PUTRAJAYA: Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya tindakan Menteri Keselamatan Negara Israel, Itamar Ben-Gvir, yang menceroboh Masjid Al-Aqsa dan perkarangannya pada 21 Mei, sambil menyifatkan perbuatan itu adalah provokasi dan pencerobohan jelas terhadap status quo politik Baitulmaqdis dan Al-Haram Al-Sharif.
Kementerian Luar Malaysia (Wisma Putra) dalam satu kenyataan menegaskan bahawa Malaysia mengulangi gesaan agar anggota masyarakat antarabangsa meminta rejim Israel bertanggungjawab ke atas provokasi dan pencerobohan berterusan yang memburukkan lagi keadaan.
"Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) mesti menunaikan tanggungjawab seperti termaktub dalam Piagam dan segera menuntut rejim menghentikan tindakan provokasi demi keamanan dan kestabilan di rantau ini," menurut kenyataan itu.
Malaysia terus bersolidariti dengan rakyat Palestin, dan menuntut hak mereka yang sah untuk sebuah negara yang merdeka dan berdaulat, berdasarkan sempadan sebelum 1967, dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu kotanya.
Media melaporkan bahawa pada Ahad (21 Mei), Ben-Gvir menceroboh masjid Al-Aqsa untuk kali kedua sejak memegang jawatan itu dan mengisytiharkan bahawa Israel "bertanggungjawab" ke atas tapak suci Baitulmaqdis.
Rakyat Palestin mengecam tindakan itu dan ketegangan terus berlanjutan antara Israel dan Palestin.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 24 2023
Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya tindakan Menteri Keselamatan Negara Israel, Itamar Ben-Gvir, yang menceroboh Masjid Al-Aqsa dan perkarangannya pada 21 Mei. - Gambar fail/REUTERS
Singapura hantar bantuan kemanusiaan ketujuh ke Gaza
Pengaturan penghantaran bantuan telah disahkan dengan Menteri Luar Jordan, Ayman Safadi.
Lima orang ditembak dalam insiden di sekolah Sweden - Polis
Polis menggesa orang ramai menjauhkan diri dari sekolah berkenaan yang terletak di bandar Orebro, kira-kira 160 km ke barat Stockholm.
Bekas ketua NATO, Stoltenberg dilantik sebagai Menteri Kewangan Norway
Stoltenberg pernah berkhidmat sebagai Perdana Menteri Norway dari 2000 hingga 2001 dan dari 2005 hingga 2013.
Mangsa banjir di Sarawak menurun, Sabah kekal
Jumlah mangsa banjir di Sarawak terus menurun manakala di Sabah kekal setakat 8 malam Selasa.
10 Berita Pilihan - (4 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Rabu – 5 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Argentina perintis hasilkan kuda guna teknik CRISPR-CAS9
Menurut Pengasas & Pengarah Saintifik Keiron, Gabriel Vichera, mereka mengambil gen daripada seekor kuda betina Argetina serta gen lain yang sudah disunting untuk meningkatkan kelajuan lima kuda tersebut tanpa menjejaskan ciri-ciri asal.
UK, EU bakal runding tingkat keselamatan dan perdagangan
London dan Brussels yakin dapat mencapai persetujuan meningkatkan kerjasama dalam keselamatan, penguatkuasaan perundangan dan penghapusan halangan perdagangan menjelang Mei.
Perunding Britain untuk Kesatuan Eropah (EU), Nick Thomas-Symonds berkata, hasrat itu berkemungkinan menjadi topik utama ketika pertemuan pemimpin kedua-dua negara bertemu.
Perunding Britain untuk Kesatuan Eropah (EU), Nick Thomas-Symonds berkata, hasrat itu berkemungkinan menjadi topik utama ketika pertemuan pemimpin kedua-dua negara bertemu.
Kazakhstan akan keluarkan laporan awal nahas penerbangan AZAL
Kementerian Pengangkutan Kazakhstan merancang untuk mengeluarkan hasil awal siasatan terhadap nahas penerbangan Azerbaijan Airlines (AZAL) berhampiran Aktau dalam beberapa hari lagi.
Lima orang ditembak dalam insiden di sekolah Sweden - Polis
Lima individu ditembak di sebuah sekolah di selatan Sweden, lapor Agensi Berita Jerman (dpa) memetik kenyataan polis pada Selasa.
Piala Dunia Hoki Dalam Dewan: Jerman kalahkan Malaysia 12-4
Nicolas Proske dan Ben Hasbach muncul wira apabila masing-masing meledak empat jaringan membantu Jerman memperoleh keseluruhan 12 jaringan.
Malaysia sertai fasa kedua Jambatan Udara Kemanusiaan yang diterajui Jordan ke Gaza
Kementerian Luar berkata, penyertaan Malaysia dalam inisiatif itu dipermudahkan melalui kedutaannya di Amman.
Prospek permintaan pusat data di ASEAN kekal positif - Maybank IB
Prospek permintaan pusat data di ASEAN kekal positif berikutan rantau ini masih berada di peringkat awal kitaran pembinaan pusat data, menurut Maybank Investment Bank (IB) Bhd.
Malaysia dalam posisi kukuh galakkan kerjasama global bina semula Gaza - Penganalisis
Penganalisis percaya Malaysia mampu memainkan peranan untuk mengajak lebih banyak negara bekerjasama dalam membantu pembangunan semula Gaza melalui pendekatan diplomasi.
Malaysia kaji impak platform AI Deepseek kepada negara - Gobind Singh
Kerajaan sedang mengkaji impak platform kecerdasan buatan (AI) sumber terbuka DeepSeek China terhadap Malaysia, kata Menteri Digital Gobind Singh Deo.
Malaysia bekerjasama dengan Jepun di bawah kerangka CEAPAD untuk pembinaan semula Gaza
Komitmen ini selaras dengan kenyataan Perdana Menteri mengenai keperluan mendesak untuk mempercepat usaha pembinaan semula Gaza dan Palestin.
Kedudukan geopolitik Malaysia amat signifikan bantu bangun semula Gaza - IKIM
Dalam konteks geopolitik, Malaysia berada dalam kedudukan strategik untuk menjalin kerjasama erat dengan negara-negara anggota OIC.
Malaysia diiktiraf lima negara utama aktif wakaf al-Quran peringkat global
Malaysia kini diiktiraf sebagai antara lima negara utama yang aktif dalam wakaf al-Quran peringkat global, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
GPI tafsirkan sumbangan suri rumah dalam bentuk kewangan - Penganalisis
Penunjuk Kemakmuran Tulen (GPI) memberikan gambaran menyeluruh mengenai produktiviti negara dengan mengambil kira aktiviti ekonomi dan selainnya.
Malaysia akan bantu permudah Timor-Leste sertai perjanjian ekonomi ASEAN
Malaysia, sebagai pengerusi ASEAN tahun ini akan membantu mempermudah Timor-Leste untuk menyertai perjanjian ekonomi ASEAN.