KUALA LUMPUR: Malaysia perlu meneliti semula semua sistem percukaian sedia ada bagi membolehkan pelaksanaan sistem yang lebih komprehensif serta saksama, kata bekas Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Tan Sri Muhammad Ibrahim.
Beliau berkata, sistem percukaian yang saksama itu juga perlu melibatkan cukai nilai tambah yang tidak harus dipolitikkan bagi pertumbuhan ekonomi lebih baik.
Ini penting bagi memastikan Malaysia mempunyai pilihan hasil serta dapat mengelak daripada terjerumus dalam perangkap hutang bagi jangka panjang walaupun paras hutang sedia ada masih rendah kira-kira 50-60 peratus berbanding Jepun serta negara lain yang mempunyai paras hutang lebih 100 peratus.
Implikasi perangkap hutang itu, katanya, tidak hanya merencatkan pertumbuhan ekonomi tetapi juga pasaran kewangan seperti bon dan ekuiti yang boleh menyebabkan pelabur kurang yakin dengan negara ini.
"Setakat ini, kira-kira 30 peratus daripada ekonomi tidak membayar cukai kerana ciri sistem cukai tersebut. Ini termasuk pesara seperti saya atau lain-lainnya yang masih mampu berbelanja dan sepatutnya menyumbang bahagian masing-masing kerana masih menikmati kemudahan seperti jalan raya, lapangan terbang serta sekolah," katanya pada Persidangan Dewan Usahawan Malaysia-China (MCEC) Ke-12 di sini, hari ini.
Muhammad berkata, tindakan meminjam secara berlebihan boleh mengundang negatif atau pertumbuhan lebih rendah dan menekankan kepentingan peranan sebagai jaguh dalam pelbagai sektor ekonomi.
"Kita perlukan lebih banyak jaguh (syarikat) seperti Petronas dan Top Glove Corp untuk menjadi jenama global yang tidak hanya dapat mewujudkan pekerjaan bergaji tinggi tetapi dapat melonjakkan lagi kepentingan negara," katanya.
Sehubungan itu, beliau berkata pelan yang jelas diperlukan bagi membolehkan entiti menjadi juara kebangsaan.
Muhammad berkata, BNM misalnya, berjaya dari segi menjadikan institusi perbankan berteraskan domestik sebagai kuasa di peringkat serantau.
Usaha itu termasuk transformasi sektor perbankan sebagai industri kompetitif serta berat dalam proses panjang untuk memupuk institusi ini sebagai entiti dan bersaing melangkaui sempadan negara.
Sementara itu, MCEC ke-12 menggabungkan interaksi dalam talian dan fizikal serta padanan perniagaan untuk perusahaan kecil dan sederhana antara Malaysia dan China selain perbincangan lanjut mengenai Perjanjian Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP).
-- BERNAMA
Bernama
Thu Dec 15 2022

Tan Sri Muhammad Ibrahim berkata, sistem percukaian yang saksama itu juga perlu melibatkan cukai nilai tambah yang tidak harus dipolitikkan bagi pertumbuhan ekonomi lebih baik. - Gambar/ BERNAMA

Imigresen serbu 12 kilang proses e-waste haram, tahan 420 pendatang tanpa izin
Kesemua tangkapan di Jalan Buloh Kasap itu dibawa ke Depot Imigresen Machap Umboo, Melaka dan Depot Imigresen Pekan Nanas, Pontian untuk siasatan lanjut.

EU mula gantung sekatan ekonomi terhadap Syria
Beberapa langkah dalam sektor tenaga, pengangkutan dan perbankan akan ditarik balik bagi menyokong pemulihan ekonomi yang pesat.

Mesir janji pembinaan semula Gaza dalam tempoh sesingkat mungkin
Mesir telah mengemukakan cadangan untuk membina semula Gaza tanpa memindahkan penduduk Palestin.

KPN sumbang RM10,000 kepada TAWP hasil kos guaman dibayar Papagomo
Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Razarudin Husain menyumbangkan RM10,000 kepada Tabung Amanah Warisan Polis (TAWP) hari ini.
AWANI Ringkas: Laporan KAN | Parlimen | Jenayah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Jenayah | Kesihatan | Banjir
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Senegal meterai perjanjian damai dengan kumpulan pemisah, akhiri konflik tertua di Afrika
Casamance, yang terpisah dari utara Senegal oleh Gambia, adalah tapak satu daripada konflik tertua di Afrika yang bermula pada 1982.
Agenda AWANI: Revolusi Pendidikan Tinggi 2025
Penyediaan bakat, kewibawaan akademia serta pemindahan dan perkongsian ilmu antara fokus utama Kementerian Pendidikan Tinggi untuk tahun 2025. Ikuti temu bual khas bersama Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir 9 malam ini.

Siasatan rasuah terhadap empat bekas pegawai kanan bekas PM masih di peringkat awal - SPRM
Siasatan terhadap empat bekas pegawai kanan kepada bekas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang ditahan reman pada Jumaat kerana disyaki terlibat dalam rasuah, masih di peringkat awal.

Malaysia akan sediakan bantuan pendidikan, kesihatan di Baitulmaqdis - PM Anwar
Malaysia akan menyediakan bantuan khusus bagi sektor pendidikan dan kesihatan di Baitulmaqdis, Palestin selain pemulihan di Gaza, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Malaysia perlu kaji semula sistem cukai sedia ada - Bekas Gabenor
Malaysia perlu meneliti semula semua sistem percukaian sedia ada bagi membolehkan pelaksanaan sistem yang lebih komprehensif serta saksama, kata bekas Gabenor BNM Malaysia Tan Sri Muhammad Ibrahim.

BNM akan kekal teguh di sebalik peletakan jawatan gabenor - Zeti
Bekas Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz, percaya BNM akan kekal teguh dalam melaksanakan tugasnya sebagai bank pusat di sebalik peletakan jawatan Gabenornya, Tan Sri Muha

BNM perkenal standard minimum untuk pembayaran mudah alih
Bank Negara Malaysia (BNM) akan memperkenalkan standard minimum untuk pembayaran mudah alih pada bulan-bulan akan datang untuk meningkatkan perlindungan pengguna.

Bank Negara keluar tiga wang kertas edisi terhad
BNM mengeluarkan tiga wang kertas edisi terhad khas sempena sambutan ulang tahun ke-60 Perjanjian Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu.