KUALA LUMPUR: Malaysia telah mempelawa Thailand untuk bersama-sama menjadi ahli Majlis Negara-Negara Pengeluar Minyak Sawit (CPOPC) bagi menyuarakan isu halangan perdagangan yang diskriminatif terhadap negara pengeluar minyak sawit dan getah ke peringkat ASEAN.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof yang juga Menteri Perladangan dan Komoditi berkata suara mengenai isu berkenaan akan menjadi lebih besar dan lantang sekiranya Malaysia, Indonesia dan Thailand bergabung.
"Kita akan membuat misi bersama ke Eropah untuk berbincang dengan pemimpin dan ahli Parlimen mereka bagi menjelaskan apa yang telah kita usahakan, bukan sahaja dari sudut perniagaan dan ekonomi malah soal majoriti kebergantungan oleh pekebun-pekebun kecil.
"Dalam sektor sawit sahaja, hampir lebih 500,000 pekerja bergantung dengan industri perladangan dan sudah pasti kalau masukkan pekebun-pekebun kecil, jumlahnya akan jadi lebih besar.
"Jadi, ini kita kena perjelaskan kepada mereka bahawa apa yang mereka laksanakan boleh menjejaskan pendapatan pekebun-pekebun kecil yang bergantung dengan hasilan mereka," katanya dalam program Ruang Bicara bertajuk Belanjawan 2023: Membangun Malaysia MADANI yang diterbitkan Bernama TV malam tadi.
CPOPC akan diadakan pada Mei dan Malaysia menjadi pengerusi pada tahun ini.
Fadillah seterusnya berkata CPOPC akan memikirkan strategi bagaimana hendak menangani cabaran yang dihadapi di peringkat luar khususnya daripada Kesatuan Eropah (EU) dan Amerika Syarikat.
Antara cabaran atau tekanan oleh EU dan Amerika Syarikat ialah pelaksanaan Peraturan Produk Bebas Penebangan Hutan EU (EUDR) yang menggunakan alasan hasilan perladangan mestilah bebas daripada penebangan hutan dan buruh paksa.
"Memang kita memberi komitmen untuk memastikan kemampanan kelestarian alam sekitar (dan) sebab itu kita bangunkan standard pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) dan Indonesia pula ada Minyak Sawit Mampan Indonesia (ISPO).
"Dari segi buruh paksa juga kita jaga. Dalam MSPO sebenarnya, kita dah ada sistem untuk mengesan dari mana sumber kita dapat minyak ini supaya daripada sini nanti kita akan penuhi apa sahaja standard yang telah ditetapkan sama ada di Eropah mahupun Amerika Syarikat.
"Tetapi masalahnya adakah ini betul-betul alasan mereka untuk menjaga alam sekitar? Itu yang menjadi persoalan kerana mungkin juga ia merupakan satu halangan (barrier) perniagaan yang diletakkan untuk melindungi kepentingan dan hasilan minyak mereka sendiri," katanya.
Sementara itu, bercakap kepada Bernama selepas program itu, Fadillah berkata kerajaan akan bekerjasama dengan pemain industri tanaman kenaf dalam meneroka lebih banyak potensi tanaman komoditi itu yang dilihat mampu menjana sumber pendapatan negara.
Beliau berkata ketika ini pelbagai kajian sedang giat dijalankan untuk meneroka lebih banyak potensi dan manfaat tanaman berkenaan termasuk dibangunkan sebagai bahan dalam sektor pembinaan.
"Kita kena mencari kaedah - pertama sekali untuk menghasilkan benih yang bermutu; kedua, proses penuaian; ketiga, proses untuk mengeluarkan fiber daripada kenaf dan seterusnya adalah produk-produk hiliran serta keseluruhan rantaian daripada tanaman itu," jelas beliau.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Feb 28 2023
Suara mengenai isu berkenaan akan menjadi lebih besar dan lantang sekiranya Malaysia, Indonesia dan Thailand bergabung.
Polis Filipina sahkan pemergiaan Malabed satu kehilangan
Polis Filipina pada Jumaat mengesahkan seorang pegawainya Kolonel Polis Pergentino Malabed berada dalam pesawat American Airlines yang terhempas ke Sungai Potomac selepas bertembung dengan helikopter Black Hawk Tentera pada Rabu.
Junta tentera lanjutkan darurat
Junta Tentera melanjutkan darurat selama enam bulan lagi, sehari sebelum ulang tahun keempat rampasan kuasa.
Hamas umum nama tiga tebusan bakal dilepaskan
Hamas pada Jumaat mengumumkan nama tiga tebusan yang bakal dilepaskan pada Sabtu.
Tiga individu itu ialah Ofer Calderon, Keith Siegel dan Yarden Bibas.
Tiga individu itu ialah Ofer Calderon, Keith Siegel dan Yarden Bibas.
