KUALA LUMPUR: Menteri Kanan merangkap Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, Malaysia komited untuk mengambil bahagian dalam Rundingan Penambahbaikan Perjanjian Perdagangan Barangan ASEAN (ATIGA) bagi mencapai resolusi yang lebih awal.
Beliau turut menekankan kepentingan bagi memastikan libat urus secara holistik dan inklusif agar sebarang kebimbangan yang dibangkitkan oleh pihak berkepentingan dapat ditangani dan diselesaikan.
Dalam kenyataan hari ini, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) berkata, Rundingan Penambahbaikan ATIGA tersebut telah dilancarkan secara maya oleh barisan Menteri-Menteri Ekonomi ASEAN bersempena Sesi Pemukiman Menteri-Menteri Ekonomi ASEAN (AEM) ke-28, semalam.
Rundingan tersebut disifatkan amat penting dalam usaha memperkukuh perdagangan intra serantau dan menggalakkan rantau yang lebih kesalinghubungan, inklusif, berdaya tahan serta kompetitif.
Menurut MITI, Sesi Pemukiman AEM kali ini juga diakhiri dengan lebih bersemangat apabila kalangan menteri-menteri terbabit bertindak merangka Rancangan Kerja Ekonomi Serantau bagi 2022, khususnya pengesahan berkaitan bidang Keberhasilan Utama Ekonomi (PED) ASEAN 2022 sebagaimana yang dicadangkan oleh Kemboja selaku Pengerusi ASEAN.
Pada sesi berkenaan, Menteri-Menteri Ekonomi ASEAN juga bersetuju untuk melanjutkan memorandum persefahaman mengenai pelaksanaan langkah-langkah bukan tarif ke atas barangan perlu sehingga 2024.
Mereka juga bersetuju untuk memperluas senarai barangan perlu sedia ada dan menekankan kepentingan melaksanakan kajian mendalam mengenai impak terhadap aliran dagangan barangan tersebut.
"Bagi aspek pemulihan ekonomi serta meningkatkan semula perdagangan serantau, menteri-menteri terbabit juga sebulat suara dalam menyuarakan komitmen terhadap pelaksanaan PED utama, termasuk mempertingkat Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN-Australia-New Zealand, rangka kerja bagi menggalakkan pertumbuhan ekosistem syarikat permulaan digital serta mekanisme dasar mengenai perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) wanita," katanya.
Merujuk semakan semula Perjanjian Perdagangan Barangan ASEAN-India, MITI berkata, Malaysia yang berperanan sebagai penyelaras negara bagi hubungan ekonomi ASEAN-India, telah menggesa agar semua pihak dapat mempercepat pengesahan kertas kerja bagi melancarkan rundingan semakan semula AITIGA pada sesi rundingan khas AEM-India.
Selain itu, Menteri-Menteri Ekonomi ASEAN itu turut meneruskan penglibatan aktif dengan Majlis Penasihat Perniagaan ASEAN (ASEAN-BAC) dengan tumpuan utama terhadap usaha meningkatkan semula sektor pelancongan dan penerbangan, membantu PMKS dan pelaksanaan ekonomi digital.
Menurut MITI, langkah ASEAN-BAC menubuhkan Kumpulan Kerja Ekonomi Hijau dan Mampan bagi memperjuangkan agenda kemampanan di rantau ini, juga dilihat sebagai bertepatan pada masanya.
