Pelajar dan pengamal perubatan di negara ini disaran membuat pengkhususan dalam dalam bidang urologi bagi menangani masalah kekurangan pakar dalam bidang itu.
Timbalan Menteri Kesihatan Dr Lee Boon Chye berkata pada masa ini hanya terdapat 114 pakar urologi dengan nisbah seorang bagi setiap 300,000 penduduk.
Kerajaan menyasarkan untuk meningkatkan bilangan pakar urologi negara kepada 1,000 orang katanya pada sidang media selepas melancarkan Persidangan Urologi Malaysia ke-27, di sini, pada Jumaat.
Katanya bagi mencapai sasaran itu, Lembaga Urologi Malaysia telah melancarkan kurikulum urologi komprehensif baharu untuk memenuhi keperluan pelatih-pelatih urologi.
"Susulan pertambahan bilangan pelatih dan pusat latihan di seluruh Malaysia, menjadi satu cabaran untuk mengekalkan jumlah tenaga pelatih yang konsisten," katanya dan menambah kerajaan berhasrat memastikan satu pakar urologi untuk setiap 60,000 penduduk.
Dr Lee berkata juga terdapat keperluan untuk mewujudkan kesedaran dalam kalangan lelaki pertengahan umur serta warga emas yang enggan mendapatkan rawatan urologi pada peringkat awal.
"Lelaki perlu tampil apabila mengalami masalah seperti jangkitan saluran kencing, batu karang, darah dalam urin yang mungkin disebabkan buah pinggang atau kanser berkaitan urologi seperti prostat," katanya.
Persidangan tiga hari bertemakan 'Shades of Grey in Urology' itu melibatkan 300 pengamal dan pelajar perubatan urologi bagi membincangkan tentang perkembangan terkini bidang itu serta dilema rawatan kontroversi dan praktikal yang dihadapi dalam bidang tersebut.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Nov 23 2018
Dr Lee berkata terdapat keperluan untuk mewujudkan kesedaran dalam kalangan lelaki pertengahan umur serta warga emas yang enggan mendapatkan rawatan urologi pada peringkat awal. - Gambar fail
TDM sedang teliti pertimbang longgarkan syarat pengambilan perajurit muda
Tentera Darat sedang meneliti untuk memberi kelonggaran syarat pengambilan perajurit muda yang mempunyai kelebihan dalam bidang sains dan teknologi serta teknikal.
Tiga suspek rempuhan masih diburu, identiti dikenal pasti
Tiga individu berkenaan dikenali sebagai M Devindran berusia 25; M Ranjith, berusia 19 tahun; dan M Lavindran berusia 27 tahun.
Taiwan larang penggunaan Deepseek
Taiwan melarang pekerja sektor awam dan kemudahan infrastruktur utama daripada menggunakan enjin kecerdasan buatan (AI), Deepseek dengan dakwaan produk China itu boleh mengancam keselamatan negara.
Trudeau ancam tindakan segera terhadap cadangan tarif AS
"Tiada siapa - di kedua-dua belah sempadan - yang mahu melihat tarif Amerika ke atas barangan Kanada."
Nanta minta JKR pantau pergerakan tanah di Temalat
Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi meminta JKR Sarawak untuk memantau pergerakan tanah di lokasi tanah runtuh di Jalan Song-Temalat-Kanowit, Song.
Tiga lagi tebusan warga Israel dibebaskan Hamas
Perjanjian gencatan senjata di Gaza antara Hamas-Israel diteruskan dengan pembebasan tiga warga Israel pada Sabtu.
Nahas Philadelphia: Enam orang disahkan berada dalam pesawat
Enam individu berada di dalam pesawat kecil yang terhempas di Philadelphia, menurut Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA), selepas pada mulanya melaporkan hanya dua orang berada di dalam pesawat, lapor agensi berita Jerman (dpa).
Hamas serahkan dua tebusan Israel kepada wakil ICRC - Laporan
Hamas membebaskan dua tebusan Israel, Ofer Calderon dan Yarden Bibas, dengan menyerahkan mereka kepada wakil Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa (ICRC).
PAUiTM dan Boustead Hotels & Resorts tandatangani Nota Kerjasama, perkukuh jaringan strategik
Persekutuan Alumni UiTM Malaysia dan Boustead Hotels & Resorts secara rasmi menandatangani Nota Kerjasama bagi memperkukuh jaringan strategik.
NADMA diminta terus pantau tahap kesiapsiagaan agensi terlibat hadapi bencana - Ahmad Zahid
Kerajaan menyediakan peruntukan awal kepada semua negeri dan agensi tindak balas bagi tujuan pengoperasian semasa Monsun Timur Laut 2024/2025.
Teknologi AI bantu atasi kekurangan pakar keselamatan siber - Fahmi
Teknologi kecerdasan buatan (AI) boleh diguna pakai untuk membantu mengurangkan kebergantungan kepada tenaga pakar dalam bidang keselamatan siber buat masa ini.
Malaysia kekurangan pakar urologi - Dr Lee
Timbalan Menteri Kesihatan Dr Lee Boon Chye berkata pada masa ini hanya terdapat 114 pakar urologi dengan nisbah seorang bagi setiap 300,000 penduduk.