KUALA LUMPUR:Malaysia perlu meneliti semula dasar mengenai had usia persaraan berikutan statusnya sebagai negara yang mempunyai masyarakat berusia atau menua, kata Wakil dan Pengurus Negara Kumpulan Bank Dunia di Malaysia Firas Raad.
Dalam kenyataan hari ini, beliau turut menyifatkan aspek demografi Malaysia telah berganjak ke era dengan kadar kesuburan dan kematian yang rendah berbanding paras lebih tinggi sebelum ini.
"Malaysia telah melangkaui pencapaian bermakna dalam trajektori pembangunannya tahun ini dan negara dengan masyarakat menua berdasarkan takrifan konvensyen antarabangsa iaitu tujuh peratus atau lebih penduduk berusia 65 tahun dan ke atas," katanya.
Firas juga menekankan bahawa kemampuan mencecah usia lebih lanjut sedemikian juga bermakna rakyat negara ini perlu bekerja bagi tempoh yang lebih lama.
Jika dibandingkan dengan kalangan negara-negara berpendapatan tinggi dan pertengahan-tinggi lain pada masa ini, kadar pekerjaan mereka berusia 55-64 tahun di Malaysia adalah rendah, khususnya dalam kalangan wanita, katanya.
Malah, sebagai perbandingan negara-negara seperti Korea Selatan, Jepun dan Thailand menyaksikan lebih 65 peratus rakyat berusia 55-64 tahun masih aktif dalam pasaran tenaga kerja.
"Bagaimanapun di Malaysia, golongan itu adalah 45 peratus," katanya.
Sehubungan itu, Firas berkata, antara pilihan dasar itu ialah dengan meningkatkan had minimum usia persaraan yang rendah secara beransur-ansur daripada 60 tahun kepada 65 tahun dan seterusnya dikaitkan dengan unjuran jangka hayat selepas itu.
Beliau menyifatkan dasar sedemikian diperlukan bagi menggalakkan pekerjaan yang produktif dan inklusif untuk semua pekerja, termasuk golongan berusia menerusi pekerjaan yang kurang memerlukan fizikal serta persekitaran tempat kerja yang dilengkapi dengan pengupayaan secara digital.
"Pilihan dasar pertama ialah menyediakan peluang dengan peningkatan aspek latihan dan pembelajaran sepanjang hayat yang mengambil kira keadaan khusus golongan pekerja berusia lebih tua.
"Ini pada akhirnya dapat mewujudkan rangka kerja kawal selia untuk pekerjaan produktif dan fleksibel untuk pekerja terbabit selain mempermudah pekerjaan secara separuh masa atau lain yang anjal," katanya.
Pada masa sama, Firas turut menekankan kepentingan untuk menangani isu atau kekangan dihadapi wanita berkaitan kerja.
Menurutnya, inisiatif-inisiatif relevan itu termasuk penyediaan kemudahan penjagaan anak yang berkualiti dan berpatutan; pembaharuan persekitaran perundangan berkaitan; menambah baik sokongan untuk ibu bapa sejajar dengan norma perundangan antarabangsa serta dasar-dasar yang menangani aspek jantina dan sikap.
"Pada akhirnya, gabungan dasar-dasar yang tepat ini dapat membantu Malaysia menangani masyarakat yang menua, mempertingkat kesejahteraan semua dan meningkatkan perkongsian bahawa pengalaman mengharungi usia tua bukanlah bebanan tetapi fasa kehidupan yang penuh dengan kebebasan, penyertaan sosial dan produktiviti," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Dec 02 2020
![Malaysia perlu teliti semula dasar usia persaraan - Bank Dunia Malaysia perlu teliti semula dasar usia persaraan - Bank Dunia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-06/81591609261_FirasRaad.jpg)
Firas Raad menyifatkan aspek demografi Malaysia telah berganjak ke era dengan kadar kesuburan dan kematian yang rendah berbanding paras lebih tinggi sebelum ini. - BERNAMA
Menara Grenfell dirobohkan Jun ini
Menara Grenfell di London yang terbakar tujuh tahun lalu akan dirobohkan. Dalam peristiwa hitam yang berlaku pada awal pagi 14 Jun 2017, seramai 72 mangsa terkorban dan ia disifatkan insiden kebakaran paling dahsyat di Britain.
