KUALA LUMPUR: Malaysia merekodkan kedatangan pelancong asing seramai 4.5 juta setakat suku pertama tahun ini, kebanyakannya dari negara ASEAN, sekali gus menyaksikan perkembangan positif industri pelancongan negara.
Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Khairul Firdaus Akhbar Khan berkata jika momentum berkenaan berterusan, pihaknya yakin dapat mencapai sasaran 16.1 juta kedatangan pelancong tahun ini yang dianggar menjana lebih RM49 bilion pendapatan pelancongan.
"Kejayaan ini antara lain disumbang oleh pemulihan kebanyakan negara daripada COVID-19 yang menyaksikan pembukaan sempadan negara, termasuk yang terbaharu pembukaan sempadan negara oleh China," katanya kepada Bernama.
Menerusi kerjasama erat dengan Tourism Malaysia, Khairul Firdaus berkata, lebih banyak program dan inisiatif akan dilaksanakan dalam memastikan Malaysia terus menjadi tumpuan pelancong seluruh dunia.
Beliau berkata selain negara-negara serantau, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) dan Tourism Malaysia juga mengenal pasti tumpuan pasaran melibatkan negara Timur Tengah, China, India dan juga Eropah.
Katanya, kekayaan alam semula jadi dan keindahan Sabah, Sarawak serta negeri-negeri lain turut menarik kedatangan pelancong dari China, Taiwan dan Korea.
Sebelum pandemik COVID-19, pelancong China merupakan pengunjung antarabangsa utama ke Sabah dengan 598,566 orang direkodkan pada 2019.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 22 2023
Khairul Firdaus berkata, lebih banyak program dan inisiatif akan dilaksanakan dalam memastikan Malaysia terus menjadi tumpuan pelancong seluruh dunia. - Gambar fail/Bernama
Samsung sahkan kerjasama bangunkan cermin mata pintar dengan Google
Cermin mata ini dijangka dilengkapi kamera dan kemampuan pemahaman multimodal AI dari Google Project Astra.
Produk gula-gula Apple S dikesan mengandungi bahan terlarang sibutramine - KKM
Produk gula-gula jenama Apple S dikesan mengandungi sibutramine iaitu sejenis ubat yang digunakan untuk mengawal selera makan.
HAWANA jadi platform himpunkan organisasi media seluruh ASEAN - Fahmi
HAWANA akan menjemput pengamal media dari ASEAN untuk beberapa program sempena kepengerusian ASEAN oleh Malaysia.
Gaji permulaan RM1,700 boleh bersara dengan simpanan RM1 juta jika konsisten - KWSP
Caruman secara konsisten ke dalam tabung KWSP boleh menjamin persaraan yang selesa walaupun dengan gaji permulaan yang rendah.
Gempa bumi berukuran 6.1 magnitud gegar selatan Filipina
Gempa tektonik berkenaan berpotensi mencetuskan gegaran susulan dan menyebabkan kerosakan.
Perancis keluarkan waran tangkap terhadap Bashar
Dua majistret penyiasat Perancis telah mengeluarkan waran tangkap terhadap bekas Pemimpin Syria, Bashar al-Assad, atas dakwaan bersubahat dalam jenayah perang, menjadikannya kali kedua tindakan sedemikian diambil oleh pihak berkuasa kehakiman negara itu.
Kelahiran bayi di Korea Selatan pada November tertinggi dalam 14 tahun
Menurut Statistik Korea, seramai 20,095 bayi dilahirkan pada November 2024, menandakan peningkatan 14.6 peratus berbanding 17,530 kelahiran dalam tempoh yang sama tahun sebelumnya.
Trump janji tamatkan konflik, tapi Rusia-Ukraine masih berperang
Rusia dan Ukraine terus melancarkan serangan udara ke atas satu sama lain, walaupun Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang baru mengangkat sumpah jawatan, mendakwa kononnya mampu menamatkan perang dalam masa 24 jam.
SHP Batang Kali bukti usaha Kerajaan Selangor kurangkan jejak karbon - Amirudin
Amirudin berkata, pembinaan loji hidrokuasa kecil ini membuktikan kemampuan negeri memimpin usaha menghasilkan penyelesaian tenaga yang lebih bersih dan hijau.
Clinker Line 2 Cahya Mata dijangka siap Mac 2027, bantu tingkat pengeluaran simen Sarawak
Setelah siap, Cahya Mata Cement akan mencapai kapasiti pengeluaran simen tahunan sebanyak 2.4 juta metrik tan.
MOTAC anjur sesi libat urus dengan pemain industri sempena kempen VM2026
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) melalui agensinya, Tourism Malaysia, telah mengadakan sesi libat urus bersama pemain dan pemegang taruh industri pelancongan Wilayah Tengah, hari ini.
TMM2026: Tourism Malaysia optimis capai sasaran kedatangan lebih 35.6 juta pelancong
Tourism Malaysia optimis kempen Tahun Melawat Malaysia 2026 (TMM2026) mampu mencapai sasaran kedatangan lebih 35.6 juta pelancong tahun depan sekali gus merancakkan sektor pelancongan negara.
Perak catat lebih 8.4 juta kedatangan pelancong, atasi sasaran 8.3 juta
Soal selidik Tourism Malaysia juga menunjukkan sehingga September 2024, seramai 627,292 pelancong antarabangsa telah melawat negeri Perak.
Program Jualan Tengah Malam bakal diperluas ke Pantai Timur - Tourism Malaysia
Sebanyak tujuh program diadakan di seluruh negara dengan dua daripadanya di Kelantan dan Terengganu.
Pesta Pau bakal diadakan dalam skala lebih besar
Majlis Daerah Tanjong Malim dengan kerjasama Tourism Malaysia bercadang menganjurkan Pesta Pau X Rekreasi Muallim 2024 dalam skala lebih besar.
Malaysia Midnight Sale 2024 dilancar, tarik pelancong bermalam
Tourism Malaysia lancar Malaysia Midnight Sale 2024 di Johor Bahru bagi menarik lebih ramai pelancong domestik dan antarabangsa berbelanja dan bermalam di Johor.
KCCM 2024: Pelbagai tarikan perhebat pelancongan domestik
Pengunjung yang hadir ke KCCM 2024 berpeluang memilih lebih daripada 200 pakej pelancongan yang ditawarkan lebih 100 penggiat industri.
Pelancongan, seni dan budaya Malaysia ke arah Tahun Melawat Malaysia 2026
Bagi merancakkan produk pelancongan tempatan dan menarik lebih ramai pelancong domestik, Tourism Malaysia menganjurkan Karnival Cuti-Cuti Malaysia (KCCM) 2024.
Tourism Malaysia lancar jualan tengah malam untuk warga Singapura sempena Deepavali di JB
Ia menawarkan tempoh beli-belah yang dilanjutkan hingga tengah malam, hiburan dan tawaran eksklusif di beberapa pusat beli-belah.
KCCM 2024 meriahkan pelancongan domestik dengan diskaun sehingga 50 peratus
Karnival Cuti-Cuti Malaysia 2024 (KCCM 2024), yang akan berlangsung dari 25 hingga 27 Oktober di Kompleks Kraf menjanjikan pelbagai tawaran menarik.