Malaysia mengutuk serangan di gereja dan hotel di Colombo, Sri Lanka yang telah meragut seramai 138 nyawa dan mencederakan lebih 400 yang lain.
Kementerian Luar dalam satu kenyataan pada Ahad turut memaklumkan, setakat jam 1.30 tengah hari ini tiada rakyat Malaysia dilaporkan terkorban dalam kejadian tersebut.
"Malaysia mengutuk serangan itu dan berharap mereka yang bertanggungjawab atas jenayah kejam ini dibawa ke muka pengadilan. Ingatan dan doa kami sentiasa bersama mangsa dan keluarga yang terlibat.
"Rakyat Malaysia di sekitar kawasan itu dinasihatkan supaya berhati-hati, dan memantau perkembangan terbaru dari berita tempatan serta pihak berkuasa tempatan," kata Wisma Putra dalam kenyataan tersebut.
BACA: Tragedi Sri Lanka: 138 maut, Malaysia kemas kini perincian mangsa
Terdahulu, beberapa siri letupan telah berlaku di tiga gereja dan tiga hotel di Colombo, menyebabkan ratusan terbunuh dan cedera.
Letupan tersebut berlaku ketika penganut Kristian menyambut Hari Easter.
Hotel dan salah sebuah gereja tersebut berada di Colombo, manakala sebuah lagi gereja terletak di Negombo, utara bandar berkenaan.
Sumber polis memaklumkan, salah satu letupan tersebut berlaku di Gereja St Anthony di Kochcikade.
Angka tersebut dijangka akan terus meningkat dari semasa ke semasa selepas pihak berkuasa mengemaskini jumlah terkini mereka yang terlibat.
Astro Awani
Sun Apr 21 2019

Beberapa letupan telah berlaku di tiga gereja dan tiga hotel di Sri Lanka pada Ahad ketika sambutan Hari Easter.

Mampukah tenaga kerja Malaysia bertahan dalam revolusi AI?
Kecerdasan Buatan (AI) bukan lagi sekadar konsep masa depan, ia kini mengubah landskap industri, pasaran pekerjaan, dan kemahiran yang diperlukan untuk masa depan.
Platform X berdepan serangan siber skala besar
Pemilik media sosial X, Elon Musk sahkan platform itu berdepan serangan siber besar-besaran, sekali gus menimbulkan persoalan sama ada beliau sengaja disasarkan kerana menimbulkan pergeseran politik di Amerika Syarikat (AS)
Phuket catat pendapatan pelancongan tertinggi di Thailand pada 2024 melebihi 490 bilion baht
Phuket, destinasi pelancongan utama Thailand mencatatkan pendapatan pelancongan tertinggi pada 2024 dengan menjana lebih 490 bilion baht.

Paus Francis stabil, tetapi perlu kekal di hospital
Keadaan kesihatan Paus Francis kini stabil, namun beliau masih perlu menjalani rawatan di hospital, menurut pasukan perubatan pada Isnin.

'Perang' lagu raya, Daiyan Trisha muncul dengan 'pick-up line' Jom Raya
Dilancarkan pada 28 Feb lepas, lagu itu yang liriknya ditulis bersama-sama dengan Glowrush dan Efry Arwis, mempunyai dua versi, iaitu duet dan solo.
21 lokasi dikenal pasti untuk pembangunan tapak perpaduan
Kementerian Perpaduan Negara mengenal pasti 21 lokasi di seluruh negara yang berpotensi untuk dibangunkan sebagai tapak perpaduan.
Operasi padam kebakaran ladang, hutan di Gebeng ditamatkan sepenuhnya
Pemantauan rapi akan terus dijalankan oleh Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gebeng selama tiga hari bagi memastikan tiada kesan bara yang boleh mencetuskan kebakaran semula.
Industri acara perniagaan P.Pinang jana RM1.29 bilion pada 2024 - Chow
Pulau Pinang menjadi tuan rumah kepada 2,059 acara perniagaan pada 2024, menunjukkan peningkatan luar biasa sebanyak 240.9 peratus berbanding tahun sebelumnya.
Imigresen serbu dua klinik bedah kosmetik cantikkan hidung milik warga asing
Jabatan Imigresen menahan sembilan warga asing dalam serbuan di dua unit kondominium di Desa Petaling dan Bukit Jalil, dipercayai menjalankan prosedur pembedahan kosmetik tanpa lesen didalangi doktor warga asing.
Polis tunggu hasil laporan 6 ubat diambil dari kediaman Ridz Okumura
Polis mengesahkan masih menunggu laporan berkaitan enam jenis ubat yang diambil dari kediaman usahawan dan pempengaruh media sosial, Abd Ridzuan Abdul Mutalib atau Ridz Okumura untuk siasatan berhubung kematian isterinya, Akiko Okumura.

Malaysia kutuk serangan gereja, hotel di Sri Lanka
Malaysia mengutuk serangan di gereja dan hotel di Colombo, Sri Lanka yang telah meragut seramai 138 nyawa dan mencederakan lebih 400 yang lain.