Pesawat bawa 10 orang hilang di Alaska
Sebuah penerbangan komersial kecil yang membawa 10 orang dilaporkan hilang pada Khamis di Alaska.
10 Berita Pilihan - (7 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Sabtu – 8 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Dua terkorban dalam nahas pesawat di Sao Paulo
Dua terbunuh, manakala enam yang lain disahkan cedera dalam nahas pesawat yang terhempas di Sao Paulo, Brazil. Pesawat yang terhempas seperti yang disahkan pihak berkuasa tempatan dalam kenyataan pada Jumaat, merupakan jenis Beech F90 King Air.
![Krisis di Myanmar perlu ditangani dengan berhati-hati - Mohamad Krisis di Myanmar perlu ditangani dengan berhati-hati - Mohamad](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61738945634_MohamadHasan.jpg)
Krisis di Myanmar perlu ditangani dengan berhati-hati - Mohamad
Mohamad menekankan keperluan ketelitian dalam menangani isu tersebut, mengambil kira sifat konflik yang kompleks.
Langkah penyusunan semula bagi pastikan petronas dapat terus sumbang kepada pembangunan negara
Langkah penyusunan semula Petronas adalah untuk memastikan syarikat minyak nasional itu dapat terus menyumbang kepada pembangunan negara, kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Tengku Tan Sri Muhammad Taufik.
Perubahan dan dinamik sektor minyak dan gas global menuntut Petronas membuat perubahan bagi mendepani cabaran masa depan, katanya sambil menambah ia merupakan proses yang telah lama tertangguh.
Perubahan dan dinamik sektor minyak dan gas global menuntut Petronas membuat perubahan bagi mendepani cabaran masa depan, katanya sambil menambah ia merupakan proses yang telah lama tertangguh.
Ismanira beritahu anaknya hilang, lari berdesup - Saksi
Ibu Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin ada memaklumkan kepada saksi pendakwaan kesepuluh bahawa kanak-kanak autistik itu telah hilang pada 5 Disember 2023.
Nasimah Abu Bakar, 33 tahun yang merupakan Pembantu Pengurusan Murid (PPM) tempat Zayn Rayyan bersekolah memberitahu perkara itu di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya pada Jumaat.
Nasimah Abu Bakar, 33 tahun yang merupakan Pembantu Pengurusan Murid (PPM) tempat Zayn Rayyan bersekolah memberitahu perkara itu di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya pada Jumaat.
Tertarik untung lumayan, warga emas berputih mata rugi RM3.2 juta
Tertarik dengan keuntungan lumayan, seorang warga emas berusia 77 tahun berputih mata apabila kerugian RM3.2 juta selepas dipedaya sindiket pelaburan saham yang disertainya menerusi Facebook, November lalu.
Polis terima laporan daripada aktivis pelajar
Polis mengesahkan menerima laporan daripada seorang aktivis pelajar yang mendakwa diganggu secara seksual oleh anggota agensi keselamatan itu ketika keterangannya berhubung Perhimpunan Solidariti Palestine direkodkan.
![[KOLUMNIS] Memahami Misi #25CPI Malaysia 2033: Tekad negara memerangi rasuah [KOLUMNIS] Memahami Misi #25CPI Malaysia 2033: Tekad negara memerangi rasuah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/41733199958_rasuah.jpg)
[KOLUMNIS] Memahami Misi #25CPI Malaysia 2033: Tekad negara memerangi rasuah
Malaysia telah menetapkan sasaran berani melalui Misi #25CPI, iaitu mencapai kedudukan 25 teratas dalam Indeks Persepsi Rasuah menjelang 2033.
![Pasaran getah ditutup bercampur-campur Pasaran getah ditutup bercampur-campur](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71710142417_TBPENOREHGETAHMONSOO.jpg)
Pasaran getah ditutup bercampur-campur
Pasaran getah tempatan ditutup bercampur-campur pada Jumaat, disokong oleh prestasi negara serantau yang bertindak balas terhadap prospek ekonomi China yang positif, kata seorang peniaga.
