SUDAH lebih dua tahun vaksin COVID-19 dihasilkan oleh syarikat farmaseutikal termasuk Pfizer yang menjadi vaksin primer terbukti paling berkesan dalam mengurangkan risiko kematian, namun tidak sampai 50 peratus penduduk Malaysia menerima dos penggalak mereka.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Rabu lepas, menggesa rakyat mendapatkan dos penggalak susulan satu lagi gelombang jangkitan COVID-19 dijangka tiba di negara ini bersama-sama kedatangan pelawat dari China yang baru sahaja menarik balik dasar Sifar COVID, serta negara-negara lain yang sedang mendepani pelbagai subvarian virus itu.
Perdana menteri juga berkata kerajaan akan memantau ketibaan pelawat bagi memastikan kesihatan dan keselamatan rakyat Malaysia terjamin, selain meminta semua ahli masyarakat mengamalkan pendekatan "kita jaga kita". Malah, ada kemungkinan pemakaian pelitup muka akan diwajibkan semula.
Penulis menyambut baik jika arahan pemakaian pelitup muka ini dikuatkuasakan kembali, khususnya di dalam bangunan. Setidak-tidaknya Malaysia masih mensyaratkan pemakaian pelitup muka di kawasan tertentu seperti di dalam pengangkutan awam dan di kemudahan kesihatan.
Bagaimanapun negara kita seakan tersasar dari landasan dalam aspek pemvaksinan dan pemberian dos penggalak. Sebagai seorang penyokong pengambilan apa juga vaksin, penulis melihat gesaan pengambilan dos penggalak ini hanya dibuat ala kadar dan mungkin juga sudah terlambat. Bukan penulis seorang sahaja berpandangan begini.
Pakar epidemiologi Datuk Dr Awang Bulgiba Awang Mahmud memberitahu Bernama bahawa Malaysia perlukan strategi jangka panjang bagi mengurus dan menangani COVID-19 serta kesan jangka panjangnya dengan menumpukan pada usaha mendapatkan penggalak bivalen bagi melindungi rakyat.
"Mengulangi pengambilan dos penggalak jenis vaksin yang sama bukan satu strategi kesihatan awam yang mampan," katanya.
Selepas tiga tahun dan bermutasi beberapa kali, COVID-19 kekal sebagai ancaman. Selain daripada ketibaan pelawat dari China, kini timbul varian baharu XBB.1.5 yang dikatakan paling kebal vaksin serta tangkas mengikat sel. Ia kini di laluan untuk mendominasi dunia sepertimana ia menguasai jangkitan di Amerika Syarikat (AS) dan United Kingdom (UK).
"Berita ini semakin kerap kita dengar. Ia merupakan subvarian yang paling mudah menjangkiti setakat ini," kata Dr Vinod Balasubramaniam, pakar virologi daripada Sunway University.
Beliau menegaskan sekalipun subvarian baharu ini mungkin mampu mencetuskan jangkitan dalam kalangan orang yang telah divaksinasi, tidak ada bukti ia boleh membawa maut sepertimana Delta atau mampu mengelak tindak balas peneutralan atau kesan perlindungan vaksin.
Yang menjadi persoalan ialah mengapa tidak ada usaha yang lebih hebat bagi menganjurkan pengambilan dos penggalak pada tahun lepas apabila negara dilanda gelombang Omicron? Walaupun artikel dan laporan mengenai vaksin dan dos penggalak sentiasa disiarkan oleh media, jumlah artikel semakin berkurangan selepas sektor ekonomi dibuka semula.
Setakat 5 Januari, kira-kira 49.9 peratus penduduk di negara ini telah mengambil dos penggalak pertama namun hanya dua peratus yang mengambil dos penggalak kedua. Pakar perubatan menyifatkan keadaan ini sebagai sesuatu yang "menakutkan".
Mengapa begitu rendah?
Pihak Kementerian Kesihatan (KKM) menyalahkan perancangan dan penyebaran maklumat tentang dos penggalak yang tidak dibuat dengan baik.
