KUALA LUMPUR: Malaysia memerlukan lebih ramai jurutera untuk membantu negara mencapai Matlamat Pembangunan Lestari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu ke arah membina masa depan lebih mampan, menurut Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).
MOSTI dalam kenyataan memaklumkan, berdasarkan statistik Lembaga Jurutera Malaysia (BEM), seramai 187,900 jurutera berdaftar secara rasmi di negara ini tahun lepas manakala nisbah jurutera kepada penduduk Malaysia ialah 1:170 berbanding 1:100 di negara maju seperti Jerman dan Perancis.
Daripada angka tersebut, 172,900 terdiri daripada jurutera siswazah, 5,900 jurutera profesional dan 9,100 jurutera profesional dengan sijil amalan.
"Angka tersebut menunjukkan masih terdapat permintaan yang tinggi untuk profesion jurutera di Malaysia dalam usaha ke arah mencapai status negara pengeluar teknologi," menurut kenyataan berkenaan.
Statistik tersebut dinyatakan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Chang Lih Kang ketika merasmikan Hari Kejuruteraan Sedunia 2023 peringkat Malaysian Research Accelerator for Technology and Innovation (MRANTI) bertemakan Engineering Possibilities, di sini, pada Sabtu.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif MRANTI Dzuleira Abu Bakar dalam kenyataan sama berkata melalui sambutan itu, MRANTI menyokong hasrat untuk mempromosi kejuruteraan sebagai pilihan kerjaya dan menghidupkan semula semangat dalam kalangan generasi muda untuk kemungkinan dan peluang yang tersedia dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).
MRANTI juga menyediakan pusat inovasi komuniti yang dikenali sebagai MakersLab bertemakan Revolusi Industri 4.0 (IR4.0) yang merupakan pusat untuk komuniti inovator berkumpul dan bertukar idea bagi menjalankan eksperimen dalam meningkatkan penciptaan dan inovasi tempatan.
"Aktiviti bengkel STEM dalam bidang tenaga-boleh-diperbaharui, pengekodan dan robotik ditawarkan termasuk Program Sijil Reka Bentuk Simulasi Industri dan kursus Inovasi Percetakan 3D," katanya.
Selain itu, Pertandingan Cabaran Reka Bentuk turut dilancarkan sempena Hari Kejuruteraan Sedunia 2023 yang merupakan seruan kepada belia untuk melibatkan diri dalam dialog berkaitan gaya hidup di bandar yang lebih inklusif dari segi sosial, kemampanan diri dan penjanaan semula alam sekitar.
Belia siswazah dan lepasan ijazah dari bidang kejuruteraan dan pelbagai disiplin lain dijemput untuk mengambil bahagian dalam pertandingan itu dan melontarkan idea bandar pintar paling inovatif dalam bentuk prototaip yang boleh diaplikasi.
Menurut MOSTI, penyertaan terbaik bakal menerima ganjaran pelaburan bernilai sehingga RM30,000.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Mar 11 2023
![Malaysia perlu lebih ramai jurutera bantu pembangunan negara mampan - MOSTI Malaysia perlu lebih ramai jurutera bantu pembangunan negara mampan - MOSTI](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/41678527540_KementerianSainsT.jpg)
Seramai 187,900 jurutera berdaftar secara rasmi di negara ini tahun lepas manakala nisbah jurutera kepada penduduk Malaysia ialah 1:170 berbanding 1:100 di negara maju seperti Jerman dan Perancis. - Foto MOSTI
![Lebih 16,000 laporan berkaitan bahan penderaan seksual kanak-kanak tahun lepas Lebih 16,000 laporan berkaitan bahan penderaan seksual kanak-kanak tahun lepas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739623650_DatinWongPoiHong.jpg)
Lebih 16,000 laporan berkaitan bahan penderaan seksual kanak-kanak tahun lepas
Sebanyak 16,328 laporan direkodkan berkaitan bahan penderaan seksual kanak-kanak (CSAM) di negara ini sepanjang tahun lepas.
