KUALA LUMPUR:Malaysia meletakkan harapan tinggi terhadap pengeluar-pengeluar vaksin untuk memperoleh vaksin COVID-19 yang dijangka boleh digunakan seawal suku pertama tahun depan.
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba berkata berdasarkan laporan terkini, terdapat 10 calon syarikat terkemuka pengeluar vaksin telahpun melepasi ujian klinikal fasa ketiga dalam membangunkan vaksin COVID-19.
"Seperti kita diberitahu, Pfizer Inc BioNTech SE didakwa mempunyai keberkesanan 90 peratus. Ini satu perkembangan yang sihat dan baik. Kita yakin banyak lagi 'leading candidates' dalam dunia seperti Gamaleya Research Institute yang mengeluarkan vaksin juga telah melepasi (ujian klinikal) fasa ketiga yang boleh kita lihat sebagai peluang untuk kita berikan pelalian atau vaksin kepada rakyat kita.
"Bagaimanapun, vaksin dari China masih belum dapat kita ketahui hasil (ujian klinikal) fasa ketiga vaksin mereka...kita masih belum selesai berunding," katanya dalam rancangan terbitan Radio Televisyen Malaysia (RTM) hari ini.
Namun, Datuk Seri Dr Adham berkata perolehan vaksin COVID-19 di negara ini bergantung kepada penelitian terperinci terhadap kualiti, keselamatan, implikasi dan pendaftaran yang dilaksanakan di negara tersebut untuk vaksin yang dikeluarkan.
Sementara itu, menjawab sama ada bekas pesakit COVID-19 boleh dijangkiti semula virus itu, Dr Adham berkata peluang adalah rendah berbanding mereka yang tidak pernah dijangkiti.
Beliau berkata kadar penyembuhan COVID-19 turut menunjukkan peningkatan dengan 73 peratus direkodkan semalam berbanding 65 peratus pada dua minggu lepas, sekali gus membuktikan protokol dan rejim rawatan yang dilaksanakan di hospital serta pusat rawatan di negara ini bertepatan dengan pendekatan kesihatan awam.
Mengulas mengenai peningkatan kes baharu positif COVID-19 di Lembah Klang, beliau berkata peningkatan kes itu adalah berkaitan dengan kluster tempat kerja dan tapak pembinaan dengan tahap kebolehjangkitan di kawasan tersebut adalah tinggi kerana ada pergerakan selain kurang pematuhan terhadap prosedur operasi standard (SOP).
"Dengan adanya peningkatan kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, ini menunjukkan bahawa kita perlu lebih memperketatkan tindakan dan pematuhan, penguatkuasaan serta pemantauan. Hendaklah kita meneruskan langkah-langkah pencegahan dan kawalan, teruskan pematuhan SOP dan pembudayaan norma baharu.
"Ini tanggungjawab semua, tidak kira siapa. Bagi kluster tempat kerja, tanggungjawab pekerja dan majikan yang paling penting. Untuk itu majikan berperanan penting memastikan anak buah mereka atau pekerja mereka sentiasa dilindungi," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Nov 16 2020
Setakat ini terdapat 10 calon syarikat terkemuka pengeluar vaksin telahpun melepasi ujian klinikal fasa ketiga. - Gambar hiasan
FAM perhalusi idea TMJ tubuh badan bebas pengadil
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) akan meneliti idea penubuhan badan bebas pengadil untuk saingan Liga Malaysia (Liga-M) seperti dilontarkan pemilik Johor Darul Ta'zim (JDT) Tunku Mahkota Ismail.
Dua kawasan di Jagoi Babang di Kalimantan Barat terjejas
Banjir yang melanda Kalimantan Barat kini dilaporkan turut melanda kawasan sempadan Indonesia-Malaysia di Kota Jagoi Babang, daerah Bengkayang menurut ketua polis jagoi babang, asep maulana, ketinggian air di dua kawasan mencapai ketinggian tiga meter.
Pembebasan tebusan warga Thailand sentiasa dinantikan
Duta besar Thailand ke Israel, Pannabha Chandraramya berkata, pembebasan kelima-lima tebusan itu merupakan berita yang sentiasa dinanti-nantikan rakyat Thailand.
