KUALA LUMPUR: Malaysia akan melancarkan Pelan Tindakan Sisa Pepejal baharunya pada 23 Nov ini dalam usaha untuk mengurangkan pelepasan karbon dan meningkatkan kelestarian.
Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata, dengan komitmen untuk mencapai pelepasan karbon bersih sifar menjelang 2050, Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) kini menerajui inisiatif untuk mentransformasikan sistem pengurusan sisa pepejal negara.
"Ekonomi kitaran, strategi penting dalam mencapai neutraliti karbon, menumpu kepada konsep 9R - (Refuse) Menolak, (Rethink) Memikirkan Semula, (Reduce) Mengurangkan, (Reuse) Mengguna Semula, (Repair) Membaiki, (Refurbish) Memperbaharui, (Remanufacture) Mengilang Semula, (Repurpose) Guna Semula, (Recycle) Kitar Semula, dan (Recover) Memulih.
"Dengan mengguna pakai prinsip ini, Malaysia berhasrat untuk memanjangkan jangka hayat bahan, produk dan perkhidmatan, seterusnya meminimumkan sisa yang dihantar ke tapak pelupusan sampah dan mengurangkan kesan karbon."
"Walaupun sisa pepejal menyumbang hanya 3.54 peratus kepada pelepasan karbon, kementerian tidak berbelah bahagi dalam komitmennya. Saya komited dan yakin sepenuhnya bahawa dengan adanya sistem pengurusan sisa yang baik dan mampan, sektor sisa pepejal dapat membantu mencapai sasaran negara bagi pelepasan karbon sifar bersih seawal 2050.
"Transformasi daripada ekonomi linear kepada ekonomi kitaran memerlukan kerjasama merentas sektor, dan Malaysia telah mencapai kemajuan yang ketara ke arah sasaran ini," kata beliau dalam ucapan perasmian 'Carbon Neutrality - Circular Economy Workshop' di sini pada Selasa.
Dianjurkan bersama oleh Kedutaan Korea Selatan di Malaysia dan Korea Environment Corporation (K-Eco), bengkel itu merupakan peluang untuk kerjasama dua hala antara Malaysia dan Korea Selatan yang menawarkan platform untuk berkongsi pengalaman, pengetahuan dan pelaburan.
Ketika kedua-dua negara berusaha untuk pengurusan sisa kitaran dan mampan, satu dialog yang bertujuan untuk mengenal pasti bidang kerjasama yang sejajar dengan rangka kerja kawal selia dan matlamat pengurusan sisa telah diadakan.
Sementara itu, Duta Besar Korea Selatan ke Malaysia, Yeo Seung Bae berkata, kedua-dua negara harus memainkan peranan utama dalam menangani cabaran global seperti perubahan iklim di rantau Asia.
"Mencapai neutraliti karbon dan ekonomi kitaran adalah objektif teras untuk mengurangkan perubahan iklim dan menjamin masa depan planet kita. Ini memerlukan bukan sahaja respons satu atau dua negara, tetapi usaha bersepadu dalam kalangan negara.
"Sebagai sebahagian daripada usaha sedemikian dalam konteks ASEAN, Korea Selatan secara rasmi melancarkan 'ASEAN-ROK Methane Action (PARMA)' semasa Mesyuarat Menteri Luar ASEAN pada Julai tahun ini. Ini adalah projek untuk memadankan keperluan ASEAN untuk pengurangan metana dengan institusi atau syarikat Korea yang boleh menyediakan pengetahuan dan sumber.
"Saya harap bengkel ini memberi peluang berharga kepada kedua-dua negara kita dalam mencari jalan untuk mengambil peranan utama dalam menjamin neutraliti karbon dan menggalakkan ekonomi kitaran," katanya.
Bengkel itu menyaksikan pembentangan mengenai hala tuju dasar yang berkaitan dan kemajuan teknologi oleh syarikat Korea Selatan, seperti projek CCS Samsung Engineering, projek sisa kepada tenaga SK Ecoplant, dan projek penguraian plastik sisa City Oil Field, serta syarikat dan organisasi Malaysia seperti Sime Darby, Worldwide dan MAREA.
Dalam bengkel itu, K-ECO dan Perbadanan Teknologi Hijau dan Perubahan Iklim Malaysia (MGTC) menandatangani MoU melibatkan bidang kerjasama utama.
Perjanjian iu termasuk perkongsian teknologi dan maklumat untuk mencapai neutraliti karbon, program pembangunan kapasiti, dan inisiatif bersama yang berkaitan dengan penyesuaian perubahan iklim, seperti pembangunan inventori gas rumah hijau Malaysia. - BERNAMA
Bernama
Tue Oct 31 2023

