PUTRAJAYA: Malaysia dan Korea Selatan akan memperkukuh kerjasama dan perdagangan dua hala dalam bidang pertanian selaras dengan keperluan bagi menjamin sumber makanan yang mampan dan berterusan.
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) berkata kedua-dua negara turut bersetuju untuk mengukuhkan lagi kerjasama dengan memeterai Memorandum Persefahaman Kerjasama Pertanian selaras dengan sambutan ulang tahun ke-40 Dasar Pandang ke Timur tahun ini.
KPKM dalam kenyataan hari ini memaklumkan menerusi perjanjian tersebut, kedua-dua negara bersetuju untuk berkongsi pengetahuan, pengalaman, amalan terbaik dan peluang perniagaan serta cadangan kerjasama dalam bidang keterjaminan makanan dan inovasi teknologi pertanian untuk menangani cabaran sektor pertanian.
Semalam, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu menerima kunjungan hormat daripada Menteri Pertanian, Makanan dan Hal Ehwal Luar Bandar Korea, Chung Hwang-Keun di Putrajaya, yang juga pertemuan pertama bagi kedua-dua pemimpin itu.
Menurut KPKM, Republik Korea adalah rakan dagang Malaysia yang sentiasa bergiat aktif dalam memperkukuh hubungan perdagangan pertaniannya.
"Bagi tempoh 2020 hingga 2022, nilai dagangan pertanian antara kedua-dua negara menunjukkan pencapaian yang progresif dan positif iaitu mencatat peningkatan sebanyak RM1.0 bilion setiap tahun," menurut kenyataan itu.
Pertemuan antara kedua-dua pemimpin ini turut dihadiri ketua setiausaha KPKM dan pegawai kanan KPKM serta ketua pengarah dan wakil dari Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Jabatan Perikanan, Institut Penyelidikan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) dan Jabatan Pertanian.
-- BERNAMA
Bernama
Sat May 13 2023
Kedua-dua negara turut bersetuju untuk mengukuhkan lagi kerjasama dengan memeterai Memorandum Persefahaman Kerjasama Pertanian. -Gambar hiasan
PM Australia rombak kabinet menjelang PRU
Albanese menyifatkan perubahan dalam kabinet ini sebagai langkah untuk memastikan kerajaan terus "kuat, bersatu dan stabil" selepas peletakan jawatan Bill Shorten sebagai Menteri Skim Insurans Hilang Upaya Nasional (NDIS) dan Perkhidmatan Kerajaan.
10 Berita Pilihan - (16 Januari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Jumaat – 17 Januari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Jimat minyak sambil bantu rakyat Palestin di Gaza
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Iltizam Relief Society, Mohd Shah Sapiei, produk FuelPlus terbukti memberi manfaat kepada pemilik kenderaan dengan menjimatkan penggunaan bahan api serta penjagaan enjin yang lebih baik.
KPDN teliti syor larang warga asing beli minyak masak paket
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan meningkatkan operasi penguatkuasaan bagi mengekang isu ketirisan minyak masak paket bersubsidi.
Menterinya, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, ini termasuk meneliti cadangan untuk melarang warga asing daripada membelinya.
Menterinya, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, ini termasuk meneliti cadangan untuk melarang warga asing daripada membelinya.
Jabatan Veterinar didakwa tidak siasat aduan
Jabatan Perkhidmatan Veterinar didakwa tidak menyiasat atau mengambil tindakan ke atas kes-kes penganiayaan haiwan yang dilaporkan.
Gunakan Akta Kebajikan Haiwan 2015 henti penganiayaan
Aktivis kebajikan haiwan mendesak kerajaan untuk memperketatkan penguatkuasaan undang-undang untuk menghentikan penganiyaan ke atas binatang dengan segera.
Tiga tuntutan perhimpunan rakyat benci rasuah termasuk menghentikan gejala rasuah
Menerusi sebuah kenyataan media oleh SRBR pada Khamis, antaranya termasuk tindakan pantas dan tegas terhadap semua kes rasuah melibatkan ahli politik tanpa sebarang pilih kasih.
Najib mengaku bersemuka, tidak selesa gaya hidup mewah Jho Low
Najib juga tidak pernah mengesahkan dakwaan pembelian hartanah bernilai jutaan ringgit dan karya seni oleh Jhoe Low adalah bagi pihak Sheikh Mansour Zayed Al Nahyan, iaitu adik kepada Putera Mahkota Abu Dhabi.
KDN pertimbang kuota tambahan untuk pekerja asing sektor kepala sawit
Kementerian Dalam Negeri (KDN) sedia mempertimbangkan kelulusan kuota khas pekerja asing khususnya bagi sektor perladangan Kelapa Sawit.
Menteri Dalam Negeri,Saifuddin Nasution Ismail berkata, pertimbangan itu dibuat susulan kekurangan tenaga kerja dalam sektor tersebut, selepas kerajaan membekunya sejak September tahun lepas.
Menteri Dalam Negeri,Saifuddin Nasution Ismail berkata, pertimbangan itu dibuat susulan kekurangan tenaga kerja dalam sektor tersebut, selepas kerajaan membekunya sejak September tahun lepas.
Banjir: Anggaran kerugian sektor agromakanan lebih RM177 juta - Mohamad
Berdasarkan laporan awal kerosakan mengikut negeri, Kedah mencatatkan angka kerugian tertinggi iaitu lebih RM97 juta, diikuti Kelantan (lebih RM33 juta) dan Terengganu (lebih RM13 juta).
KPKM aktifkan bilik gerakan bencana bantu golongan terjejas banjir
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) mengaktifkan Bilik Gerakan Bencana KPKM dan menggerakkan operasi di semua peringkat.
KPKM sedang susun jawatankuasa khas tangani kekurangan beras putih tempatan - Mohamad Sabu
Satu jawatankuasa khas sedang disusun bagi mencari penyelesaian kepada isu kekurangan bekalan beras putih tempatan yang berlaku ketika ini.
Banjir: Mat Sabu jamin bekalan beras negara mencukupi
Kerajaan memberi jaminan bahawa bekalan beras di pasaran tempatan adalah mencukupi meskipun banjir melanda Kedah serta Perlis .
Kerajaan rombak strategi tangani isu kekurangan beras putih tempatan
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan akan perkenal empat strategi bagi menyelesaikan isu kekurangan beras putih tempatan.
PM Anwar yakin landskap pertanian negara berubah dalam tempoh satu atau dua tahun
Keyakinan itu berdasarkan kepada perubahan dan kemajuan yang ditunjukkan oleh Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) di bawah kepimpinan Menterinya Datuk Seri Mohamad Sabu.
Projek pembajaan tepat dijangka tingkat hasil 20,000 hektar jelapang
Jangkaan itu dapat dicapai kerana pemilihan kawasan bagi projek tersebut dibuat berdasarkan maklumat dan data status kesuburan tanah.
DOSM seru kerjasama pengusaha sertai Banci Pertanian 2024
Ia penting bagi menghasilkan data pertanian yang komprehensif dan menjadi penanda aras baharu bagi mewujudkan pangkalan data pertanian.
RM33.59 juta untuk Sabah bangun, optimumkan pengunaan tanah bagi agromakanan
Lebih RM33.59 juta disalurkan kepada Sabah dalam usaha membangun dan optimumkan penggunaan tanah bagi meningkatkan hasil produk agromakanan.
KPKM terima 18,642 permohonan BUDI Agri-Komoditi setakat ini - Mohamad
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) telah menerima 18,642 permohonan bantuan BUDI Agri-Komoditi setakat ini.