LANGKAWI: Malaysia komited untuk meningkatkan keupayaan dalam industri pertahanan melalui kerjasama serantau.
Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamad Hasan berkata ini penting ke arah merealisasikan matlamat negara seperti ditetapkan dalam pelan tindakan industri pertahanan dan keselamatan yang bakal diwujudkan tidak lama lagi.
"Pelan tindakan ini, termasuk visi kita untuk Malaysia, adalah bagi menyumbang ke arah keselamatan global melalui pengeluaran perkakasan dan teknologi," katanya ketika berucap pada majlis perasmian dan resepsi Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2023 (LIMA'23) di sini pada malam Isnin.
Turut hadir Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook dan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor.
Mengenai LIMA'23, Mohamad berkata penganjurannya menjadi antara acara yang paling dinanti-nantikan dalam kalender pertunjukan pertahanan bukan sahaja oleh pemain industri tetapi juga orang ramai.
Beliau berkata acara yang mencuri tumpuan dan menggamit imaginasi ramai ialah pertunjukan udara selain 41 kapal dari 13 negara yang bakal dipamerkan di Resorts World Langkawi.
"Pengunjung pameran tahun ini akan dapat melihat dengan lebih dekat kapal terbabit bukan hanya di jeti tetapi juga yang berlabuh di tengah laut.
"Kesemua ini mengukuhkan lagi reputasi LIMA sebagai antara pertunjukan udara dan kapal tentera laut yang terkemuka di dunia. Secara keseluruhan, kita menjangkakan lebih 45,000 pelawat perdagangan dan sejumlah 250,000 pengunjung awam," katanya.
Mohamad berkata dengan penganjuran LIMA yang terbesar setakat ini, beliau agak teruja untuk menyaksikan bagaimana kerjasama dapat dijalin dalam menjaga keselamatan serantau.
"Dalam tempoh lima hari akan datang, saya dan rakan sejawat akan mengadakan mesyuarat dua hala yang merupakan satu pencapaian positif untuk mempromosi masa depan lebih kukuh, stabil serta mampan. Bersama-sama, kita mampu mengukuhkan lagi kerjasama pihak berkepentingan dalam industri pertahanan," katanya.
LIMA'23 disertai lebih 525 pempamer termasuk 140 syarikat dalam industri pertahanan, 101 syarikat dalam sektor komersial dan 284 syarikat daripada kedua-dua sektor.
Acara itu turut menyaksikan 18 negara mewujudkan pavilion termasuk Australia, China, Republik Czech, Finland, Perancis, Jerman, India, Indonesia, Itali, Jepun, Belanda, Korea Selatan, Turkiye, United Kingdom, Amerika Syarikat dan Emiriah Arab Bersatu.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 22 2023
Mohamad berkata acara yang mencuri tumpuan dan menggamit imaginasi ramai ialah pertunjukan udara selain 41 kapal dari 13 negara yang bakal dipamerkan di Resorts World Langkawi. - Gambar Bernama
Rangkuman dan menjelang ucapan sulung Donald Trump
Lintas langsung bersama Editor Kanan Astro AWANI mengenai rangkuman WEF 2025 dan menjelang ucapang Sulung Presiden AS, Donald Trump dari Davos, Switzerland.
Dasar liberal, Argentina yakin sokongan Trump dan global
Presiden Argentina Javier Milei berkata, negara itu tidak lagi bersendirian dalam memperjuangkan dasar liberal dan beliau merasakan sokongan daripada pakatan antarabangsa termasuk Presiden AS, Donald Trump dan Perdana Menteri Itali Giorgia Meloni.
Trump dijangka beri ucapan secara dalam talian
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump dijangka memberikan ucapan di Forum Ekonomi Dunia (WEF) di Davos, Switzerland, pada Khamis.
