KUALA LUMPUR: Malaysia merekodkan trend penurunan kes COVID-19 sejak kebelakangan ini apabila mencatat penurunan kes sejak Minggu Epidemiologi (ME) ke-34.
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata pada ME ke-42 dari 17 Okt hingga 23 Okt, kes baharu COVID-19 menurun 20.7 peratus daripada 52,321 kes dalam (ME ke-41) kepada 41,508 kes semasa ME ke-42.
"Purata kes aktif juga menunjukkan penurunan 21 peratus daripada 105,497 kes (ME ke-41) kepada 83,605 kes (ME ke-42) sementara kes kematian menurun 16.4 peratus daripada 593 kes (ME ke-41) kepada 496 kes (ME ke-42).
"Bagi kes memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) pula menurun 16.5 peratus iaitu 684 kes (ME ke-41) kepada 571 kes (ME ke-42), sementara kes memerlukan bantuan pernafasan menurun 14.4 peratus iaitu 292 kes (ME ke-41) kepada 250 kes (ME ke-42) dengan kadar kebolehjangkitan (RT) kekal stabil sekitar nilai 0.88," katanya dalam kenyataan hari ini.
Selain itu, beliau berkata sebanyak 56 kluster dilaporkan pada ME ke-42 melibatkan tempat kerja (35), komuniti (sembilan), pusat pendidikan (tujuh), kumpulan berisiko tinggi (tiga) dan keagamaan (dua)
BACA: COVID-19: 4,782 jangkitan baharu, turun hampir 1,000 kes
Menjelas lanjut, Dr Noor Hisham berkata secara kasar, negara-negara di Asia Tenggara menunjukkan trend penurunan kes COVID-19 sejak kebelakangan ini namun dua negara jiran iaitu Singapura dan Brunei menunjukkan trend peningkatan kes COVID-19.
Katanya kedua-dua negara itu menunjukkan kadar kes bagi setiap satu juta penduduk yang lebih tinggi berbanding Malaysia (180.91 kes) iaitu pada kadar 584.86 kes (Singapura) dan 499.88 kes (Brunei).
"Justeru walaupun Malaysia menunjukkan penurunan kes, pematuhan terhadap prosedur operasi standard (SOP) perlu terus diamalkan bagi mengelak peningkatan kes seperti negara-negara jiran setelah pembukaan sektor pendidikan dan ekonomi yang lain," katanya.
Dalam pada itu, beliau berkata Kementerian Kesihatan (KKM) memperuntukkan 28,832 katil di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC), 15,241 katil wad biasa, 1,374 katil wad ICU dan 2,861 alat bantuan pernafasan bagi merawat pesakit COVID-19, kes disyaki, kemungkinan dan kes dalam siasatan.
Katanya penggunaan katil di PKRC dan katil di wad biasa dan ICU menunjukkan trend penurunan sekitar empat hingga lapan peratus pada ME ke-42 berbanding ME ke-41.
Mengenai kes harian, Dr Noor Hisham berkata kes baharu COVID-19 menurun kepada 4,782 kes hari ini daripada 5,666 kes semalam, manakala 7,414 kes sembuh direkodkan dalam tempoh 24 jam lepas.
Beliau berkata enam kluster baharu direkodkan hari ini melibatkan tiga tempat kerja, dua institusi pendidikan dan satu komuniti.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Oct 25 2021

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata pada ME ke-42 dari 17 Okt hingga 23 Okt, kes baharu COVID-19 menurun 20.7 peratus daripada 52,321 kes dalam (ME ke-41) kepada 41,508 kes semasa ME ke-42. - Gambar fail/BERNAMA