![Tular: Penjual jagung papar notis berunsur perkauman dikecam Tular: Penjual jagung papar notis berunsur perkauman dikecam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739636564_Videotular.jpg)
Tular: Penjual jagung papar notis berunsur perkauman dikecam
Baru-baru ini tular satu rakaman di media sosial yang memaparkan notis berunsur perkauman oleh seorang penjual jagung bakar di Kota Warisan, Sepang.
![Kerajaan sasar tambah van khidmat guaman bergerak bantu rakyat B40 Kerajaan sasar tambah van khidmat guaman bergerak bantu rakyat B40](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739628918_MKulasegaranJust.jpg)
Kerajaan sasar tambah van khidmat guaman bergerak bantu rakyat B40
Ketika ini terdapat lima van bergerak tersedia termasuk tiga yang diperoleh sewaktu kepimpinan Kerajaan MADANI.
![Industri automotif China, Eropah miliki potensi kerjasama besar - Menteri Perdagangan China Industri automotif China, Eropah miliki potensi kerjasama besar - Menteri Perdagangan China](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/71663595871_car.jpg)
Industri automotif China, Eropah miliki potensi kerjasama besar - Menteri Perdagangan China
Industri automotif di China dan Eropah mempunyai asas kukuh serta potensi besar untuk bekerjasama, kata Menteri Perdagangan China, Wang Wentao.
Joehari mampu tingkatkan prestasi pasukan bola sepak negara - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh yakin dengan kepimpinan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub untuk membawa perubahan positif kepada pasukan negara.
10 Berita Pilihan - (15 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
El Salvador rampas 1.7 metrik tan kokain, tiga ditahan
Pihak berkuasa El Salvador mengumumkan rampasan 1.7 metrik tan dadah kokain dianggar bernilai US$44.8 juta dalam operasi pada 7 Februari lalu.
Yaman protes, bantah rancangan 'gila' Trump ingin ambil alih Gaza
Turut hadir di perhimpunan tersebut ialah Menteri Pertahanan Houthi Yaman, Mohammed Al-Atifi
Tiga tebusan Israel merdeka, 369 tahanan Palestin dibebaskan sebagai pertukaran
Tebusan Israel Iair Horn, Sagui Dekel-Chen dan Sasha Troufanov diserahkan kepada pasukan Palang Merah selepas perundingan di antara Qatar, Mesir dan Amerika Syarikat (AS) berjaya.
Lima resolusi rampas Kedah pada PRU akan datang
Konvensyen Perpaduan Kedah 2025 menggariskan lima resolusi yang dipersetujui bersama hasil garapan pandangan pimpinan dan akar umbi Pakatan Harapan (PH) serta Barisan Nasional (BN).
Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, resolusi itu untuk hala tuju Kedah dalam Kerajaan Perpaduan dengan sasaran merampas kepimpinan kerajaan Kedah pada pilihan raya umum akan datang.
Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, resolusi itu untuk hala tuju Kedah dalam Kerajaan Perpaduan dengan sasaran merampas kepimpinan kerajaan Kedah pada pilihan raya umum akan datang.
![Gabungan sains, seni galak pengunjung ke Planetarium Negara - Pengarah Gabungan sains, seni galak pengunjung ke Planetarium Negara - Pengarah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71738928259_TBPLANETARIUMNEGARA.jpg)
Gabungan sains, seni galak pengunjung ke Planetarium Negara - Pengarah
Planetarium Negara berhasrat menggabungkan elemen sains dan seni dalam produk pamerannya bagi menyemai minat orang ramai, terutama generasi muda, dalam bidang sains astronomi.
![Pelancaran UZMA SAT-1 bukti kejayaan Dasar Angkasa Negara 2030 - MOSTI Pelancaran UZMA SAT-1 bukti kejayaan Dasar Angkasa Negara 2030 - MOSTI](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/41736940706_TBuzma.jpg)
Pelancaran UZMA SAT-1 bukti kejayaan Dasar Angkasa Negara 2030 - MOSTI
Kejayaan Uzma Berhad melancarkan satelit penderiaan jauh pertama miliknya UZMA SAT-1 awal pagi tadi, menjadi bukti pencapaian dalam pelaksanaan Dasar Angkasa Negara 2030 (DAN2030).