Real Madrid jadi kelab pertama jana €1 bilion dalam satu musim
Real Madrid menjadi kelab bola sepak pertama mencatatkan pendapatan sebanyak €1 bilion (US$1.04 bilion) dalam satu musim, menurut laporan tahunan Deloitte Football Money League yang dikeluarkan pada Khamis.
Festival Musim Bunga: 25 anak panda buat penampilan sulung
Pengenalan dua kumpulan anak panda yang dilahirkan pada 2024 itu menjadi salah satu acara bagi sambutan Festival Musim Bunga China, yang antaranya turut menggariskan warisan budaya tidak ketara dan pemuliharaan panda.
Yoon Suk Yeol hadiri perbicaraan di Mahkamah Perlembagaan
Yoon, yang dipecat dan digantung kuasa telah ditahan sejak minggu lalu sementara penyiasat menyiasat percubaaannya pada 3 Disember untuk mengisytiharkan undang-undang tentera.
Polis Vietnam tumpas sindiket ubah wang haram AS$1.2 bilion
Polis Vietnam menahan lima individu dan berjaya menumpaskan sindiket pengubahan wang haram yang membawa masuk wang jenayah bernilai sekitar AS$1.2 bilion ke dalam negara.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 23 Januari 2025.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Remaja tembak diri sendiri selepas bunuh rakan
Seorang remaja menembak diri sendiri hingga maut selepas menembak mati seorang remaja di kafeteria di sekolah tinggi antioch di Nashville.
LIMA'23 pemangkin promosi Malaysia sebagai destinasi perniagaan, pelancongan
LIMA adalah jenama yang mempromosikan bukan sahaja Langkawi malah Malaysia sebagai suatu destinasi, bukan hanya untuk pelancong tetapi juga perniagaan.
LIMA'23: Terus unggul di persada, terbaik sepanjang penganjurannya
LIMA'23 berjaya merekodkan nilai urusniaga sebanyak RM17.6 bilion melibatkan industri berkaitan pertahanan dan komersial.
Anwar harap penganjuran LIMA terus bawa kejayaan kepada negara
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi (LIMA '23) yang melabuhkan tirainya semalam akan terus membawa kejayaan kepada negara.
LIMA'23: Bukan 'oppa' saja tarik perhatian, juruterbang TUDM juga 'pikat' pengunjung
Bukan juruterbang 'oppa' sahaja yang menarik perhatian pengunjung LIMA23, pengendali Sukhoi Su-30MKM TUDM tidak kurang hebatnya.
LIMA'23: LADA diharap besarkan Dewan MIEC untuk edisi selepas ini - Mohamad Hasan
Kementah harap LADA dapat perbesar ruangan dalam Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC) pada penganjuran Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi (LIMA) edisi akan datang.
Juruterbang 'oppa' tarik perhatian di LIMA'23
Pertunjukan pasukan aerobatik Black Eagles dari Korea Selatan sememangnya antara yang dinantikan pengunjung di Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi 2023 (LIMA'23).
Firma pertahanan Turkiye meterai perjanjian di pameran LIMA'23
Nacar berkata satu daripada perjanjian itu adalah mengenai keselamatan tanah air serta membabitkan kerja-kerja simulasi.
LIMA '23: UMT lebar kerjasama dengan enam pemain industri
UMT pada Khamis melebarkan kerjasama sempena LIMA'23 dengan meningkatkan rangkaian menerusi memorandum MoA dan MoU dengan enam pemain industri.
Menteri Pertahanan Lee sahkan semula sokongan untuk syarikat pertahanan Korea Selatan di LIMA '23
Lee tiba di Malaysia pada Isnin untuk lawatan empat hari dan mengadakan perbincangan dengan rakan sejawatannya dari Malaysia, Datuk Seri Mohamad Hasan, pada hari berikutnya.
Kerajaan guna pakai dasar Ekonomi Biru - Mohamad
Beliau berkata disebabkan persekitaran geopolitik maritim yang dinamik, cabaran yang dihadapi tidak terhad kepada ancaman tradisional.