"Kempen pengambilan dos penggalak ini seakan dibuat oleh KKM tanpa berfikir panjang (sama seperti ketika kemunculan Omicron dan keputusan China menarik balik dasar Sifar COVID), bukan strategi jangka panjang. Hasilnya, penyebaran maklumat, perancangan dan pelaksanaan yang kurang baik, dan ini membawa kepada kadar pengambilan dos penggalak yang sangat rendah," ujar Dr Awang Bulgiba.
AMBIL VAKSIN SEKARANG
Bagi penulis, keengganan memanfaatkan kemudahan bagi melindungi dan menjamin kesihatan diri sendiri adalah sesuatu yang asing.
Semasa syarikat farmaseutikal baru mengeluarkan dan mengedarkan vaksin COVID-19 pada penghujung 2020 dengan hanya golongan tertentu diutamakan vaksinasi - pemvaksinan pula disiarkan secara langsung oleh stesen televisyen - penulis begitu terdesak inginkan suntikan itu.
Saudara mara dan rakan yang menetap di AS dan UK sudah menerima vaksin masing-masing namun sebahagian besar penduduk Malaysia perlu menunggu pemvaksinan golongan yang berkenaan selesai. Pada masa sama juga bilangan mereka yang antivaksin dan keberatan mengambil vaksin bertambah, gara-gara penularan maklumat salah di media sosial. Ramai yang menggunakan hujah konspirasi, iaitu teori yang berleluasa di AS dan juga negara lain.
Apabila kerajaan menawarkan vaksin AstraZeneca kepada umum, penulis tidak bertangguh. Ketika dos penggalak mula ditawarkan tanpa perlu janji temu pada Disember 2021, penulis antara yang pertama dalam kalangan rakan sepejabat yang pergi mendapatkannya. Begitu juga ketika tawaran dos penggalak kedua dibuka pada Jun 2022, penulis pantas memanfaatkan peluang itu untuk melindungi diri.
Justeru, bagaikan orang mengantuk disorongkan bantal, penulis tidak melepaskan peluang mendapatkan vaksin bivalen - gabungan vaksin untuk strain asal COVID-19 dan versi terkini bagi strain Omicron - ketika menziarahi mentua di AS kira-kira dua minggu lepas.
KEJUTAN DI CALIFORNIA
Penulis melalui pengalaman pandemik yang agak mengejutkan ketika berada di AS. Penulis sudah terbiasa memakai pelitup muka di Malaysia, terutama ketika di dalam bangunan. Oleh itu, sepanjang penerbangan ke sana, penulis berpelitup muka. Tiba di San Francisco, didapati ramai yang berpelitup muka dan penulis masih boleh menerima keadaan itu.
Namun setibanya di Lincoln, iaitu bandar kediaman mentua, penulis tergamam. Sangat susah untuk melihat orang berpelitup muka sedangkan bandar itu mempunyai penduduk warga emas yang ramai. Jika tidak kerana bunyi batuk yang kedengaran di sekeliling, penulis mungkin akan ingat yang kita berada di era prapandemik ataupun jangkitan COVID-19 sudah berakhir.
Sememangnya suasana itu amat memeranjatkan kerana AS sedang mendepani tiga pandemik iaitu COVID-19, flu dan respiratory syncytial virus (RSV).
Mungkin penulis tidak patut rasa pelik kerana selama tiga tahun belakangan ini, penulis asyik terbaca tentang warga Amerika membantah pemakaian pelitup muka dengan pelbagai alasan tidak logik termasuk keracunan karbon dioksida. Pengambilan dos penggalak dalam kalangan penduduknya juga tidak memberangsangkan.
Bagi penulis ini adalah sesuatu yang merugikan kerana amat mudah untuk mendapatkan dos penggalak di AS, sekalipun anda bukan rakyat ataupun penduduknya. Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit AS (CDC) dalam laman sesawangnya menegaskan vaksin tersedia untuk semua.
Untuk mendapatkan suntikan itu, suami dan penulis hanya perlu buat janji temu di farmasi berdekatan dan ahli farmasi akan memberi suntikan vaksin COVID-19 kepada sesiapa sahaja yang memerlukan walaupun individu itu tidak dilindungi insurans perubatan.