![MOSTI, MITI bincang langkah atasi kemungkinan sekatan eksport ke atas cip AI MOSTI, MITI bincang langkah atasi kemungkinan sekatan eksport ke atas cip AI](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/41736781488_ChangLihKang.jpg)
MOSTI, MITI bincang langkah atasi kemungkinan sekatan eksport ke atas cip AI
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Chang Lih Kang berkata impak yang mungkin timbul daripada hal itu boleh menjadi signifikan bagi Malaysia namun, laporan tersebut masih belum dapat disahkan.
![INNOVATHON 2: '4 Mix' ditabal pemenang minggu ke-3, pamer inovasi tampal jalan berlubang INNOVATHON 2: '4 Mix' ditabal pemenang minggu ke-3, pamer inovasi tampal jalan berlubang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/51734411541_TBINNOVATHON.jpg)
INNOVATHON 2: '4 Mix' ditabal pemenang minggu ke-3, pamer inovasi tampal jalan berlubang
Inovasi ini mampu menurap jalan berlubang dalam masa lima minit menggunakan campuran bahan batu kelikir yang dibuang.
![NASA, MOSTI perkukuh kerjasama angkasa NASA, MOSTI perkukuh kerjasama angkasa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/71733494329_MOSTINASA.jpg)
NASA, MOSTI perkukuh kerjasama angkasa
Malaysia dan NASA memperkukuh kerjasama dalam teknologi angkasa, dengan matlamat menjadikan Malaysia sebagai sebagai pemain utama di arena angkasa global.
![Malaysia berpotensi jadi peneraju penyelidikan ubat botani Malaysia berpotensi jadi peneraju penyelidikan ubat botani](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/51732028568_TBMOSTI.jpg)
Malaysia berpotensi jadi peneraju penyelidikan ubat botani
Malaysia, yang memiliki lebih 15,000 spesies tumbuhan ubatan, mempunyai potensi besar untuk menerajui penyelidikan ubat botani, menurut Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).
![Nuklear dipertimbangkan sebagai sumber tenaga negara Nuklear dipertimbangkan sebagai sumber tenaga negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/61731324601_ChangLihKang.jpg)
Nuklear dipertimbangkan sebagai sumber tenaga negara
Kerajaan sedang mempertimbangkan penggunaan tenaga nuklear sebagai sumber tenaga negara pada masa depan, kata Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Chang Lih Kang.
![Malaysia cadang guna nuklear sebagai sumber tenaga negara pada masa depan - Rafizi Malaysia cadang guna nuklear sebagai sumber tenaga negara pada masa depan - Rafizi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723194708_RafiziRamli.jpg)
Malaysia cadang guna nuklear sebagai sumber tenaga negara pada masa depan - Rafizi
Malaysia bercadang untuk menggunakan penjanaan tenaga nuklear sebagai salah satu sumber tenaga negara pada masa hadapan, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.
![MyGenom: Kos perubatan boleh dikurangkan dengan memahami genetik populasi - MOSTI MyGenom: Kos perubatan boleh dikurangkan dengan memahami genetik populasi - MOSTI](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/61730354258_tbMohdNorAzmanMO.jpg)
MyGenom: Kos perubatan boleh dikurangkan dengan memahami genetik populasi - MOSTI
Kejayaan Projek MyGenom bakal diterjemahkan dalam pembentuk penjimatan kos perkhidmatan perubatan melalui pemberian rawatan yang lebih sesuai mengikut genetik populasi Malaysia.
![MOSTI terus perkasa program Malaysia Techlympics, STEM MOSTI terus perkasa program Malaysia Techlympics, STEM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/71730209813_AbRaufYusoh.jpg)
MOSTI terus perkasa program Malaysia Techlympics, STEM
MOSTI akan terus memperkasa pelaksanaan program Malaysia Techlympics dan inisiatif dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) dengan kerjasama Kementerian Pendidikan.