"Dalam soal ini, adalah penting untuk menyatakan bahawa di bawah bidang kuasa Pasukan Petugas Peringkat Tertinggi mengenai Integrasi Ekonomi, Sekretariat ASEAN dan Institut Penyelidikan Ekonomi bagi ASEAN dan Asia Timur sedang memuktamadkan nota konsep berkaitan Karbon Berkecuali -- satu inisiatif yang diketengahkan oleh Malaysia pada September lepas," katanya. - BERNAMA
Bernama
Thu Mar 17 2022
![Malaysia komited sertai Rundingan Penambahbaikan Perjanjian ATIGA ASEAN Malaysia komited sertai Rundingan Penambahbaikan Perjanjian ATIGA ASEAN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/41647061441_MenteriKananPerdag.jpg)
Rundingan tersebut disifatkan amat penting dalam usaha memperkukuh perdagangan intra serantau dan menggalakkan rantau yang lebih kesalinghubungan, inklusif, berdaya tahan serta kompetitif, kata Azmin Ali. - Gambar fail
NewJeans umum nama baharu, NJZ
Kumpulan K-pop sensasi, NewJeans secara rasmi menukar nama band kepada NJZ. Keputusan itu diumumkan oleh lima ahli band dari Korea Selatan itu pada Jumaat.
Penduduk bimbang sungai bertukar merah
Setakat ini, pihak berkuasa telah mengumpul sampel air dari sungai tersebut yang mengalir ke Rio De La Plata dan bersempadan dengan sebuah rizab ekologi.
Kepala air besar landa pekan Nazca, Peru
Hujan lebat tanpa henti selama lima jam di wilayah Ica, Peru membawa kepada banjir kilat pada Khamis. Hujan lebat itu sekali gus membawa fenomena 'quebrada' atau kepala air yang buruk melanda pekan Nazca.
Jerman tidak setuju keputusan Amerika ambil alih Gaza
Keputusan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang mahu mengambil alih serta membina Gaza tidak dipersetujui oleh Canselor Jerman, Olaf Scholz. Kata Scholz, beliau menolak sepenuhnya cadangan yang disertai rancangan Trump untuk memindahkan penduduk Palestin ke Mesir dan Jordan.
Bank pusat India umum potongan kadar faedah untuk rangsang pertumbuhan ekonomi
Bank Rizab India (RBI) buat pertama kali dalam tempoh hampir lima tahun menurunkan kadar faedah utamanya, dalam usaha merangsang pertumbuhan ekonomi yang perlahan.
IHH Healthcare Sokong Usaha Tangani Kos Penjagaan Kesihatan
IHH Healthcare Bhd menyatakan sokongan sepenuhnya terhadap inisiatif kerajaan dalam menangani kos penjagaan kesihatan yang semakin meningkat.
Pengendali makanan di tapak pesta wajib disuntik antitifoid
Penganjur, pemilik atau penyewa gerai jualan makanan dan minuman di tapak pesta makanan perlu memastikan semua pengendali mendapatkan vaksinasi antitifoid.
Menara Grenfell dirobohkan Jun ini
Menara Grenfell di London yang terbakar tujuh tahun lalu akan dirobohkan. Dalam peristiwa hitam yang berlaku pada awal pagi 14 Jun 2017, seramai 72 mangsa terkorban dan ia disifatkan insiden kebakaran paling dahsyat di Britain.
Pesawat bawa 10 orang hilang di Alaska
Sebuah penerbangan komersial kecil yang membawa 10 orang dilaporkan hilang pada Khamis di Alaska.
10 Berita Pilihan - (7 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![ASEAN perlu percepat muktamadkan iniasiatif di bawah ACRF - Azmin ASEAN perlu percepat muktamadkan iniasiatif di bawah ACRF - Azmin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/41663153471_AzminAliMesyuarat.jpg)
ASEAN perlu percepat muktamadkan iniasiatif di bawah ACRF - Azmin
Badan-badan sektor ASEAN perlu terus bekerjasama untuk segera memuktamadkan baki inisiatif di bawah Rangka Kerja Pemulihan Komprehensif ASEAN (ACRF).
![Malaysia komited sertai Rundingan Penambahbaikan Perjanjian ATIGA ASEAN Malaysia komited sertai Rundingan Penambahbaikan Perjanjian ATIGA ASEAN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/41647061441_MenteriKananPerdag.jpg)
Malaysia komited sertai Rundingan Penambahbaikan Perjanjian ATIGA ASEAN
Rundingan tersebut penting dalam usaha memperkukuh perdagangan intra serantau dan menggalakkan rantau yang lebih kesalinghubungan.