ALOR GAJAH: Malaysia akan menyalurkan 50,000 dos vaksin COVID-19 kepada Bosnia-Herzegovina yang tidak mendapat keutamaan memperoleh vaksin itu melalui fasiliti COVID-19 Vaccine Global Access (COVAX), kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas) Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof.
Beliau berkata bantuan itu yang dipersetujui pada mesyuarat kabinet semalam, disalurkan atas nama kemanusiaan.
"Bosnia-Herzegovina telah memohon dan merayu agar Malaysia membantu mereka memandangkan jumlah kematian dan jangkitan di negara tersebut meningkat dan mereka sendiri berhadapan dengan diskriminasi oleh masyakat Eropah.
"Jadi atas dasar keprihatinan, kita bersetuju memberi bantuan secara bilateral sebanyak 50,000 dos vaksin (kepada Bosnia-Herzegovina) kerana kita faham tidak semua negara bernasib baik seperti Malaysia yang memperoleh keutamaan dalam mendapatkan vaksin COVID-19," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Program Malaysia Prihatin-Taklimat Isu-isu Semasa: Pengurusan COVID-19 di Dewan Majlis Perbandaran Alor Gajah, di sini hari ini.
Beliau berkata pemberian vaksin kepada negara lain itu tidak akan sesekali menjejaskan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan serta jadual pemberian vaksin kepada rakyat Malaysia walaupun dos itu diambil daripada kuota negara.
"Apa (vaksin) yang kita terima, kita asingkan sedikit untuk mereka (Bosnia-Herzegovina) sebab ia tidak jejaskan peruntukan kita untuk melaksanakan program vaksinasi nasional. Ini kerana kita akan terus menerima vaksin-vaksin tertentu untuk memenuhi sasaran hingga 70 hingga 80 peratus penerima vaksin," katanya.
Beliau berkata Kementerian Luar dan Kementerian Kesihatan akan menguruskan penghantaran bantuan, manakala jenis vaksin pula masih belum diputuskan kerana perlu mengambil kira kemampuan logistik negara itu terlebih dahulu.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 08 2021

Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof ketika memberi taklimat isu semasa mengenai Pengurusan Pandemik COVID-19 pada Program Malaysia Prihatin di Dewan Bandaran Alor Gajah, hari ini. - BERNAMA

Ibu tunggal miskin tegar di Permatang Pasir terima bantuan daripada PM Anwar
Perdana Menteri menghulurkan sumbangan kepada seorang ibu tunggal yang tergolong dalam kategori miskin tegar di Kampung Tanjung Putus, Permatang Pasir, Pulau Pinang.

59.3 peratus murid Tahun Satu kuasai kemahiran 3M
Sebanyak 59.3 peratus daripada 122,062 murid tahun satu dikenal pasti menguasai kemahiran asas membaca, menulis dan mengira (3M) sepanjang tahun lepas.

Bantuan Wang Ihsan untuk mangsa banjir melalui BSN tahun ini - Ahmad Zahid
NADMA telah berunding dengan Kementerian Kewangan (MOF) mengenai kaedah penyaluran agihan Bantuan Wang Ihsan kepada mangsa banjir, yang akan dibuat menerusi Bank Simpanan Nasional (BSN) tahun ini.

LKAN: Jumlah bayaran balik PTPTN RM3.553 bilion daripada tunggakan RM10.853 bilion
Jumlah bayaran balik pinjaman PTPTN yang diterima pada 2023 adalah RM3.553 bilion atau 32.7 peratus daripada jumlah tunggakan.

LKAN: Individu bertanggungjawab atas kerugian anak syarikat agensi kerajaan perlu dikena tindakan - MCW
MCW berpendapat tahap ketelusan pelaporan kewangan anak-anak syarikat kerajaan masih pada tahap rendah.

