KUALA LUMPUR: Malaysia perlu meneliti langkah membenarkan visa ketibaan kepada semua negara bagi membolehkan ia kekal kompetitif dalam pasaran pelancongan global, kata Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Tiong King Sing.
Beliau berkata memandangkan industri pelancongan negara masih dalam fasa pemulihan daripada pandemik COVID-19, Malaysia perlu sensitif kepada trend pasaran dan perlu membenarkan inisiatif pembukaan semula sepenuhnya itu secepat mungkin.
Selain itu, Tiong percaya pihak berkuasa Malaysia mampu menangani lonjakan penumpang serta mengekalkan ketenteraman di pintu masuk di seluruh negara dan tidak lagi menggunakan isu keselamatan sebagai alasan untuk menghalang ketibaan pelancong.
"Ia memberikan imej yang salah mengenai negara dan sistem kita apabila tidak bersedia untuk menyambut ketibaan semula pelancong secara besar-besaran ke Malaysia.
"Saya menggesa Kementerian Dalam Negeri untuk segera meneliti langkah memperluas visa ketibaan kepada semua negara terutama China dan India bagi mengelakkan kita daripada kehilangan daya saing di rantau ini," menurutnya dalam kenyataan mengenai ucaptama beliau di Forum Pelancongan ASEAN 2023.
Tiong juga berkata perubahan dalam dasar dan mekanisme Imigresen ketika ini hendaklah dilakukan secara serentak dengan adaptasi serta penyesuaian kepada produk dan perkhidmatan pelancongan tempatan berdasarkan realiti baharu pasaran.
Promosi bersama pelbagai destinasi pada harga pakej pelancongan tunggal yang beliau percaya mampu merangsang daya tarikan industri pelancongan di rantau ini secara keseluruhan telah dibincangkan dalam mesyuarat dua hala dengan Menteri Pelancongan Indonesia dan Menteri Negara Singapura.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Feb 08 2023

Tiong percaya pihak berkuasa Malaysia mampu menangani lonjakan penumpang serta mengekalkan ketenteraman di pintu masuk di seluruh negara. - Foto fail/BERNAMA
10 Berita Pilihan - (20 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Bagai berpaling tadah, Trump selar Zelenskiy 'diktator'
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menggelar Presiden Ukraine sebagai 'diktator'. Beliau ketika menyelar Volodymyr Zelenskiy turut memberi amaran supaya pemimpin Ukraine itu bertindak segera jika tidak mahu kehilangan negaranya.
200 penjenayah siber dihantar pulang ke China
200 suspek yang terlibat dalam jenayah penipuan dalam talian atau scam tiba di China dari Myawaddy, Myanmar pada Khamis. Penghantaran pulang kumpulan penjenayah siber itu dibuat menerusi beberapa siri dengan penerbangan yang ditempah khas.
Dua terkorban dalam insiden tikaman di Republik Czech
Dua individu terbunuh dalam kejadian tikaman pisau di sebuah pusat beli belah di bandar Hradec Kralove, Republik Czech pada Khamis.
Polis dalam kenyataan berkata, suspek yang berusia 16 tahun ditahan sejurus kejadian berlaku.
Polis dalam kenyataan berkata, suspek yang berusia 16 tahun ditahan sejurus kejadian berlaku.
Longgokan sampah di Gaza ancam kesihatan, alam sekitar
Perkhidmatan perbandaran, termasuk kutipan sampah, tidak lagi berfungsi, menjadikan jalan raya satu-satunya pilihan sebagai tempat pembuangan sampah.
NASA rakam video, gambar menakjubkan dari planet marikh
Dan bagi mengakhiri Buletin Awani malam ini, kita saksikan video beserta gambar panorama planet marikh yang berjaya dirakam pentadbiran aeronautik dan angkasa kebangsaan (NASA).
Imej dan video menakjubkan dirakam oleh rover nasa dikenali sebagai 'curiosity' diambil dari lokasi berbukit yang dinamakan 'mont mercou' melihat ke arah 'gale crater'
'curiosity mendarat di marikh pada 2012.
Imej dan video menakjubkan dirakam oleh rover nasa dikenali sebagai 'curiosity' diambil dari lokasi berbukit yang dinamakan 'mont mercou' melihat ke arah 'gale crater'
'curiosity mendarat di marikh pada 2012.
Empat jasad tebusan diserah kepada Israel
Hamas pada Khamis menyerahkan empat jasad tebusan warga Israel pada Khamis. Antara empat jasad itu termasuk seorang ibu dan dua anaknya. Jasad Shiri Bibas dan dua anaknya Ariel dan Kfir serta seorang warga emas Oded Lifshitz, 83 tahun diserahkan kepada kerajaan Israel sebagai sebahagian daripada perjanjian genjatan senjata. Anak kepada Bibas, Kfir adalah tebusan termuda yang mana ketika hayatnya baru berusia 9 bulan.
Doktor haiwan di Lubnan mahu segera kembali berkhidmat
Shamoun, yang dipindahkan dari Khiam pada akhir September semasa konflik antara Israel dan Hizbullah, cuba untuk pulang sejurus selepas perjanjian gencatan senjata dicapai, namun gagal kerana kehadiran tentera Israel.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 20 Februari 2025.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Projek dalamkan dasar Sungai Sebiew perlu disegerakan - Tiong
Sistem tebatan banjir sedia ada, ada yang tidak mempunyai perancangan yang betul dan tidak lagi berupaya menjalankan fungsi yang sepatutnya.

