BUKIT GANTANG: Malaysia memohon sebanyak 5,000 tambahan kuota jemaah haji daripada Kerajaan Arab Saudi bagi musim haji tahun ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Idris Ahmad.
Bagaimanapun beliau berkata ia bergantung kepada kemampuan yang boleh diberikan oleh negara itu.
"Kami mohon sahaja tetapi bidang kuasa terletak pada Kerajaan Arab Saudi," katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Jamuan Hari Raya Aidilfitri anjuran Jawatankuasa Pengurusan Komuniti Kampung (JPKK) Mustafa Samat di Kampung Pasir di sini, hari ini.
Beliau berkata surat tawaran yang ditolak bagi jemaah yang menghadapi masalah termasuk disebabkan kesihatan dan faktor umur, juga akan ditawarkan kepada jemaah lain.
Sehubungan itu, Idris menasihatkan para jemaah supaya menjaga kesihatan kerana semua bakal haji diwajibkan lulus pemeriksaan kesihatan bagi memperoleh visa haji sebagaimana ditetapkan oleh Kerajaan Arab Saudi.
BACA: Malaysia ditawar 14,306 kuota haji, hanya satu juta jemaah dari seluruh dunia dibenar ke Tanah Suci tahun ini
"Kami harapkan bakal jemaah haji tumpukan pada kesihatan kerana ibadah haji memerlukan fizikal yang cergas dan kesempurnaan bacaan adalah sunat sahaja.
"Kepada mereka yang tidak lulus, kami harap tahun depan insya-Allah mereka akan diberikan peluang, namun ia tetap ditentukan oleh Arab Saudi," katanya.
Pada 21 April lepas, Idris mengumumkan kuota haji Malaysia tahun 2022 adalah 14,306 iaitu 45 peratus daripada kuota tahunan yang biasa diterima.
Kuota sebanyak 14,306 itu ialah penurunan daripada 31,600 jemaah haji Malaysia yang dibenarkan menunaikan Rukun Islam kelima itu, pada 2019.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 16 2022

Malaysia memohon sebanyak 5,000 tambahan kuota jemaah haji daripada Kerajaan Arab Saudi bagi musim haji tahun ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Idris Ahmad. - Gambar fail/BERNAMA

Kilang karpet di Nilai 3 musnah terbakar
Setakat ini tiada mangsa terlibat, namun, bomba memerlukan masa untuk memadamkan api.

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar US berikutan sentimen berhati-hati
Pada pukul 8 pagi, ringgit meningkat kepada 4.4040/4310 berbanding mata wang AS daripada 4.4270/4320 ketika ditutup semalam.
HUAWEI lancar model HUAWEI Mate XT, peranti tiga lipat pertama di dunia
HUAWEI melancarkan HUAWEI Mate XT Ultimate Design di Malaysia, telefon pintar tiga lipat pertama di dunia yang membawakan teknologi inovatif dalam reka bentuk, engsel, dan paparan.

OKU terselamat, seorang lelaki sesak nafas dalam kebakaran di Siol Kandis
Kebakaran melibatkan tiga kediaman tidak kekal dengan api telah meranapkan dua rumah pertama dan sedang membakar rumah ketiga.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [21 Februari 2025]
Fokus AWANI Pagi bersama Afiezy Azaman & Farhan Hakimi
- Kadar kesuburan di Malaysia menurun sejak 2013
- JAWI panggil individu berpakaian menyerupai wanita dalam acara hiburan
- 606 sekolah tahfiz tidak pernah daftar JAIS sejak 2008
#AWANIpagi #AWANInews
- Kadar kesuburan di Malaysia menurun sejak 2013
- JAWI panggil individu berpakaian menyerupai wanita dalam acara hiburan
- 606 sekolah tahfiz tidak pernah daftar JAIS sejak 2008
#AWANIpagi #AWANInews

Mahkamah khas SOSMA: Pendekkan atau hapus tempoh tahanan 28 hari tanpa bicara
Kerajaan juga wajar mempertimbangkan pindaan akta termasuk peruntukan mengenai isu jaminan bagi mengurangkan kesesakan di penjara.

Malaysia semakin popular sebagai destinasi acara korporat India
Segmen MICE merupakan antara bidang tumpuan utama Tourism Malaysia pada SATTE tahun ini di New Delhi.

Pemandu maut, nahas dua lori di Lebuhraya Utara Selatan
Mangsa yang berusia 43 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.

PGA tumpas cubaan seludup 1,000 anak pokok Bromeliad
Anggota Batalion 8 PGA menahan sebuah lori yang dipandu dalam keadaan mencurigakan pada kira-kira 5.30 petang, dalam Op Taring Wawasan.

When Legend Rise: KO! Adli Hafidz tumbangkan peninju Indonesia dalam pusingan ketiga
Adli Hafidz Pauzi menumbangkan Sony Manakane secara knockout (KO) dalam pertarungan When Legend Rise, di Bangkok, malam tadi.

Haji: Malaysia mohon kuota tambahan 10,000
Malaysia memohon kuota haji tambahan sebanyak 10,000 dan akan diberikan pertimbangan sewajarnya oleh Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi.

Tambah kuota haji: Mohamad sampaikan permohonan Malaysia
Malaysia telah menyampaikan permohonan kepada Arab Saudi agar kuota haji negara dapat ditambah.

Malaysia tunggu maklum balas Arab Saudi berkenaan kuota tambahan haji 2025
Mohd Na'im berkata pihaknya telah mengemukakan rayuan bertulis kepada Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi mengenai perkara tersebut.

Malaysia mohon tambahan kuota Haji - Mohd Na'im
Perkara itu disampaikan semasa pertemuan beliau bersama Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi Dr Tawfiq Fawzan Al-Rabiah, pada Isnin.

Kuota haji: Tunggu keputusan Arab Saudi
Kerajaan optimis kuota jemaah haji negara ini akan meningkat, susulan langkah Arab Saudi yang sedang merancang untuk meningkatkan jumlah jemaah kepada lima juta orang menjelang tahun 2030.

TH sangkal dakwaan agih kuota haji kepada PJH
Kuota haji berjumlah 31,600 yang telah diberikan kerajaan Arab Saudi adalah mengikut sistem pendaftaran haji terbuka berdasarkan konsep "Mendaftar Dahulu, Didahulukan".

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 8 Januari 2024.

Kuota haji Malaysia 2024 sebanyak 31,600 orang jemaah
Kerajaan Arab Saudi menetapkan kuota jemaah haji Malaysia bagi musim haji tahun ini sebanyak 31,600 orang jemaah.

Malaysia hasrat tambah kuota haji tahun hadapan - Menteri Agama
Malaysia telah menyampaikan hasrat kepada Arab Saudi untuk mendapatkan tambahan kuota haji kepada 31,950 pada tahun hadapan selaras dengan pertambahan jumlah penduduk negara.

Tiada had usia, kuota haji kembali normal - Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi
Jumlah jemaah haji luar negara diumum kembali seperti sebelum pandemik COVID-19 dan tanpa sebarang had usia.