12 jaringan.
Malaysia sertai fasa kedua Jambatan Udara Kemanusiaan yang diterajui Jordan ke Gaza
Kementerian Luar berkata, penyertaan Malaysia dalam inisiatif itu dipermudahkan melalui kedutaannya di Amman.
Prospek permintaan pusat data di ASEAN kekal positif - Maybank IB
Prospek permintaan pusat data di ASEAN kekal positif berikutan rantau ini masih berada di peringkat awal kitaran pembinaan pusat data, menurut Maybank Investment Bank (IB) Bhd.
Malaysia dalam posisi kukuh galakkan kerjasama global bina semula Gaza - Penganalisis
Penganalisis percaya Malaysia mampu memainkan peranan untuk mengajak lebih banyak negara bekerjasama dalam membantu pembangunan semula Gaza melalui pendekatan diplomasi.
Malaysia kaji impak platform AI Deepseek kepada negara - Gobind Singh
Kerajaan sedang mengkaji impak platform kecerdasan buatan (AI) sumber terbuka DeepSeek China terhadap Malaysia, kata Menteri Digital Gobind Singh Deo.
Malaysia bekerjasama dengan Jepun di bawah kerangka CEAPAD untuk pembinaan semula Gaza
Komitmen ini selaras dengan kenyataan Perdana Menteri mengenai keperluan mendesak untuk mempercepat usaha pembinaan semula Gaza dan Palestin.
Kedudukan geopolitik Malaysia amat signifikan bantu bangun semula Gaza - IKIM
Dalam konteks geopolitik, Malaysia berada dalam kedudukan strategik untuk menjalin kerjasama erat dengan negara-negara anggota OIC.
Malaysia diiktiraf lima negara utama aktif wakaf al-Quran peringkat global
Malaysia kini diiktiraf sebagai antara lima negara utama yang aktif dalam wakaf al-Quran peringkat global, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
GPI tafsirkan sumbangan suri rumah dalam bentuk kewangan - Penganalisis
Penunjuk Kemakmuran Tulen (GPI) memberikan gambaran menyeluruh mengenai produktiviti negara dengan mengambil kira aktiviti ekonomi dan selainnya.