![Bank Dunia sediakan pembiayaan tingkatkan ketahanan iklim Bangladesh Bank Dunia sediakan pembiayaan tingkatkan ketahanan iklim Bangladesh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-05/41621412664_TheWorldBank.jpg)
Bank Dunia sediakan pembiayaan tingkatkan ketahanan iklim Bangladesh
Dua perjanjian pembiayaan berjumlah US$900 juta itu untuk membantu negara itu mencapai kemampanan alam sekitar dan ketahanan iklim.
![Pembangunan Malaysia perlu rangka pendekatan menyeluruh, mengikut konteks - Pakar ekonomi Pembangunan Malaysia perlu rangka pendekatan menyeluruh, mengikut konteks - Pakar ekonomi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51729768719_NoorAzlanGhazali.jpg)
Pembangunan Malaysia perlu rangka pendekatan menyeluruh, mengikut konteks - Pakar ekonomi
Pakar ekonomi menyarankan keperluan untuk Malaysia menilai semula pendekatan pembangunan agar lebih menyeluruh dan mengikut konteks.
![Bank Dunia lantik Judith Green sebagai Pengurus Negara untuk Malaysia Bank Dunia lantik Judith Green sebagai Pengurus Negara untuk Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/41732515645_WorldBank.jpg)
Bank Dunia lantik Judith Green sebagai Pengurus Negara untuk Malaysia
Kumpulan Bank Dunia melantik Judith Green sebagai Pengurus Negara yang baharu untuk Malaysia.
![Bank Dunia lulus pinjaman US$750 juta, tingkatkan transformasi digital Filipina Bank Dunia lulus pinjaman US$750 juta, tingkatkan transformasi digital Filipina](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-05/41621412664_TheWorldBank.jpg)
Bank Dunia lulus pinjaman US$750 juta, tingkatkan transformasi digital Filipina
Bank Dunia meluluskan pinjaman sebanyak US$750 juta pada Rabu untuk mempercepatkan transformasi digital di Filipina.
![DAT percepat sasaran Malaysia capai status negara berpendapatan tinggi - Bank Dunia DAT percepat sasaran Malaysia capai status negara berpendapatan tinggi - Bank Dunia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/41728913018_tbDrZaferMustafaog.jpg)
DAT percepat sasaran Malaysia capai status negara berpendapatan tinggi - Bank Dunia
Penerimagunaan yang meluas dan peningkatan teknologi pertanian digital (DAT) akan mempercepat perjalanan Malaysia untuk mencapai status negara berpendapatan tinggi, menurut laporan Bank Dunia.
![Malaysia perlu lebih banyak pembaharuan fiskal untuk mantapkan ekonomi - Bank Dunia Malaysia perlu lebih banyak pembaharuan fiskal untuk mantapkan ekonomi - Bank Dunia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/61724235365_DrApurvaSanghi.jpg)
Malaysia perlu lebih banyak pembaharuan fiskal untuk mantapkan ekonomi - Bank Dunia
Ekonomi Malaysia telah mengekalkan kekuatannya, hasil daripada gabungan pembaharuan domestik seperti rasionalisasi subsidi diesel dan rangsangan luar, menurut Bank Dunia.
![Indonesia sasar jadi destinasi penempatan modal Indonesia sasar jadi destinasi penempatan modal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51718345868_JAKARTA.jpg)
Indonesia sasar jadi destinasi penempatan modal
Kerajaan Indonesia sedang melaksanakan inisiatif strategik untuk menubuhkan pejabat keluarga, entiti persendirian yang bertujuan menguruskan urusan perniagaan keluarga mewah, lapor Xinhua.
![Bank Dunia lulus pinjaman US$750 juta untuk tingkatkan pemulihan Filipina Bank Dunia lulus pinjaman US$750 juta untuk tingkatkan pemulihan Filipina](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-05/41621412664_TheWorldBank.jpg)
Bank Dunia lulus pinjaman US$750 juta untuk tingkatkan pemulihan Filipina
Bank Dunia pada Sabtu mengumumkan kelulusan pinjaman US$750 juta bagi mengukuhkan pemulihan ekonomi Filipina, lapor Xinhua.