GEORGE TOWN: Malaysia merupakan destinasi pelaburan yang menarik untuk syarikat multinasional (MNC) berikutan kelebihannya yang terserlah dalam rantaian bekalan pembuatan global, menurut Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA).
Pengerusinya, Tan Sri Dr Sulaiman Mahbob berkata MNC yang menyasarkan pengembangan di Asia, terutamanya, boleh memanfaatkan infrastruktur, rangkaian pengangkutan yang cekap dan keupayaan logistik Malaysia yang kukuh untuk mengoptimumkan rantaian bekalan dan membuka pasaran yang pelbagai.
"MNC perlu memanfaatkan lokasi strategik Malaysia yang menyediakan jaringan yang amat baik ke pasaran serantau dan global. Mereka perlu memanfaatkan kelebihan ini untuk menjadikan Malaysia sebagai hab untuk operasi serantau atau global mereka.
"Dengan terlibat secara aktif dengan ramai pembekal, pengilang dan penyedia perkhidmatan tempatan, MNC mempunyai peluang untuk mewujudkan ekosistem yang kukuh untuk menyokong usaha mereka," katanya kepada Bernama.
Sulaiman berkata Program Jalinan Industri sebagai antara inisiatif sedemikian yang menggalakkan kerjasama antara perusahaan besar serta perusahaan kecil dan sederhana (PKS).
Program selama sehari ini, yang diadakan di Pulau Pinang pada bulan lepas, telah menghubungkan 11 MNC dan 52 PKS melalui lebih 150 sesi perniagaan kepada perniagaan (B2B) yang berkesan.
"Bekerjasama dengan rakan kongsi tempatan boleh membantu MNC dan PKS meneroka landskap perniagaan tempatan, mendapat pandangan mengenai pasaran dan mengakses kepakaran tempatan.
"Kami telah menyaksikan perubahan untuk beberapa PKS yang memainkan peranan lebih besar dalam rantaian bekalan global. Syarikat ini menyediakan perkhidmatan nilai tambah, produk yang bersesuaian, berkualiti tinggi dan berkos rendah dengan kelajuan yang cepat ke pasaran," katanya.
Sulaiman berkata dengan mewujudkan hab bekalan mereka di Malaysia dan menghubungkan dengan PKS tempatan, MNC boleh mengambil peluang daripada rangkaian perdagangan negara yang luas dan kos yang lebih rendah untuk menjalankan perniagaan.
Beliau merujuk kepada Program Rantaian Bekalan MIDA-Xinyi sebagai kerjasama yang berjaya antara perusahaan tempatan dan MNC.
Pengeluar kaca bersepadu terkemuka China, Xinyi mengeluarkan kaca apung berkualiti tinggi, kaca kereta dan kaca seni bina jimat tenaga, serta mempunyai rangkaian jualan meliputi lebih 130 negara dan wilayah di seluruh dunia.
Sulaiman berkata Xinyi Malaysia beroperasi di Jasin, Melaka, sebagai bahagian luar negara pertama di luar China dan syarikat itu kini merancang untuk mengembangkan pangkalan pembekalnya sebagai sebahagian daripada pelan penyetempatannya.
"Sehingga 98 peratus daripada produk mempunyai duti import sifar di bawah perjanjian perdagangan bebas (FTA) Malaysia dengan ASEAN, yang membawa kepada kos yang lebih rendah untuk menjalankan perniagaan.
"Ini memberikan syarikat yang beroperasi di Malaysia akses keutamaan untuk meraih peluang pertumbuhan dan pasaran segera dalam salah satu blok perdagangan terbesar di dunia," katanya.
Malaysia telah mewujudkan rangkaian hubungan perdagangan yang kukuh melalui pelbagai FTA seperti dengan Jepun, Pakistan, India, New Zealand, Chile, Australia dan Turkiye.
Di peringkat ASEAN, Malaysia adalah sebahagian daripada perjanjian perdagangan bebas ASEAN (AFTA), yang merangkumi FTA serantau dengan China, Korea Selatan, Jepun, Australia, New Zealand dan India.
"Malaysia akan terus mengukuhkan rangkaian logistik dan pengangkutannya untuk meningkatkan kesalinghubungan dengan pasaran global untuk memudahkan aliran barangan, perkhidmatan dan maklumat yang lancar, sekali gus memastikan kedudukan negara sebagai hab bekalan Asia yang ideal," kata Sulaiman.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jul 09 2023
Sulaiman berkata, Program Jalinan Industri antara inisiatif yang menggalakkan kerjasama antara perusahaan besar dan PKS. - Gambar fail/Bernama
Peneraju baharu FAM mampu bawa Harimau Malaya ke peringkat lebih tinggi - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh optimis sekiranya Naib Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Mohd Joehari Mohd Ayob dipilih peneraju baharu FAM.
