Robert Kuok kekal sebagai orang terkaya Malaysia dengan kekayaan bernilai US$12.5 bilion, demikian menurut senarai terkini orang terkaya Forbes.
Malaysia juga kini mencatatkan kekayaan bernilai 14 bilion dolar, melonjak daripada 11 setahun yang lepas.
Indeks Komposit Kuala Lumpur telah bergerak naik empat peratus sejak tahun lepas dan dalam tempoh itu, keluaran dalam negara kasar negara mengukuh 6.4 peratus.
Dalam proses itu, seramai 23 taikun di senarai itu menyaksikan kekayaan mereka meningkat dengan Robert Kuok mendahuluinya untuk lapan tahun berturut-turut dengan kekayaan bersih US$12.5 bilion.
Pegangannya termasuk Shangri-La Hotels, Kerry Properties dan the South China Morning Post, akhbar berbahasa Inggeris terkemuka di Hong Kong.
Tempat kedua ialah Ananda Krishnan yang menyaksikan kekayaannya meningkat daripada US$9.9 bilion pada 2012 kepada US$11.7 bilion tahun ini.
Antara urus niaga terbaru yang menambahkan kepada kekayaannya ialah penjualan kepentingan dalam syarikat telekom gergasi Maxis dan penyenaraian syarikat pengendali TV berbayar Astro, yang dijadikan persendirian pada tahun 2010 dan mengumpul US$1.5 bilion dalam proses ini.
Lim Kok Thay, anak lelaki kepada usahawan kasino terkenal, mendiang Lim Goh Tong pula mengendalikan Genting Group dengan rangkaian resort dan kasino di Malaysia, Singapura, Hong Kong, Filipina dan United Kingdom dan 43 peratus kepentingan dalam Norwegian Cruise Line.
Beliau berkongsi kekayaan bersihnya yang bernilai US$6.6 bilion itu dengan ibunya, Lee Kim Hua yang berusia 82 tahun dan anggota keluarganya yang lain.
Senarai 50 orang terkaya di Malaysia tahun ini termasuklah sembilan anggota baharu.
Antara bilionair yang pertama kali memasuki senarai ialah taikun auto Tan Heng Chew dan keluarganya yang menduduki tempat ke-11 dengan kekayaan bernilai US$1.2 bilion.
Keluarga itu memiliki Tan Chong Motor Holdings yang memasang kenderaan bermotor, menghasilkan alat ganti dan berurus niaga kelengkapan perindustrian dan barangan pengguna.
Shahril dan Shahriman Shamsuddin, adik beradik di belakang kejayaan Sapura Group, turut memasuki ranking bilionair selepas penggabungan bernilai US$3.7 bilion antara SapuraCrest dan Kencana Petroleum (dikendali oleh Mokhzani Mahathir, di tangga ke-15 dengan US$980 juta).
Kedua-dua adik beradik itu muncul di tangga ke-12 dengan harta bernilai US$1.05 bilion, naik daripada US$845 juta tahun lepas.
Tahun lepas merupakan tahun bertuah untuk taikun perjudian, Chen Lip Keong, yang mengasaskan kumpulan kasino Kemboja, NagaCorp, yang telah mengaut keuntungan daripada hasil perniagaan itu.
NagaCorp menguasai secara monopoli kasino-kasino di Phnom Penh sehingga 2035. Beliau turut menceburi bidang perhotelan, restoran, runcit dan kompleks hiburan yang sedia untuk siap pada 2015.
Tahun ini, minimum bersih bernilai US$145 juta diperlukan untuk layak dalam senarai itu yang dikumpul menggunakan maklumat pegangan saham dan maklumat kewangan yang diperoleh daripada keluarga dan individu, bursa saham, penganalisis, pangkalan data persendirian, Suruhanjaya Syarikat Malaysia dan sumber-sumber lain.
Angka bersih adalah berdasarkan kepada harga pasaran dan kadar tukaran pada penutup pasaran 14 Feb, 2013. Syarikat-syarikat persendirian dinilai menggunakan nisbah kewangan dan perbandingan lain dengan syarikat-syarikat serupa yang diniagakan awam.
Senarai 14 orang terkaya Forbes di Malaysia ialah:
1) Robert Kuok - US$12.5 bilion,
2) Ananda Krishnan - US$11.7 bilion
3) Lim Kok Thay - US$6.6 bilion
4) Teh Hong Piow - US$5.6 bilion
5) Quek Leng Chan - US$4.8 bilion
6) Lee Shin Cheng - US$4.5 bilion
7) Yeoh Tiong Lay - US$2.8 bilion
8) Syed Mokhtar AlBukhary - US$2.75 bilion
9) Tiong Hiew King - US$1.8 bilion
10)Vincent Tan - US$1.3 bilion
11)Tan Heng Chew - US$1.2 bilion
12)Shahril & Shahriman Shamsuddin - $1.05 bilion
13)Chen Lip Keong - US$1.01 bilion
14)Lee Oi Hian & Lee Hau Hian - US$1 bilion
Senarai penuh boleh dilihat di www.forbes.com/malaysia, serta keluaran terbaharu Forbes Asia.
Bernama
Thu Feb 28 2013


3 bas meletup di Tel Aviv, polis Israel tuduh pengganas
Dua butir bom turut ditemukan dalam bas yang berasingan berjarak kira-kira 500 meter antara satu sama lain.

‘Palestin bukan untuk dijual’: Presiden Abbas tegaskan tolak rancangan pemindahan paksa
Presiden Palestin tegaskan negaranya "bukan untuk dijual" dan menolak sebarang usaha pemindahan penduduk Palestin secara paksa.

Kanak-kanak dilanggar depan sekolah, terperosok bawah MPV
Pihak JBPM Putrajaya menerima laporan berhubung kejadian pada 4.55 petang, melibatkan sebuah MPV jenis Perodua Alza.

Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian.

Enam juruterbang TUDM jalani latihan kendali pesawat FA-50M di Korea Selatan Oktober ini
Enam juruterbang TUDM akan jalani latihan intensif untuk membiasakan diri dengan sistem operasi pesawat baharu FA-50M di Korea Selatan pada Oktober ini.

Tipu umrah: Polis rakam keterangan 9 individu
Menurut Ramli, pegawai penyiasat telah merakam percakapan sembilan individu antaranya pengadu, pengarah dan kakitangan syarikat berkenaan.

Wanita kunci kepada dialog intra-Islam, kata pakar
Wanita berperanan memajukan dialog intra-Islam dan pembangunan masyarakat, menyumbang kepada pembentukan generasi akan datang melalui toleransi.

JK HARMONI bincang kaedah terbaik perkukuh perpaduan - Mohd Na'im
JK HARMONI mencari jalan dan memberikan pandangan kepada kerajaan tentang kaedah terbaik untuk memperkukuh perpaduan masyarakat.

Jemaah haji diingat dapatkan vaksin COVID-19
Jemaah haji berumur 65 tahun ke atas serta mereka yang dikategorikan sebagai berisiko tinggi diingatkan untuk mendapatkan vaksin COVID-19.

G20 mesti terus perjuangkan penyelesaian diplomatik kepada konflik
Presiden Afrika Selatan gesa G20 untuk terus memperjuangkan penyelesaian diplomatik kepada konflik di seluruh dunia.

Jasad Ananda Krishnan selamat disemadikan
Jasad Pengerusi Usaha Tegas Sdn Bhd, Ananda Krishnan Tatparanandam selamat disemadikan di Krematorium Loke Yew, pada tengah hari Rabu.