Malaysia akan melancarkan Pelan Tindakan Sisa Pepejal baharunya pada 23 Nov ini dalam usaha untuk mengurangkan pelepasan karbon dan meningkatkan kelestarian, kata Nga Kor Ming. - Gambar fail BERNAMA
10 Berita Pilihan - (4 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Malaysia desak pelaksanaan penuh Semua fasa perjanjian di Gaza
Malaysia mendesak pelaksanaan penuh dan segera bagi semua fasa perjanjian gencatan senjata, termasuk pertukaran tebusan dan tahanan seperti yang dipersetujui semua pihak.
Hamas tolak syarat Israel minta 'lucutkan senjata'
Hamas pada Selasa menolak gesaan Israel dan Amerika Syarikat agar kumpulan itu 'melucutkan senjata' atau menarik kumpulan pejuang mereka dari Gaza, sebelum meneruskan fasa kedua gencatan senjata.
Ribuan penduduk diarah berpindah ekoran kebakaran hutan
Penduduk bandar Ofunato, Jepun hilang tempat tinggal susulan kebakaran hutan melanda bahagian timur laut negara itu.
KPK bongkar skandal kredit, negara rugi 11.7 trilion rupiah
Menurut KPK, siasatan dimulakan sejak Mac 2024, dengan fokus terhadap 11 peminjam yang mendapat pinjaman daripada LPEI.
Iran tak akan berbincang dengan AS di bawah tekanan
Iran pada 25 Februari lalu berkata pihaknya tidak akan tunduk kepada tekanan susulan pusingan sekatan baharu yang dikenakan oleh Amerika Syarikat, yang menyasarkan industri minyak Iran, sumber pendapatan utama Republik Islam tersebut.
Dua individu ditahan, dadah bernilai RM6.3 juta dirampas
Dua suspek jerat diri sendiri apabila kantoi menyorokkan dadah di Waffel Braker untuk diterbangkan ke Sarawak menerusi Kuala Lumpur Imternational Airport (KLIA)
116 aduan diterima, Perak catat kes tertinggi
Sebanyak 116 aduan diterima sepanjang Ops Pantau dijalankan, Perak mencatat jumlah kes tertinggi iaitu 10 kes, diikuti oleh Selangor dengan empat kes
Malaysia bekerjasama sama rapat dengan AS, Singapura
Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) dalam kenyataan pada Selasa memaklumkan, kementerian itu juga akan terus bekerjasama rapat dengan AS dan Singapura untuk mencari cara yang berkesan bagi menangani isu tersebut.
Polis terima 6 laporan, siasat tiga pengacara Radio Era FM
Polis membuka kertas siasatan terhadap petugas radio Era FM milik Astro selepas tular video yang menyaksikan perbuatan tiga pengacara stesen berkenaan yang didakwa mempersendakan upacara keagamaan Hindu

Polisi mampan ekonomi kitaran perlu dibangunkan - Ahmad Shabery
Ahmad Shabery berkata, sekiranya berjaya, pengaplikasian ekonomi kitaran dijangka memberi keuntungan lebih RM100 bilion.

Felda beri penekanan amalan ekonomi kitaran dalam KEB 2024
Ahmad Shabery berpendapat Malaysia harus membangunkan peta hala tuju ke arah perlaksanaan ekonomi kitaran yang lebih menyeluruh.

Malaysia lancar Pelan Tindakan Sisa Pepejal, beralih ke arah ekonomi kitaran
Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan kini menerajui inisiatif untuk mentransformasikan sistem pengurusan sisa pepejal negara.

Malaysia perlu penyelesaian komprehensif tangani masalah plastik - Kumpulan Industri
Malaysia memerlukan pendekatan ekonomi kitaran dalam pengurusan sisa dengan sisa boleh menjadi sumber dan bahan yang kitaran hayatnya boleh dipanjangkan dengan cara dikitar semula dengan betul.