SME Corp belanja melebihi peruntukan diterima - Laporan Audit
SME Corp membelanjakan geran pembangunan melebihi peruntukan yang diterima mengakibatkan geran itu berbaki debit sejumlah RM7.96 juta.
Pantau Agenda Reformasi: RUU Perkhidmatan Parlimen, langkah terbaik reformasi institusi
Sejauh mana pembentangan RUU Perkhidmatan Parlimen 2025 dilihat sebagai langkah berkesan ke arah mereformasi institusi dan penambahbaikan kepada institusi demokrasi seperti parlimen?
Keanggotaan penuh ASEAN mungkin dicapai hujung tahun ini
Timor-Leste mungkin menjadi anggota ASEAN menjelang hujung tahun ini.
PM ke Vietnam esok, pengukuhan ASEAN agenda utama
Perdana Menteri akan menyampaikan ucaptama pada ASEAN Future Forum ke-2 pada Rabu, di mana beliau akan memberikan penekanan terhadap usaha memperkukuhkan ASEAN dalam mendepani beberapa isu penting ketika ini.
Penindasan etnik Rohingya ujian kredibiliti ASEAN
Bekas Menteri Luar, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata sebagai Pengerusi ASEAN pada tahun ini, peranan Malaysia datang dengan harapan dan jangkaan yang tinggi dalam mencari penyelesaian kepada krisis tersebut.

Laluan udara baharu hubungkan Xi'an dengan Malaysia
Perkhidmatan penerbangan harian baharu yang menghubungkan Xi'an, China dengan Kuala Lumpur dibuka secara rasmi pada Ahad.

Fokus timba ilmu, henti bergaduh perkara remeh - PM Anwar
Kata Anwar, dunia kini menumpukan pada usaha mengangkat ekonomi, kemudahan teknologi baharu bagi mendepani masa depan yang mencabar.

Malaysia buka jalur baharu dengan negara berkembang, perluas skop dagangan negara - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perubahan dalam landskap geopolitik dunia pada masa ini memerlukan penyesuaian dalam strategi perhubungan antarabangsa.

Peningkatan mendadak kanser hati di Malaysia cetus kebimbangan, hati berlemak punca utama
Peningkatan mendadak kes kanser hati di Malaysia telah mencetuskan kebimbangan serius dalam kalangan pakar kesihatan, dengan penyakit hati berlemak menjadi penyebab utama.

Malaysia, Bahrain bersedia teroka bidang kerjasama baharu - PM Anwar
Malaysia dan Bahrain bersedia untuk meneroka bidang kerjasama baharu termasuk dalam sektor semikonduktor, berikutan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik kedua-dua negara tahun lepas.

Pelan Hala Tuju Gas Asli: Ini 4 cabaran utama pelaksanaan
Pelaksanaan Pelan Hala Tuju Gas Asli yang berkesan memerlukan keseimbangan dan pendekatan kolaboratif bagi menangani cabaran utama dalam industri ini.

Apa peluang dagangan baharu untuk Thailand dan Malaysia?
Malaysia dan Thailand memiliki kelebihan tersendiri dalam sektor tertentu yang boleh saling melengkapi.

Malaysia kekal pendirian berkecuali, tidak babit dalam saingan kuasa besar - PM Anwar
Anwar berkata Malaysia juga menolak sebarang tekanan ekonomi dan tindakan unilateral yang boleh menjejaskan kestabilan serantau.

Diplomasi Filem ASEAN: Merentas sempadan - Dari Putrajaya ke Nusantara
BCCIC percaya kerjasama di antara negara mampu memposisikan jenama Borneo dalam peta dunia perfileman, berasaskan ciri-ciri tempatan yang unik dan istimewa.

CAAM pacu pendigitalan untuk masa depan ruang udara lebih selamat
CAAM terus memperkasakan kedudukannya sebagai pengawal selia proaktif dalam industri penerbangan awam menerusi pelaksanaan Pelan Strategik Pendigitalan (DSP) 2024-2028.