Malaysia tekan kepentingan kerangka industri mineral di FMF25 - Nik Nazmi
Malaysia menekankan kepentingan kerangka industri mineral yang lestari dan keperluan untuk dunia menangani ketegangan geopolitik pada "Future Minerals Forum 2025" nanti.
Sesi Pemukiman Menteri-Menteri Luar berlangsung di Langkawi
Luqman Hariz membawakan perkembangan semasa Sesi Pemukiman Menteri-Menteri Luar ASEAN di Langkawi .
Gencatan senjata Gaza: Semua pihak diseru ambil kesempatan bantu rakyat Palestin - Mujahid
Semua pihak diseru mengambil kesempatan daripada perjanjian gencatan senjata di Gaza dengan bersiap sedia membawa misi bantuan kemanusiaan ke Palestin.
Inisiatif Kampung Digital Melaka dijangka lengkap dalam tempoh enam bulan
Inisiatif Kampung Digital Melaka dijangka dilengkapkan dalam tempoh enam bulan.
Warga emas rugi RM500,000 terpedaya pelaburan tidak wujud
Seorang lelaki warga emas kerugian RM500,000 apabila terpedaya pelaburan tidak wujud yang menjanjikan pulangan lumayan.
AWANI Ringkas: Polis sahkan ada dadah dalam darah empat mangsa maut
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Imigresen serbu penempatan pekerja asing, tahan 76 pendatang tanpa izin
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menahan 76 pendatang tanpa izin dalam serbuan di penempatan pekerja asing di Shah Alam dan Kajang.
Suatu pembaziran jika ASEAN gagal kerjasama mendepani cabaran global - Mohamad
Kegagalan ASEAN untuk bekerjasama mendepani pelbagai cabaran global akan menjadi satu pembaziran besar.
Op Sky: Empat lagi pegawai bank ditahan SPRM
Empat lagi pegawai bank ditahan SPRM pada Jumaat berhubung sindiket pinjaman membabitkan mangsa penjawat awam.
MIDF unjur ekonomi Malaysia tumbuh 4.6 peratus pada 2025
Ekonomi Malaysia diunjurkan berkembang pada 4.6 peratus tahun ini, dipacu oleh peningkatan perbelanjaan dan pelaburan domestik di samping pengembangan berterusan dalam perdagangan luar.
Sektor hartanah dijangka catat pertumbuhan kukuh pada 2025 - Rahim & Co
Abdul Rahim berkata, dengan sokongan kerajaan yang berterusan pasaran hartanah dijangka terus berkembang.
SEZ Johor-Singapura, eratkan lagi integrasi dalam ASEAN - PM Anwar
JS-SEZ adalah inisiatif unik apabila kedua-dua negara bekerjasama membantu mempromosikan kedua-dua negara dan menarik pelaburan.
Malaysia perkasa syarikat pemula, pacu penyelesaian inovatif - Chang
Malaysia akan berusaha memperkasakan syarikat pemula dengan memudahkan kerjasama dan menggalakkan penyelesaian inovatif yang lebih komersial.
Malaysia sasar perkukuh hubungan digital pada Mesyuarat Menteri Digital ASEAN di Bangkok
Malaysia menyasar untuk memperkukuh hubungan digital pada Mesyuarat Menteri Digital ASEAN (ADGMIN) kelima yang akan berlangsung dari 15 hingga 17 Jan, 2025 di Bangkok, Thailand.
Petros dan Sarawak komited untuk bekerjsama dengan Kerajaan Persekutuan, PETRONAS
Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg menghargai pengiktirafan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Petroleum Sarawak Bhd (Petros) sebagai agregator gas tunggal di Sarawak.
Anwar jumpa Keir Starmer, penyelesaian isu Palestin antara perbincangan
Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan mesyuarat dua hala bersama Perdana Menteri United Kingdom (UK), Keir Stammer yang berlangsung hari ini sebagai pertemuan yang baik.
Pelaburan KWSP dalam MAHB untuk sokong pembayaran dividen
Keputusan pelaburan KWSP termasuk aktiviti dagangan melibatkan saham MAHB adalah berdasarkan analisis menyeluruh untuk memberikan nilai kepada ahli.
Sunway Property umum pelantikan Chung Soo Kiong sebagai Pengarah Urusan baharu
Sunway Property, cabang hartanah Sunway Group, mengumumkan pelantikan Chung Soo Kiong sebagai Pengarah Urusan baharu mereka.
PM Anwar akan segera kemuka Kertas Kabinet, aplikasi teknologi AI dalam perkhidmatan kerajaan
Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan hasrat untuk segera mengaplikasikan teknologi kecerdasan buatan (AI) dan blok rantai dalam sistem perkhidmatan kerajaan.