Pada mulanya penulis agar bimbang kalau-kalau ahli farmasi enggan memberikan suntikan itu kepada penulis memandangkan penulis bukan warga AS, namun segalanya berjalan lancar dan vaksin tersebut juga adalah percuma.
Penulis tidak mengalami sebarang kesan sampingan selain rasa sengal di bekas suntikan yang kemudian hilang selepas beberapa jam.
Dua minggu berlalu, penulis gembira kerana kini dilindungi daripada strain Omicron. Lebih-lebih lagi penulis mempunyai beberapa masalah kesihatan.
TEMPOH MENUNGGU
Penulis mungkin bertuah kerana dapat mengambil vaksin bivalen di AS ketika rata-rata rakyat di Malaysia terpaksa menunggu.
Di sebalik gesaan pengambilan dos penggalak, timbul soalan sama ada masyarakat di negara ini akan akur dan mengambil dos penggalak atau mereka mengambil pendirian untuk menunggu ketibaan vaksin bivalen.
Pakar perubatan bersetuju dos penggalak bivalen memberikan perlindungan terbaik terhadap COVID-19 buat masa ini, namun mereka tidak sependapat tentang pengambilan berulang dos penggalak daripada jenis vaksin yang sama atau monovalen.
"Dos penggalak terbaik adalah apa sahaja yang ada di depan mata. Kita tidak patut menunggu vaksin bivalen yang entah bila akan tiba di negara ini. Sebaiknya setiap orang harus dapatkan dos penggalak," kata Dr Vinod.
Dr Awang Bulgiba tidak bersetuju kerana katanya daripada mendapatkan dos penggalak monovalen, lebih baik tingkatkan intervensi bukan farmasi seperti penjarakan fizikal, pemakaian pelitup muka dan menambah baik sistem pengudaraan di dalam bangunan.
"Saya tidak menganjurkan pengambilan penggalak monovalen sementelah kita tahu vaksin bivalen adalah selamat dan dapat memberikan perlindungan yang lebih baik," katanya, menambah tumpuan sepatutnya pada vaksin pan-coronavirus atau semua dalam satu, vaksin intranasal dan vaksin yang direka khusus untuk mempercepat imuniti sel pada masa depan.
-- BERNAMA / Nurul Isnaini M Muslim
Bernama
Sat Jan 14 2023
Malaysia perlukan strategi jangka panjang bagi mengurus dan menangani COVID-19 serta kesan jangka panjangnya dengan menumpukan pada usaha mendapatkan penggalak bivalen bagi melindungi rakyat. - Bernama
Beberapa mangsa nahas udara di Sungai Potomac dikenal pasti, kotak hitam ditemukan
Lebih 40 daripada 67 mayat mangsa nahas ditemukan dari Sungai Potomac pada lewat petang Khamis.
Polis temukan tulang manusia di Pantai Batu Buruk 2
Tulang tersebut ditemukan orang awam di kawasan semak di belakang kuarters jabatan kerajaan yang tidak dihuni.
Jawatankuasa Bencana Sarawak bakal bincang isu keselamatan kediaman lereng bukit - Uggah
Isu keselamatan kediaman di kawasan lereng bukit akan dibincangkan dalam mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) dalam masa terdekat.
Penunggang motosikal maut bertembung kereta di Kuala Krai
Ketua Polis Daerah Kuala Krai Supt Mazlan Mamat berkata siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berlaku apabila sebuah kereta yang dalam perjalanan dari Machang menghala Kuala Krai bertembung dengan motosikal dipandu mangsa dari arah Kuala Krai ke Machang.
Industri getah tidak patut dilihat sebagai industri malap
Menurut ketua pegawai eksekutif P2 Biotech, syarikat peneraju dalam inovasi teknologi pertanian, industri getah kini mampu dipacu secara lebih efisien menerusi kewujudan inovasi canggih yang mampu mengurangkan kebergantungan kepada bahan mentah tradisional dan meningkatkan produktiviti petani.
