Malaysia komited untuk mengukuhkan peranannya dalam Komanwel yang terdiri daripada 53 negara anggota terutama dalam mengetengahkan nilai-nilai kesederhanaan seperti didukung oleh Gerakan Kesederhanaan Global.
Dalam perutusan sempena Hari Komanwel 2018, Kementerian Luar berkata pendekatan kesederhanaan yang diperkenalkan oleh Malaysia telah diberi pengiktirafan melalui Resolusi Kesederhanaan yang diluluskan di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNGA) pada Disember 2017.
Ia termasuk pengisytiharan Tahun Kesederhanaan Antarabangsa pada 2019.
"Pendekatan ini menyokong usaha secara aman seperti pengantaraan, dialog dan perbincangan yang konstruktif berdasarkan prinsip saling hormat-menghormati dan persefahaman bersama," kata kementerian.
Sebagai bakal tuan rumah Mesyuarat Ketua-ketua Kerajaan Komanwel (CHOGM) pada 2020, Malaysia akan terus memberikan komitmen terhadap usaha penting yang dijalankan oleh Komanwel.
"Malaysia bersama-sama dengan negara anggota Komanwel yang lain menaruh harapan untuk mengetengahkan agenda dan isu-isu kepentingan bersama," kata kementerian. Malaysia telah menjadi anggota Komanwel sejak 1957.
Hari Komanwel, yang jatuh pada 12 Mac, ialah bagi mengingati pencapaian Komanwel sejak penubuhannya pada 1949.
Menurut kementerian, tema tahun ini "Towards a Common Future'" menzahirkan pentingnya nilai-nilai dan prinsip bersama Komanwel.
"Ia juga adalah hari apabila 53 negara yang melakar sejarah bersama tampil bersama-sama untuk menghargai hubungan yang mengikat mereka bersama-sama. Secara kolektif, mereka akan terus memberi peluang kepada rakyat masing-masing menikmati masa depan yang lebih baik dari aspek politik, sosial dan ekonomi," kata kenyataan itu.
CHOGM 2018 dijadualkan berlangsung dari 16 hingga 20 April di London.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Mar 11 2018
![Malaysia komited main peranan penting dalam Komanwel Malaysia komited main peranan penting dalam Komanwel](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-03/61520787579_commonwealth.jpg)
Hari Komanwel, yang jatuh pada 12 Mac, ialah bagi mengingati pencapaian Komanwel sejak penubuhannya pada 1949.
![AFC akan nilai laporan diterima daripada Pohang Steelers AFC akan nilai laporan diterima daripada Pohang Steelers](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71740025267_tbWindsorJohn.jpg)
AFC akan nilai laporan diterima daripada Pohang Steelers
AFC menerima laporan daripada Pohang Steelers, ekoran dakwaan gangguan bunga api di penginapan pasukan itu menjelang perlawanan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) kelmarin.
![Video tular anggota polis dimarahi depan IPD Kulai, empat lelaki ditahan Video tular anggota polis dimarahi depan IPD Kulai, empat lelaki ditahan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41740025773_tbIPDKulai.jpg)
Video tular anggota polis dimarahi depan IPD Kulai, empat lelaki ditahan
Polis menahan empat lelaki tempatan selepas tular satu video memaparkan kejadian seorang anggota polis dimarahi di hadapan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulai pada Selasa.
AWANI Ringkas: 13,000 kakitangan sektor kesihatan letak jawatan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine
Presiden Rusia, Vladimir Putin sekali lagi menegaskan kesediaan Moscow untuk kembali ke meja rundingan mengenai Ukraine tetapi menekankan bahawa membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat (AS) adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.
Dewan Rakyat 'hangat', YB Kampar sarankan Wee Ka Siong dilantik Penasihat KWSP
Dewan Rakyat hangat YB Kampar, Chong Zhemin beri cadangan kepada Menteri Kewangan untuk melantik YB Ayer Hitam , Datuk Seri Wee Ka Siong sebagai penasihat KWSP.
"Sebab dia hebat, dia ada 'crystal ball' dia boleh tahu bila saham naik, bila saham turun," kata YB Kampar ketika Sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri.
"Sebab dia hebat, dia ada 'crystal ball' dia boleh tahu bila saham naik, bila saham turun," kata YB Kampar ketika Sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri.
Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, pada Rabu mengecam Volodymyr Zelenskyy sebagai "seorang diktator tanpa pilihan raya" dan menegaskan, Presiden Ukraine itu perlu bertindak segera untuk mendapatkan perdamaian atau bakal kehilangan negaranya.
Penularan HIV meningkat dalam kalangan lelaki homoseksual
Lebih 60 peratus kes jangkitan HIV tahun lalu berpunca daripada hubungan homoseksual dan biseksual, menurut Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.
Beliau menyatakan bahawa penggunaan kondom yang tidak konsisten dalam kalangan kumpulan berisiko tinggi menjadi faktor utama peningkatan jangkitan.
Beliau menyatakan bahawa penggunaan kondom yang tidak konsisten dalam kalangan kumpulan berisiko tinggi menjadi faktor utama peningkatan jangkitan.
Projek paip gas RM4 bilion di Sabah dibatalkan lagi
Kerajaan Persekutuan tidak bercadang untuk meneruskan projek Trans-Sabah Gas Pipeline (TSGP) bernilai RM4 bilion, yang bertujuan menyalurkan gas dari Kimanis ke daerah pantai timur Sabah seperti Sandakan dan Tawau.
Projek ini dibatalkan oleh kerajaan Pakatan Harapan pada tahun 2018 tetapi dihidupkan semula tiga tahun kemudian oleh pentadbiran Perikatan Nasional.
Namun, kerajaan kini memutuskan untuk tidak meneruskannya selepas menyerahkan kuasa kawal selia bekalan gas kepada kerajaan negeri Sabah pada 10 Januari 2023.

Malaysia-Bahrain bincang kembalikan penerbangan terus antara dua negara
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim maklumkan, Malaysia merancang untuk mengembalikan penerbangan terus ke Bahrain bagi mengukuhkan hubungan dua hala serta meningkatkan peluang ekonomi dan pelancongan antara kedua-dua negara.
![Kontraktor didakwa pukul ejen rumah hingga patah tangan Kontraktor didakwa pukul ejen rumah hingga patah tangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71740025501_tbkontraktorkecede.jpg)
Kontraktor didakwa pukul ejen rumah hingga patah tangan
Seorang kontraktor dihadapkan ke Mahkamah Sesyen atas pertuduhan menyebabkan kecederaan parah kepada seorang ejen perumahan sehingga mangsa patah tangan.
![Malaysia komited main peranan penting dalam Komanwel Malaysia komited main peranan penting dalam Komanwel](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-03/61520787579_commonwealth.jpg)
Malaysia komited main peranan penting dalam Komanwel
Hari Komanwel, yang jatuh pada 12 Mac, ialah bagi mengingati pencapaian Komanwel sejak penubuhannya pada 1949.