SHAH ALAM: Malaysia mengalami kerugian dianggarkan hampir RM3 trilion dalam tempoh 25 tahun akibat amalan rasuah serta ketirisan dalam pengurusan negara.
Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) EMIR Research, Datuk Dr Rais Hussin Mohamed Ariff berkata, jumlah tersebut mewakili hingga empat peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sejak tahun 1997.
"Di EMIR Research, kita tahu masalah korupsi atau rasuah merupakan satu gaya hidup masyarakat yang akhirnya akan menghancurkan negara, memiskinkan rakyat sekali gus merompak masa depan negara.
"Jika dilihat statistik atau data dalam tempoh 25 tahun kebelakangan ini, purata dua hingga empat peratus duit yang telah hilang daripada KDNK negara (adalah) akibat perbuatan rasuah lebih kurang RM3 trilion, bukan jutaan ringgit, bukan bilion (ringgit).
"Jadi bayangkan kalau kita ada RM3 trilion sekarang, apa yang dapat dilakukan untuk membantu rakyat. Rasuah bukan sahaja memiskinkan rakyat tetapi turut menyumbang kepada isu keselamatan makanan, brain drain selain masalah lain. Perkara ini harus ditangani segera," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas majlis pelancaran buku Korupsi Dan Kemunafikan Dalam Politik Melayu: Perlunya Disegerakan Transformasi Moral-Etika di Kumpulan Karangkraf pada Khamis.
Dalam pada itu Rais Hussin turut menggalakkan kumpulan pemikir lain untuk berkongsi kajian serta dapatan mereka dengan masyarakat luar secara jujur agar satu perubahan drastik dapat dilakukan sebagai usaha membanteras amalan rasuah di negara ini.
"Kita tidak boleh lagi ikut seperti apa yang sedang berlaku sekarang, trajektori ekonomi negara tidak berapa baik, kalau Malaysia tidak mempunyai minyak dengan gas, kemungkinan trajektori negara sama seperti Sri Lanka.
"Oleh itu untuk kesejahteraan rakyat secara keseluruhannya, kita mesti berani bangun dan memberi tahu kepada pemimpin apa yang sedang berlaku ketika ini (rasuah) adalah salah. Bukan sahaja dari segi agama tetapi telah merompak daripada generasi akan datang," ujarnya.
Sementara itu, Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan mencemar duli merasmikan pelancaran buku terbitan EMIR Research itu hasil tulisan tokoh akademik dan cendekiawan negara, Profesor Emeritus Tan Sri Dr Mohd Kamal Hassan.
Artikel asal disiarkan di Sinar Harian.
Sinar Harian
Thu Sep 22 2022

Malaysia mengalami kerugian dianggarkan hampir RM3 trilion dalam tempoh 25 tahun akibat amalan rasuah serta ketirisan dalam pengurusan negara, kata CEO EMIR Research, Datuk Dr Rais Hussin Mohamed Ariff. - Gambar SINAR HARIAN
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Jauhi rasuah: Hidup ikut kemampuan, jangan banding dengan orang lebih senang - KSN
Tiada cara lebih berkesan untuk mengelak rasuah melainkan setiap individu perlu sedar bahawa hukum rasuah adalah berdosa besar.

Indeks Persepsi Rasuah 2024: Pasukan Petugas Khas CPI komited perbaiki kedudukan Malaysia
Pasukan Petugas Khas CPI yang diterajui oleh KSN akan mempertingkat langkah-langkah penambahbaikan yang strategik.

Enam suspek disyaki tawar rasuah monopoli projek kerajaan selama 19 tahun ditahan
Enam individu termasuk seorang jurutera awam dan tiga pemilik syarikat ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki memberi rasuah.

COO Prolintas didakwa sekali lagi atas dua tuduhan rasuah
Rostam Shahrif Tami didakwa menerima rasuah berjumlah RM110,000 bagi kontrak berkaitan Projek Lebuhraya Bertingkat Sungai BesiUlu Kelang (SUKE).

Fahmi Reza hanya disiasat, belum direman - Pesuruhjaya Polis Sabah
Pereka grafik dan aktivis, Fahmi Reza sedang disiasat pihak polis di negeri ini bukannya ditahan reman.

'Menteri bebas rasuah berdasarkan pemantauan pihak berkuasa' - Anwar jawab Syed Saddiq
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman agar meneliti ucapannya berhubung barisan menteri Kabinet yang bersih daripada rasuah.

Tuntutan palsu: SPRM tahan lima penjawat awam di Sabah
Pengarah SPRM Sabah, Datuk S Karunanithy berkata kes disiasat di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

Dakwaan bukan Islam paling ramai rasuah, Sanusi perlu mohon maaf - Anthony
DAP mengutuk sekeras-kerasnya kenyataan Muhammad Sanusi yang mengaitkan masyarakat bukan Islam sebagai pemberi dan penerima rasuah terbanyak.

Rasuah: Ramai terpalit, nak cari yang bersih cukup susah - PM Anwar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertekad tidak akan mengizinkan amalan rasuah melibatkan barisan menteri Kabinet di bawah kepimpinannya.

Jenayah rentas sempadan: Negara anggota FBINAA perlu ada set undang-undang seragam - Zahid
Kerjasama antara negara anggota mampu mengekang daripada membuka pintu untuk menyebarkan aktiviti haram, tegas TPM.