Pilih undang-undang yang mendesak, mampu beri impak positif - Pakar
Pensyarah Kanan di Fakulti Undang-Undang, Universiti Malaya, Redza Zakaria, berkata, kerajaan perlu bijak memilih dan menilai undang-undang yang memerlukan perhatian segera, dengan memberi keutamaan kepada akta yang mampu memberi impak positif dalam tempoh singkat.
RUU tahanan rumah dijangka dibentang akhir tahun ini - Menteri Dalam Negeri
Rang Undang-Undang (RUU) baharu berkaitan tahanan di rumah dijangka akan dibentangkan di Dewan Rakyat pada sesi Parlimen penghujung tahun ini.
Mangsa di Sarawak dan Sabah menurun
jumlah mangsa banjir sarawak merekodkan sedikit penurunan dengan keseluruhan 7,552 mangsa ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) setakat jam 11 pagi
Pakai ala pasukan beruniform, polis panggil 40 individu
Polis turut rampas 18 helai pakaian yang dilengkapi lencana atau lambang bersama aksesori pakaian berkenaan.
Sindiket warga asing curi telefon tumpas
Empat individu termasuk dua wanita berusia antara 31 hingga 61 tahun ditahan selain 13 telefon bimbit dirampas.
50 tahun hubungan Malaysia-Cuba catat pencapaian bersejarah untuk perkongsian lebih mendalam
Duta Cuba ke Malaysia Florentino Batista Gonzalez menyifatkan ulang tahun diplomatik sebagai pencapaian bersejarah untuk memperkukuh perkongsian dalam bidang utama seperti bioteknologi.
Hina Agong: Iswardy Morni didenda RM5,000
Mahkamah Sesyen di sini hari ini mendenda seorang aktivis RM5,000 kerana menyiarkan kenyataan berbaur hasutan dan menghina Yang di-Pertuan Agong di laman Facebooknya empat tahun lepas.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Perbelanjaan pelancong asing ke Jepun, catat rekod tertinggi pada 2024
Jumlah pelancong asing ke Jepun mencecah lebih 36 juta orang pada 2024, mencatat rekod baharu, manakala perbelanjaan mereka melebihi 8 trilion yen (US$50.8 bilion) buat kali pertama.
Jepun catat 70 juta kes COVID-19, 130,000 kematian sepanjang lima tahun
Berdasarkan populasi Jepun sekitar 120 juta, sekurang-kurangnya 73 juta orang dipercayai telah dijangkiti, minimum sekali.
Sarawak tingkat usaha dapatkan pembiayaan sektor transformasi tenaga - Abang Johari
Sarawak akan meningkatkan usaha mendapatkan pembiayaan projek transformasi tenaga pada tahun ini bagi mencapai kapasiti tenaga bersih sebanyak 10 gigawatt (GW) dan 15GW menjelang 2035.
Pengalihan kubur di Selat Klang: Kerajaan negeri runding dengan ECRL taja kepuk, batu nisan - Exco
Kerajaan Negeri dalam proses perundingan dengan ECRL bagi tujuan penajaan kepuk dan batu nisan baharu susulan berakhirnya proses pengalihan 90 plot kubur di Tanah Perkuburan Islam Selat Klang.
hMPV jangkitan ulangan bermusim, tiada keperluan amaran awam
hMPV tidak mempunyai tahap jangkitan dan penyebaran tanpa gejala yang tinggi seperti mana COVID-19.
Tuna capai harga US$1.3 juta di lelongan tahun baharu, harapan pemulihan ekonomi Jepun
Seekor tuna sirip biru berjaya dijual pada harga 207 juta yen (US$1.3 juta) dalam lelongan pertama tahun baharu di sebuah pasar ikan terkenal di Tokyo pada Ahad.
Virus hMPV bukan penyakit baharu, 327 sampel positif dikesan tahun lalu - KKM
Jelas beliau, virus tersebut merupakan salah satu jangkitan saluran pernafasan disebabkan virus dalam keluarga Pneumoviridae.