KUALA LUMPUR: Malaysia mempelopori kesenian hiasan al-Quran dengan menerapkan nilai-nilai estetika Islam pada setiap mushaf (naskhah) termasuk identiti sesebuah negara.
Ketua Pegawai Eksekutif Nasyrul Quran, Datuk Abdul Latiff Mirasa berkata usaha yang dilakukan pihaknya sejak 30 tahun lepas itu bertujuan menarik minat orang ramai khususnya orang bukan Islam untuk mendalami al-Quran menerusi kesenian Islam.
"Mushaf yang kami keluarkan bukan untuk diedarkan di Malaysia sahaja, malah luar negara....jadi kita akan kaji mengenai negara berkenaan untuk mengetahui motif yang menggambarkan identiti masing-masing bagi tujuan hiasan al-Quran yang akan diterbitkan.
"Setakat ini pasukan yang menjalankan kajian ini ada lebih kurang 100 orang dan mereka ini akan ke negara-negara terlibat untuk mempelajari budaya negara berkenaan." katanya kepada Bernama selepas menjadi tetamu program Apa Khabar Malaysia terbitan Bernama TV di sini semalam.
Beliau berkata ketika ini sebanyak 30 jenis hiasan al-Quran melibatkan 30 jenis terjemahan bahasa dihasilkan bermotifkan identiti negara antaranya Perancis, China dan India.
Abdul Latiff berkata sebelum mendapat banyak permintaan dari negara luar, pihaknya menghasilkan mushaf Malaysia dengan memasukkan motif tempatan yang menunjukkan identiti negara termasuk budaya dan masyarakat.
"Kalau dahulu al-Quran ini kita peroleh dari negara Arab, tetapi kepentingan untuk kaitkannya dengan motif tempatan tidak berlaku. Jadi kita hasilkan mushaf Malaysia yang mana ia dihias untuk menunjukkan identiti negara dan usaha itu tidak terhenti di situ, malah dikembangkan pula mengikut daerah dan negeri," katanya.
Beliau berkata orang ramai yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai hiasan dan seni al-Quran dijemput ke Festival Seni Al-Quran Restu Global di Kompleks Nasyrul Quran, Presint 14, Putrajaya yang sedang berlangsung hingga 3 Mac ini.
Pengunjung katanya berpeluang melihat sendiri penghasilan al-Quran secara langsung pada festival itu yang terbuka kepada semua golongan masyarakat, bermula 9 pagi hingga 6 petang pada hari bekerja (sehingga 9 malam pada hujung minggu) secara percuma.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Feb 27 2024
Orang ramai dijemput ke Festival Seni Al-Quran Restu Global di Kompleks Nasyrul Quran, Presint 14, Putrajaya yang sedang berlangsung hingga 3 Mac ini. - Foto Facebook Nasyrul Quran
Op Sky: Selebriti tidak terlibat urus kegiatan syarikat - SPRM
Tiga selebriti yang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) didapati tidak terlibat menguruskan sebarang kegiatan milik syarikat perunding kewangan yang terbabit dalam kes rasuah.
Projek jajaran jalan Malaysia-Thailand hampir siap, perkukuh hubungan dua hala
Konsul Jeneral Malaysia di Songkhla Ahmad Fahmi Ahmad Sarkawi berkata pembinaan kompleks CIQ baharu di pihak Thailand telah pun disiapkan beberapa tahun lalu.
KUSKOP salur RM813.4 juta kepada PMKS, koperasi di Sabah tahun lepas
Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) menyalurkan RM813.4 juta kepada 53,395 perusahaan mikro kecil dan sederhana (PMKS) serta koperasi di Sabah, sepanjang tahun lepas.
Agenda AWANI: Indeks Persepsi Rasuah | Tambah Baik Kedudukan
Malaysia kekal di kedudukan ke-57 dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) bagi tahun 2024, dengan skor 50 mata. Apa cara untuk tambah baik kedudukan ini dan adakah visi untuk berada 25 buah negara teratas di dunia menjelang tahun 2033 boleh dicapai? Diskusi 8.30 malam
Siasatan kematian tahanan Penjara Taiping masih berjalan - Saifuddin Nasution
Siasatan kes kematian seorang tahanan Penjara Taiping dipercayai akibat dipukul bulan lepas masih berjalan, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
Krisis bantuan Gaza terkawal
Krisis kebuluran di Gaza berjaya dielakkan buat masa ini susulan peningkatan bantuan kemanusiaan yang memasuki wilayah tersebut dalam fasa pertama gencatan senjata.
Malaysia, Turkiye desak dunia iktiraf Palestin anggota PBB
Malaysia dan Turkiye senada dalam memperjuangkan nasib rakyat Palestin, termasuk mengiktiraf sebagai negara berdaulat dan menjadi anggota PBB.
Hubungan Malaysia-Turkiye: Beri tumpuan kepada pembangunan PKS
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa Dewan Perdagangan dan Industri Kebangsaan Malaysia (NCCIM) dan Lembaga Perhubungan Ekonomi Luar Negeri Türkiye (DEİK) memberi tumpuan kepada pembangunan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS).
Menyifatkan industri itu sebagai lapisan kedua ekonomi negara, beliau berkata ia mempunyai potensi besar untuk berkembang sekiranya mendapat sokongan sepenuhnya.
Menyifatkan industri itu sebagai lapisan kedua ekonomi negara, beliau berkata ia mempunyai potensi besar untuk berkembang sekiranya mendapat sokongan sepenuhnya.
Kejayaan luar biasa Kastam kutip hasil RM65.57 bilion bukti reformasi kerajaan - Cuepacs
Kejayaan JKDM dalam meningkatkan hasil negara membuktikan bahawa reformasi sistem percukaian dalam menutup ketirisan telah membuahkan hasil yang memberangsangkan.
AWANI Borneo [11/2/2025] – Pasca Banjir | Projek RM8.66 Bilion | Konvensyen PBB
#AWANIBorneo bersama Pia Ernadya.
- Proses pembersihan pasca banjir bermula di Sabah & Sarawak.
- Sabah hab tenaga utama di Asia Tenggara.
- Abang Johari kekal Presiden PBB.
Saksikan #AWANIBorneo setiap hari 7 malam di saluran 501 Astro AWANI dan astroawani.com
- Proses pembersihan pasca banjir bermula di Sabah & Sarawak.
- Sabah hab tenaga utama di Asia Tenggara.
- Abang Johari kekal Presiden PBB.
Saksikan #AWANIBorneo setiap hari 7 malam di saluran 501 Astro AWANI dan astroawani.com
Malaysia pelopori seni hiasan Al-Quran
Usaha yang dilakukan pihaknya sejak 30 tahun lepas itu bertujuan menarik minat orang ramai untuk mendalami al-Quran menerusi kesenian Islam.