Program Malaysia #QuranHour yang bakal berlangsung pada 30 Ogos ini bertujuan memantapkan lagi akhlak umat Islam sebagaimana tuntutan Islam sebagai agama yang sejahtera.
Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Warisan Ummah Ikhlas Marhaini Yusoff berkata pada masa yang sama juga program itu membawa misi untuk membuka fikiran umat Islam supaya lebih yakin berbicara tentang al-Quran.
"Sebenarnya apa yang kita buat adalah menyampaikan kebenaran ataupun orang nak tengok nilai daripada Quran itu dalam karakter dan akhlak kita. Kita tidak mahu beri persepsi yang salah, bukan main warak suka baca Quran tetapi dari segi karakter tidak menunjukkan orang yang baca Quran.
"Kita kasar, bila orang provokasi sikit kita balas dengan dahsyat. Kita tak mahu macam itu. Jadi itu juga yang kita tengok dalam ciri kedua (iaitu) berbudi bahasa, meski pun orang provokasi, kita kena tenang," katanya ketika menjadi tetamu Darah Muda yang disiarkan Bernama TV malam tadi.
Program Malaysia #QuranHour ke-6 mulai 12 tengah hari hingga 1 tengah hari akan disiarkan secara langsung menerusi TV AI-Hijrah, Radio Televisyen Malaysia (RTM), Bernama TV dan Astro Oasis serta di Facebook Sinar Harian, QuranHour dan TV AI-Hijrah.
Sebagai tanda solidariti bersama, umat Islam boleh mengambil gambar sendiri atau bersama keluarga dan rakan dengan mengekalkan jarak fizikal dan memuat naik ke dalam media sosial menggunakan tanda pagar Malaysia #QuranHour.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Aug 27 2020

Program Malaysia #QuranHour ke-6 akan berlangsung mulai 12 tengah hari hingga 1 tengah hari 30 Ogos ini. - Foto Sinar Harian

BN atur gerak kerja awal hadapi PRK
Saarani berkata jentera parti tidak akan menunggu pengumuman tarikh SPR dan akan segera memulakan aktiviti ke arah memenangi PRK tersebut.
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.

SPRM tahan 4 pegawai ada kaitan Perdana Menteri ke-9
Sumber rapat SPRM memaklumkan keempat-empat mereka telah mendapat perintah reman di Mahkamah Putrajaya.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.

PM bakal umum berita gembira buat penjawat awam 30 Ogos ini
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ini sebagai penghargaan Kerajaan Keluarga Malaysia terhadap pengorbanan para penjawat awam.

Malaysia #QuranHour ke-6 ruangan mantapkan lagi akhlak ummah
Marhaini Yusoff berkata, program itu membawa misi untuk membuka fikiran umat Islam supaya lebih yakin berbicara tentang al-Quran.