Malaysia berdepan kekurangan doktor pakar meskipun negara menghasilkan lebih ramai doktor setiap tahun dari institusi tempatan dan luar negara.
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata masalah itu perlu ditangani segera bagi mengelak kekurangan doktor pakar yang kian meruncing pada masa depan.
Beliau berkata negara memerlukan lebih ramai doktor pakar yang mahir dalam pelbagai bidang selain mengawal peningkatan golongan itu yang tidak memenuhi kriteria.
"Kita masih kekurangan dari segi doktor pakar kerana kita hanya berjaya melatih kira-kira 500 hingga 600 doktor sebagai pakar setiap tahun.
"Jadi, kita akan melihat bagaimana untuk menambah bilangan doktor pakar dan pada masa yang sama, memperbaiki kualiti tahap penjagaan dan peningkatan penduduk," katanya kepada pemberita pada majlis Sepetang Bersama Menteri Kesihatan anjuran Persatuan Perubatan Malaysia di sini Sabtu.
Mengulas isu terdapat terlalu ramai doktor di Malaysia, Dr Subramaniam berkata kementeriannya akan terus mewujudkan lebih banyak jawatan kerajaan untuk doktor dan profesional penjagaan kesihatan lain secara tetap.
Beliau berkata ketika ini terdapat 36,607 doktor termasuk pakar dengan nisbah 1:791 dan berdasarkan anggaran penduduk Malaysia seramai 34 juta menjelang 2020, sejumlah 85,000 doktor diperlukan bagi mencapai nisbah standard 1:400.
"Sebelum ini, jawatan dalam kerajaan tidak dipenuhi berikutan kekurangan graduan perubatan tetapi pada masa ini, hampir 85 peratus jawatan doktor dalam kementerian sudah dipenuhi dengan kira-kira 3,700 pengambilan setiap tahun.
"Jika situasi ini berterusan, nisbah mungkin lebih daripada apa yang kita perlukan pada 2020," katanya.
Sementara itu, ketika berucap, Dr Subramaniam berkata kementeriannya kini bekerjasama rapat dengan Majlis Perubatan Malaysia dan Kementerian Pendidikan berhubung kebenaran menubuhkan pusat pengajian perubatan yang baharu di Malaysia.
Beliau juga berkata pengiktirafan ijazah perubatan dari luar negara perlu dikaji semula dan diperkukuh manakala pengeluaran 'Sijil Tiada Bantahan' oleh KPM adalah wajib sebelum mereka boleh mendaftar di sekolah perubatan.
Kolej perubatan swasta perlu memastikan kurikulum dan penanda prestasinya adalah setanding institusi perubatan lain.
Katanya, kementerian juga tidak berhasrat menaikkan kadar bayaran rundingan doktor sebanyak 30 peratus seperti yang diuar-uarkan.
Bernama
Sat Aug 17 2013
Hafiq yakin mampu bawa cabaran lebih besar
Pelumba endurance ini melakar impian besar untuk membawa nama Malaysia ke pentas Olimpik.
7 maut dalam insiden pentas runtuh di utara India
Beberapa wanita dan kanak-kanak turut menjadi mangsa dalam kejadian yang berlaku di daerah Baghpat, Uttar Pradesh.
Tanah runtuh: Enam sekeluarga termasuk empat kanak-kanak dikhuatiri tertimbus di Miri
Mangsa pertama, seorang lelaki dewasa bagaimanapun selamat, manakala enam yang lain masih gagal dikesan.
Aliran trafik lancar di lebuh raya utama walaupun jumlah kenderaan meningkat
Trafik di semua lebuh raya bertol melibatkan Lebuhraya Utara Selatan, PLUS E1 dan E2 di Utara, Tengah dan Selatan bergerak lancar dan terkawal.
Amaran banjir ketika hujan berterusan di seluruh UK
Puluhan amaran banjir dikeluarkan di seluruh England dan Wales ketika hujan dan angin terus melanda negara itu.
Jumlah kematian akibat kebakaran hutan California meningkat kepada 29
Angka kematian akibat kebakaran hutan yang dahsyat di kawasan Los Angeles meningkat kepada 29.
460 pemegang sijil halal di Kelantan, 50 dimiliki bukan Islam
Sebanyak 460 premis perniagaan di negeri ini memiliki Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM), termasuk 50 yang dimiliki bukan Islam.
Hubungan India-Malaysia dijangka terus diperkukuh - Pesuruhjaya Tinggi India
India kini muncul sebagai sumber pelancong yang paling pesat berkembang ke Malaysia, dengan ketibaan melebihi satu juta orang.
Naturalisasi: Pemain tempatan perlu sedia bersaing di pasaran terbuka
Di sebalik kebimbangan lambakan pemain naturalisasi boleh kurangkan peluang bakat tempatan, Nidzam melihatnya sebagai satu cabaran positif.
Gempa bumi 5.8 magnitud landa Sulawesi Tengah Indonesia
Pada mulanya, agensi itu melaporkan magnitud gempa bumi itu berskala 6.1 tetapi kemudian menyemaknya kepada 5.8.
Persidangan Antarabangsa MAAFIM 2023 beri ilmu kepada pakar perubatan
Bertemakan 'Kaedah Yang Lebih Baik', lebih 350 pengamal perubatan dan peserta tempatan dan antarabangsa terlibat dalam persidangan itu kali ini.
Hartal Doktor Kontrak: Penambahan 4,186 jawatan tetap di KKM, satu perkembangan positif
Pengambilan itu memberi suntikan moral kepada petugas barisan hadapan itu untuk terus berkhidmat kepada rakyat dan mendapatkan masa depan lebih cerah dalam bidang perubatan di negara ini.
Hartal Doktor Kontrak: Beri perhatian, selesaikan tuntutan mereka - Anwar
Anwar mendesak kerajaan menyelesaikan isu Hartal Doktor Kontrak yang menyaksikan pegawai perubatan mengadakan tunjuk perasaan secara aman di seluruh negara hari ini.
WHO lancar piagam tingkat kadar keselamatan pekerja kesihatan
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) melancarkan sebuah piagam menggesa negara-negara meningkatkan langkah keselamatan melindungi pekerja sektor kesihatan.
Balu kepada doktor temui COVID-19 terima 'hadiah terakhir' dari suami
Balu kepada seorang doktor yang pernah memberi amaran tentang penularan wabak virus pembunuh COVID-19, Dr. Li Wenliang, selamat melahirkan seorang bayi lelaki.
Noor Hisham minta petugas terus tabah, jaga keselamatan diri
Datuk Dr Noor Hisham Abdullah menyeru petugas kesihatan agar terus tabah dan sentiasa menjaga keselamatan diri kerana mereka perlu terus memikul tanggungjawab penting dalam memerangi pandemik COVID19
COVID-19: Dalam menempuh cabaran ini, setiap daripada kita ialah wira!
Setiap profesion malah setiap orang dari pelbagai lapisan usia dan latar kerjaya memainkan peranan berdasarkan skop tugas masing-masing dalam tempoh ujian ini.
MyFundAction sumbang 1,242 smile pack kepada petugas barisan hadapan
Petugas barisan hadapan terutamanya doktor dan jururawat sudah tentu berdepan detik sukar dalam membantu pesakit dijangkiti Covid-19 di seluruh negara.
WHO puji kesiapsiagaan Malaysia tangani COVID-19 - Dzulkefly
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad memaklumkan WHO memuji kesiapsiagaan dan keupayaan Malaysia dalam menangani wabak COVID-19.
Lelaki gila seks menyamar sebagai doktor diberkas polis
Lelaki gila seks menyamar sebagai doktor diberkas polis