KUALA LUMPUR: Malaysia bersedia untuk bekerjasama dengan negara Asean lain, serta peserta industri, pembiaya, dan usahawan teknologi, untuk masa depan yang holistik dan mampan bagi rantau ini, kata Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad.
Beliau berkata Malaysia perlu bekerja dalam kerangka Asean untuk berhasil dalam usaha menangani perubahan iklim, dan Asean yang mampan adalah penting ke arah mencapai Abad Asia.
Abad Asia merujuk kepada pengaruh atau kuasa besar yang dijangka dilaksanakan negara-negara Asia pada abad ke-21 susulan ekonominya berkembang pesat dan demografi belia.
"Semangat Asean yang luar biasa yang memastikan keamanan dan kemakmuran di kebanyakan wilayah sehingga kini mesti beralih ke arah menangani cabaran paling kewujudan pada masa depan, iaitu perubahan iklim dan usaha untuk peralihan tenaga yang adil," katanya ketika menyampaikan ucaptama pada Sidang Kemuncak AtoZero Asean di sini, pada Rabu.
Sidang kemuncak itu ialah acara kemuncak Pameran dan Persidangan Teknologi Hijau dan Produk Eko Antarabangsa Malaysia (IGEM) 2023 -- mengetengahkan kalangan pembuat keputusan utama yang meneroka kaedah, dasar dan peluang perniagaan untuk memacu agenda peralihan kepada pelepasan karbon sifar bersih global.
Nik Nazmi berkata menjelang 2040, Pusat Tenaga Asean menganggarkan pelepasan karbon dioksida boleh meningkat sebanyak 147 peratus berbanding paras pada 2017.
"Sememangnya, Asean sebagai sebuah rantau boleh kehilangan 37.4 peratus daripada KDNK (Keluaran Dalam Negara Kasar) semasa pada 2048 jika mitigasi perubahan iklim tidak dilaksanakan," katanya.
Beliau berkata itulah yang menjadikan Asean antara yang paling rentan di rantau Asia kepada perubahan iklim.
Beliau berkata untuk mencapai matlamat neutral karbon, Asean mesti merapatkan jurang karbon dioksida 2.6 gigaton.
Berdasarkan analisis oleh Boston Consulting Group, mencapai keneutralan karbon boleh menghasilkan nilai tambah KDNK sebanyak US$3.0 hingga US$5.3 trilion menjelang 2050, menarik pelaburan hijau sehingga US$6.7 trilion di samping menjana lebih 60 juta pekerjaan tambahan.
Mengenai usaha Malaysia, beliau berkata kerajaan melancarkan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR) untuk merangka secara menyeluruh trajektori negara ke arah masa depan yang lebih cerah, bersih dan berdaya tahan.
Kejayaan pelaksanaan NETR akan melonjakkan nilai KDNK Malaysia daripada RM25 bilion pada 2023 kepada RM220 bilion dan menjana 310,000 pekerjaan pada 2050.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Oct 04 2023
Nik Nazmi berkata untuk mencapai matlamat neutral karbon, Asean mesti merapatkan jurang karbon dioksida 2.6 gigaton. - Gambar fail/Bernama
JS-SEZ beri impak positif, bantu tingkat jualan hartanah di Johor - Exco
Impak positif penubuhan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) telah membantu meningkatkan penjualan hartanah di Johor.
Johor rancang bangun sukan padel, pickleball - Exco
Johor merancang untuk membangunkan sukan padel dan pickelball sekali gus menjadi tarikan pelancongan sukan di negeri itu.
Larian obor sukan musim sejuk Asia ke-9 bermula pada Isnin
Kurang seminggu sebelum pembukaan rasmi Sukan Musim Sejuk Asia (AWG) ke-9 di Harbin, larian obor temasya tersebut akan bermula secara rasmi di "Bandar Ais" pada Isnin.
KESUMA teruskan libat urus berhubung gaji minimum - Sim
Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) akan terus mengadakan sesi libat urus dengan pelbagai pihak berhubung pelaksanaan gaji minimum supaya dasar itu boleh ditambah baik dari semasa ke semasa.
Ke arah Kuala Lumpur lebih inklusif, lestari dan selesa didiami - Lee Lam Thye
Orang ramai diingatkan untuk merenung kemajuan ibu negara dan terus berusaha menjadikan bandar raya ini lebih inklusif, lestari dan selesa untuk didiami.
Pengurusan taman tema dipanggil setelah laporan penuh dibentang - Amirudin
Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata pertemuan itu juga mungkin melibatkan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) setelah maklumat penuh diperoleh.
EU laksana had sekatan penggunaan AI
Keperluan baharu untuk mengawal selia penggunaan kecerdasan buatan (AI) mula dikuatkuasakan di Kesatuan Eropah (EU) pada Ahad dengan pelaksanaan Akta AI EU.
Penggiliran kerja petugas kaunter dilaksana secara berfasa
Pelaksanaan sistem penggiliran kerja bagi penjawat awam yang telah berkhidmat lebih lima tahun di kaunter perkhidmatan telah dilaksanakan bermula Januari 2025 secara berfasa.
ASEAN: Anwar adakan pertemuan dengan Thaksin dan George Yeo
Dalam pertemuan tersebut, pelbagai isu penting serantau dibincangkan termasuk situasi di Myanmar serta pembangunan mata wang kripto.
Tiga ditahan susulan dua kes rogol berasingan
Polis menahan tiga lelaki termasuk warga emas bagi membantu siasatan bersabit dua kes rogol berasingan di Jeram, Kuala Selangor semalam.
Malaysia komited bekerjasama dalam kerangka ASEAN bagi usaha sifar bersih - Nik Nazmi
Malaysia bersedia untuk bekerjasama dengan negara Asean lain, serta peserta industri, pembiaya, dan usahawan teknologi, untuk masa depan yang holistik dan mampan bagi rantau ini.