SHAH ALAM: Perikatan Masyarakat Sivil dalam Proses Semakan Sejagat (UPR) Malaysia (MACSA) menggesa kerajaan menggubal Undang-undang Menghalang Sekatan Penyebaran Perjuangan Palestin didakwa dilakukan oleh syarikat gergasi media sosial dunia.
Perkara itu ditegaskan dalam satu kenyataan bersama oleh Pengerusi MACSA, Lukman Sheriff Alias; Pengerusi Bersama MACSA, Profesor Madya Dr Rafidah Hanim Mokhtar; dan Pengerusi Yayasan MyAQSA, Suwardi Yaacob pada Isnin.
Menurut mereka, MACSA memandang serius terhadap pelbagai aduan bahawa syarikat gergasi rangkaian media sosial seperti Facebook, Twitter dan TikTok telah mengenakan sekatan secara tidak adil, diskriminasi dan sewenang-wenangnya, terhadap berita-berita yang menyentuh keadaan rakyat Palestin.
“Pelbagai dakwaan telah dibuat oleh ramai pengguna bahawa syarikat-syarikat ini telah menyekat kebebasan bersuara mereka dengan menghapuskan posting atau komen yang sah dan/ atau menutup akaun dengan sewenang-wenangnya tanpa memberi alasan dan melalui proses yang sewajarnya.
“Maka, sudah tiba masanya syarikat rangkaian sosial ini dipertanggungjawabkan ke atas pencabulan kebebasan bersuara. Rakyat Palestin sudah terlalu lama ditindas dengan kejam di bawah rejim Israel dan sebarang sekatan penyebaran berita dan hak bersuara mereka, adalah tidak berperikemanusiaan dan tidak boleh diterima.
“Oleh itu, MACSA menyeru agar Malaysia menjadi negara pertama di dunia yang menggubal ‘undang-undang Antitapisan (anti-censorship) Perjuangan Palestin’ agar syarikat rangkaian sosial gergasi ini dipertanggungjawabkan dalam sebarang bentuk sekatan kebebasan bersuara,”menurut kenyataan itu.
Menurut mereka lagi, MACSA mengakui syarikat-syarikat tersebut mempunyai hak untuk menyekat ucapan kebencian tetapi apa yang dimaksudkan dengan ucapan kebencian mestilah diperjelaskan.
“Sebarang sekatan bersuara mestilah dilaksanakan dengan adil dan telus dan bukan sewenang-wenang seperti yang dilakukan sekarang.
“Mana-mana syarikat rangkaian sosial gergasi yang melanggar undang-undang ini hendaklah dikenakan denda yang setimpal,”katanya.
Artikel asal di Sinar Harian: Malaysia perlu gubal undang-undang 'Anti-Tapisan Perjuangan Palestin'
Sinar Harian
Mon May 17 2021
Rakyat Palestin sudah terlalu lama ditindas dengan kejam di bawah rejim Israel dan sebarang sekatan penyebaran berita dan hak bersuara mereka, adalah tidak berperikemanusiaan dan tidak boleh diterima. -Gambar fail
Pendirian Malaysia sama dengan negara Islam lain - PM
Pendirian Malaysia sama seperti negara Islam lain mengenai situasi semasa di Gaza, Palestin.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau akan meneliti terlebih dahulu kenyataan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump sebelum mengulas lanjut.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau akan meneliti terlebih dahulu kenyataan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump sebelum mengulas lanjut.
Op Sky: Tiga selebriti hadir ke SPRM esok
Tiga selebriti akan hadir memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Khamis, bagi membantu siasatan membabitkan sindiket syarikat perunding kewangan.
MBSA benar jualan mercun, bunga api di empat bazar Ramadan
MBSA hanya membenarkan jualan mercun dan bunga api di empat bazar Ramadan di bawah kendaliannya sepanjang Ramadan kali ini.
Dakwaan fitnah terhadap bekas Naib Canselor UKM: Polis rakam keterangan dua individu
Polis merakam keterangan dua individu daripada pengurusan tertinggi sebuah universiti awam tempatan berhubung dakwaan fitnah dan tohmahan membabitkan bekas Naib Canselor UKM.
Pendirian Malaysia terhadap Gaza sama dengan negara Islam lain - PM Anwar
Pendirian Malaysia sama seperti negara Islam lain mengenai situasi semasa di Gaza, Palestin.
Niaga AWANI Khas: Mencorak pelaburan mampan negara
Dinamik geoekonomi dan geopolitik menuntut syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) mempelbagaikan portfolio selain mencari alternatif dalam menampan ketidaktentuan tersebut.
AWANI Ringkas: Tiga selebriti hadir ke SPRM esok beri keterangan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
MAHB: PAC perlu guna saluran betul untuk dapatkan penjelasan - Loke
PAC perlu menggunakan saluran yang betul apabila ingin mendapatkan sebarang penjelasan daripada Kementerian Pengangkutan termasuk mengenai penjualan saham MAHB.
AGC fail notis usul, mahu rayu keputusan kes Titah Adendum ke Mahkamah Persekutuan
Notis itu berdasarkan premis percanggahan dalam tafsiran undang-undang, dan kepentingan isu undang-undang di bawah Perlembagaan Persekutuan.
Populasi Harimau Malaya tunjuk perkembangan positif - Nik Nazmi
Jumlah populasi Harimau Malaya (Panthera Tigris Jacksoni) di negara ini menunjukkan perkembangan yang positif.
Tiada normalisasi dengan Israel jika tiada negara Palestin merdeka - Arab Saudi
Pendirian Arab Saudi sangat teguh dan tidak akan berubah.
Budaya pandang sebelah mata kepada kesengsaraan Palestin perlu dibendung - MAPIM
Budaya tidak cakna dan meletakkan sempadan kepada kesengsaraan rakyat Palestin perlu dibendung.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Negara Arab tolak rancangan Trump pindahkan penduduk Gaza
Mesyuarat menteri enam negara Arab di Kaherah menolak sebarang rancangan untuk memindahkan penduduk Palestin dari Gaza dan Tebing Barat.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PM Anwar tempelak pihak pertikai usaha kerajaan bantu bangunkan Gaza
Anwar berkata apa sahaja keputusan yang dilakukan beliau ketika ini dianggap kontroversi bagi sesetengah pihak yang tidak berpuas hati dengan kerajaan.
The Hague: 9 negara termasuk Malaysia bincang pelanggaran undang-undang antarabangsa oleh Israel
Kumpulan The Hague akan umum langkah-langkah undang-undang, ekonomi dan diplomatik bagi memastikan Israel bertanggungjawab.
Israel tangguh pembebasan 110 tebusan, Hamas desak pengantara campur tangan
Hamas mendesak pihak pengantara untuk campur tangan dalam penangguhan pembebasan tahanan Palestin oleh Israel.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Parlimen Malaysia, Qatar sepakat sokong isu Palestin, selaras pendirian di pentas antarabangsa
Parlimen Malaysia dan Qatar sepakat untuk terus menyokong isu Palestin, menyelaraskan pendirian bersama, serta memperkukuh kerjasama.