Mekanisme ASEAN terlalu elitis tidak dirasai orang awam - Penganalisis
Profesor Fakulti Sains Sosial Universiti Islam Antarabangsa Indonesia (UIII), Prof. Farish Noor berkata ASEAN ketika ini bergerak dengan mekanisme yang disifatkan terlalu elitis sehingga tidak dapat dihargai serta dirasai oleh orang awam yang mendiami negara-negara Asia Tenggara. Jelasnya, kegagalan ini terserlah melalui ketidakupayaan ASEAN untuk menerbitkan sebuah buku teks sejarah bersama yang standard.
Tebusan warga Thailand tiba di fasiliti kesihatan di Israel
: Lima tebusan warga Thailand yang dibebaskan hamas dilaporkan tiba Pusat Perubatan Shamir di Israel. Memetik Reuters, ini bagi membolehkan kelima-lima mereka menerima rawatan yang diperlukan.
Amaran hujan berterusan tahap waspada di tujuh kawasan di Sarawak
Analisis model ramalan cuaca terkini menunjukkan luruan monsun yang sedang berlaku dijangka berterusan hingga esok.
Petani Thailand langgar larangan bakar sisa tanaman dikenakan tindakan tegas
Kerajaan Thailand akan mengambil tindakan tegas kepada petani yang melanggar larangan membakar sisa tanaman yang menyumbang kepada pencemaran udara di negara itu.
Indonesia pertingkat fokus isu keselamatan makanan, ekonomi
Kabinet Merah Putih Indoensia yang diterajui Presiden Prabowo Subianto akan terus mempertingkatkan fokus kepada isu keselamatan makanan dan pertumbuhan ekonomi.
6.7 trilion Rupiah dana negara berjaya dipulihkan
Menteri Koordinator Bidang Politik dan Keamanan, Budi Gunawan berkata, kejayaan ini membuktikan komitmen tegas kerajaan dalam memerangi rasuah dan memastikan aset negara dikembalikan untuk kepentingan rakyat.
Indonesia import sekitar 54 peratus minyak mentah dari Singapura
Sasaran memingkatkan pengeluaran minyak mentah Indonesia adalah berasas kerana negara republik itu ketika ini mengimport sekitar 54 peratus daripada bekalannya dari Singapura.
Tujuh premis makanan di Gua Musang ditutup - Dr Zaini
Tujuh premis yang didapati tidak mencapai tahap kebersihan ditetapkan Kementerian Kesihatan diarahkan tutup dalam Operasi Bersepadu Premis Bersih Siri 01/2025 di Gua Musang, semalam.
Sarawak kuat kuasa perintah vaksinasi antirabies baharu
Dr Rundi berkata semua anjing di Sarawak kini diwajibkan untuk menjalani vaksinasi antirabies dan menerima suntikan penggalak tahunan.
Wabak disyaki virus Marburg ragut lapan nyawa di Tanzania - WHO
Wabak disyaki virus Marburg di Tanzania menjangkiti sembilan individu dan mengakibatkan lapan kematian setakat ini, menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
Indonesia bekalkan 4 juta vaksin untuk tangani wabak kaki dan mulut (FMD)
Vaksin FMD ini sedang diedarkan ke seluruh wilayah di Indonesia melalui kerajaan tempatan.
TH perkenal buku rekod rawatan digital, mudahkan bakal haji
Bakal jemaah musim haji 1446H/2025M tidak perlu lagi hadir ke pejabat cawangan Tabung Haji (TH) terdekat bagi mendapatkan Buku Rekod Rawatan Jemaah Haji (BRRJH).
Malaysia, China perkukuh hubungan dalam sains, teknologi dan inovasi
Malaysia mengulangi komitmen untuk mewujudkan kolaborasi dengan China dalam bidang STI menerusi Memorandum Persefahaman ditandatangani antara Akademi Sains Malaysia CAS hari ini.
Sudan Selatan terima lebih 280,000 dos vaksin untuk tangani kolera
Kementerian Kesihatan memaklumkan bahawa vaksin itu akan diedarkan secara strategik di Negeri Upper Nile dan lokasi keutamaan lain.
Vaksinasi dan pendidikan usaha perangi penyakit anjing gila di Sarawak
Usaha untuk memerangi rabies ini sedang giat diteruskan sejak kemunculannya semula pada tahun 2015.
Lebih 1,800 kes mpox disahkan di Afrika dari 20 Oktober hingga 3 November - WHO
Menurut WHO, Republik Demokratik Congo mencatatkan peningkatan terbesar dalam kes dan kematian sepanjang tempoh ini.
Kerajaan Australia tanggung subsidi vaksin RSV untuk wanita hamil, bayi
Wanita yang hamil antara 28 hingga 36 minggu layak menerima vaksin percuma mulai Februari.