Terengganu bakal miliki industri pembinaan pesawat ringan - Ahmad Samsuri
Industri pembinaan pesawat ringan bakal bertapak di Terengganu apabila memorandum persefahaman (MoU) mengenai perkara ini dijangka dimeterai dalam masa terdekat.
Kerajaan Indonesia optimis pertumbuhan perdagangan
Sehingga kini, 19 perjanjian perdagangan telah dilaksanakan, 10 perjanjian perdagangan lain telah ditandatangani atau disahkan,16 sedang dalam proses rundingan, dan enam lagi di luar perjanjian perdagangan bebas dan perjanjian perkongsian ekonomi komprehensif sedang diproses.
UUM terajui program mobiliti pelajar ASEAN
Universiti Utara Malaysia (UUM) akan menerajui Program Mobiliti Pelajar ASEAN sempena penganjuran Pameran dan Forum Universiti ASEAN 2025 (AEF2025) yang akan berlangsung di Petaling Jaya, Selangor pada 24 dan 25 Feb ini.
Pelaksanaan RCEP, memperkukuh integrasi ekonomi ASEAN
ASEAN perlu menekankan integrasi ekonomi yang lebih mendalam, pengukuhan rantaian bekalan serantau dan sumbangan kepada pembangunan ekonomi global sebagai keutamaan bersama.
Biodiesel: Indonesia kaji campuran 50 peratus biodiesel
Pengeluar minyak sawit terkemuka dunia itu tahun ini meningkatkan campuran mandatori minyak sawit dalam biodiesel kepada 40 peratus (B40) daripada 35 peratus untuk mengurangkan pergantungan kepada bahan api diesel yang diimport.
Pelita Raya: Penyertaan Thailand, Singapura bakal meriahkan acara
Singapura dan Thailand telah bersetuju untuk menghantar wakil bagi memeriahkan program selama empat hari yang dijadualkan bulan depan itu.
Laos berhasrat majukan kawasan gunung berapi jadi tarikan
Usaha menaik taraf tapak gunung berapi yang tidak pernah meletus itu sedang dalam perancangan, dan ia disasarkan menjadi satu daya tarikan pelancongan.
AS kecam tindakan provokasi China ke atas Filipina
Duta Amerika Syarikat ke Filipina, Marykay Carlson mengecam tindakan china yang dianggap mendatangkan bahaya kepada juruterbang dan penumpang dalam pesawat peronda kerajaan Filipina di Laut China Selatan.
Filipina dakwa helikopter China lakukan provokasi
Pengawal Pantai Filipina mendakwa sebuah helikopter milik China melakukan penerbangan secara berbahaya di kawasan terumbu karang yang dipertikaikan di Laut China Selatan pada Selasa.
200 warga China akan dihantar pulang pada Khamis
China akan menghantar pulang 200 warganya yang terlibat dalam sindiket penipuan pekerjaan di sempadan Myanmar-Thailand.

IHPR Malaysia turun 0.4 peratus pada November - Jabatan Perangkaan
Indeks Harga Pengeluar (IHPR) Malaysia turun 0.4 peratus pada November 2024, lebih perlahan berbanding penurunan 2.4 peratus dicatatkan pada Oktober 2024.

Mangsa banjir di tiga negeri berkurangan, empat negeri kekal pagi ini
Di Kelantan, jumlah mangsa banjir berkurangan kepada 23,366 orang setakat 8 pagi ini membabitkan 7,551 keluarga di 50 PPS.

Kadar jenayah di perairan negara tunjuk trend penurunan - Maritim Malaysia
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) mengesahkan kadar jenayah di kawasan perairan negara menunjukkan trend penurunan yang memberangsangkan.

Malaysia di landasan tepat kurangkan kadar defisit secara konsisten - Amir Hamzah
Malaysia berada pada landasan yang betul dalam mengurangkan kadar defisit secara konsisten, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.

KKR siap siaga hadapi gelombang kedua banjir - Ahmad Maslan
Pasukan Gerak Kerja bencana negeri telah diarah bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan bagi memastikan jaringan perhubungan jalan raya tidak terjejas susulan banjir.

Kes demam denggi meningkat pada ME39, satu kematian dilaporkan
Jumlah kes demam denggi dilaporkan meningkat kepada 1,760 kes pada Minggu Epidemiologi ke-39 (ME39) iaitu bagi tempoh 22 hingga 28 September lepas berbanding 1,514 kes pada minggu sebelumnya.

Bursa rendah jejaki kemerosotan Wall Street
Pada 9.11 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 6.25 mata kepada 1,670.40 daripada 1,676.65 semalam.

Pasaran getah ditutup bercampur-campur, menjejaki trend penurunan serantau
Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup bercampur-campur pada Isnin, dipengaruhi oleh trend penurunan dalam pasaran hadapan getah serantau dan kejatuhan harga minyak mentah, kata seorang peniaga.

Enam penanda aras kerangka Ekonomi MADANI berupaya capai sasaran
Enam daripada tujuh penanda aras kerangka Ekonomi MADANI kini berada di landasan tepat dan berupaya mencapai sasaran yang ditetapkan oleh Kerajaan Perpaduan menjelang 2033.

Sejumlah 10,423 laman sesawang berjaya disekat MCMC
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) memaklumkan sejumlah 10,423 laman sesawang telah disekat susulan pelanggaran undang-undang dari 1 Jan 2022 hingga 1 Ogos lepas.