Banjir: King Sing akui tidak menang tangan bantu penduduk Bintulu
Tiong berkata banjir yang berlaku terlalu besar hingga beliau dan pasukannya telah tidak menang tangan dalam membantu penduduk Bintulu dan kawasan Dewan Undangan Negeri Dudong.

Tambah baik sistem saliran, dalamkan sungai cegah banjir - Tiong
Tiong berkata masalah itu menghalang air lebihan daripada disalirkan dengan cekap, sekali gus menyebabkan paras sungai meningkat dengan cepat.

MOTAC kaji naikkan sasaran Tahun Melawat Malaysia 2026
MOTAC juga menetapkan sasaran untuk menjana sekurang-kurangnya RM150 bilion hasil daripada sektor pelancongan.

ATF 2025: ASEAN perlu tingkat kerjasama rentas sempadan, galakkan lebih ramai pelancong
Negara-negara blok ASEAN mesti terus menjalin kerjasama erat dalam aspek rentas sempadan sebagai usaha menggalakkan kemasukan lebih pelancong ke negara rantau ini.

Beberapa agenda penting pelancongan ASEAN melatari tentatif ATF 2025 hari ini
Ini merupakan kali kedua Malaysia menjadi tuan rumah ATF selepas yang pertama di Kuching, Sarawak pada 2014.

Malaysia seru menteri pelancongan ASEAN pupuk semangat komuniti serantau
Kerjasama diperlukan untuk melindungi warisan dan masyarakat serantau dan memperkukuh kehadiran ASEAN di persada global.

TRAVEX 2025 himpun peserta dari 42 negara
Penganjuran ASEAN Travel Exchange (TRAVEX) 2025 yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor, menghimpunkan peserta dari 42 negara.

VM2026: Pemain industri pelancongan digesa tingkatkan perkhidmatan - Tiong
Pemain industri pelancongan digesa supaya bersiap sedia dan meningkatkan perkhidmatan mereka selari dengan Kempen Tahun Melawat Malaysia 2026.

Video promosi Tahun Melawat Malaysia 2026 dibuat semula, promosi setiap negeri sebaiknya - Tiong
Video promosi Tahun Melawat Malaysia 2026 akan dibuat semula dengan lebih terperinci bagi mempromosi setiap negeri sebaiknya.