Pemimpin pembangkang India ditahan atas dakwaan rogol, serangan
Seorang pemimpin parti pembangkang Kongres India ditangkap pada Khamis atas tuduhan rogol dan serangan.
FDA lulus ubat baharu berpotensi jadi alternatif opioid
Pil itu dinamakan Journavx, yang digunakan untuk merawat sakit akut jangka pendek yang sering berlaku selepas pembedahan atau kecederaan.
Malaysia bantu permudah Timor-Leste sertai perjanjian ekonomi ASEAN
ASEAN menantikan kesediaan daripada Timor-Leste untuk menyertai perjanjian-perjanjian dan bersedia memberikan sokongan pembinaan kapasiti.
Sekitar Masjid Umawi sempena solat Jumaat pertama selepas pembentukan kerajaan sementara
Hari Jumaat di Syria merupakan hari hujung minggu. Hujung minggu kali ni sedikit berbeza kerana rakyat Syria dilihat keluar beramai-ramai solat Jumaat di Masjid Umawi di Damsyik dan Hilal Azmi yang berada di lokasi sempat bertemu dengan pelajar Malaysia di sana.
Kertas siasatan kes guru pukul murid telah lengkap
Polis telah melengkapkan kertas siasatan berhubung dakwaan seorang murid sebuah sekolah rendah di Bagan Serai mengalami kecederaan akibat dipukul guru seperti yang tular di media sosial.
Bantuan RM25 juta amat diperlukan - Hajiji
Menyambut baik dan berterima kasih atas bantuan itu, Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata bantuan segera merangkumi RM1,000 untuk semua keluarga yang terkesan juga amat penting dalam usaha membantu mangsa banjir.
Amaran hujan berterusan tahap waspada di tujuh kawasan di Sarawak
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada hingga Sabtu di tujuh kawasan di Sarawak.
Ketua Pengarahnya Dr Mohd Hisham Mohd Anip berkata analisis model ramalan cuaca terkini menunjukkan luruan monsun yang sedang berlaku dijangka berterusan hingga Sabtu.
Ketua Pengarahnya Dr Mohd Hisham Mohd Anip berkata analisis model ramalan cuaca terkini menunjukkan luruan monsun yang sedang berlaku dijangka berterusan hingga Sabtu.
Populasi harimau di Thailand meningkat tiga kali ganda
Tanah seluas 18,730 km persegi yang membentang di sepanjang sempadan Thailand dengan Myanmar kini mempunyai 143 ekor harimau.
Gerakan belia Thailand mohon laksana dasar sifar rokok elektronik
Kanak-kanak seawal usia sembilan tahun didpati menggunakan rokok elektronik setiap hari termasuk mempunyai akses mudah.
PGA tumpaskan cubaan seludup 20 tan pakaian terpakai ke Thailand
Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara merampas 100 bungkus pakaian terpakai seberat 20 tan dianggar bernilai RM1 juta yang cuba diseludup ke Thailand.
ASEAN 2025: Malaysia, Thailand dan Brunei kongsi kebimbangan situasi di Myanmar
Kementerian Luar Negeri berkata situasi di Myanmar menjadi antara isu yang berbangkit dalam kedua-dua mesyuarat bilateral melibatkan Malaysia hari ini.
Suatu pembaziran jika ASEAN gagal kerjasama mendepani cabaran global - Mohamad
Kegagalan ASEAN untuk bekerjasama mendepani pelbagai cabaran global akan menjadi satu pembaziran besar.
Johari mulakan lawatan rasmi ke Thailand
Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul, memulakan lawatan rasmi di Thailand semalam bagi memperkukuh kerjasama dan hubungan antara Parlimen kedua-dua negara.
Thailand kemas kini program visa jangka panjang untuk tarik bakat asing
Perubahan yang diluluskan Kabinet itu termasuk peluasan sektor sasaran bagi profesional berkemahiran tinggi kepada pelbagai bidang bukan STEM.
Penyanyi wanita terkenal Kelantan dan lima yang lain mengaku bersalah ambil dadah di Thailand
Keenam-enam rakyat Malaysia termasuk seorang penyanyi terkenal dari Kelantan yang dihadapkan ke Mahkamah Wilayah Narathiwat , Thailand hari ini mengaku bersalah mengambil dadah.
Kondominium Thailand, pembeli Myanmar berada di kedudukan kedua selepas China
Pembelian kondominium di Thailand dalam kalangan warga Myanmar berada di kedudukan kedua selepas pembeli China bagi sembilan bulan pertama tahun 2024.
Suspek pembunuh bekas ahli parlimen Kemboja di Bangkok, ditahan di Kemboja
Polis Nasional Kemboja jalankan pencarian teliti dan pada 1.50 tengah hari, 8 Jan 2025, Polis Provinsi Battambang menemukan dan menahan suspek.