PUTRAJAYA: Malaysia menyambut baik keputusan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICJ) dalam kes yang dibawa oleh Afrika Selatan terhadap Israel di bawah Konvensyen Genosid 1948 mengenai Pencegahan dan Hukuman Jenayah Genosid.
Kementerian Luar (Wisma Putra) berkata pendirian Malaysia supaya Israel bertanggungjawab atas kekejaman, jenayah terhadap kemanusiaan dan pembunuhan beramai-ramai ke atas rakyat Palestin di Semenanjung Gaza, disokong berikutan keputusan penting ICJ pada Jumaat.
"Malaysia menantikan prosiding seterusnya yang akan meneliti dakwaan genosid yang dilakukan oleh Israel, dan akan terus menyokong permohonan Afrika Selatan di ICJ," menurut kenyataan Wisma Putra pada Sabtu.
Malaysia mengulangi gesaannya agar Palestin diterima sebagai negara anggota Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dan diiktiraf sebagai sebuah negara merdeka dan bedaulat berdasarkan sempadan pra-1967, dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negara.
Dalam keputusannya, ICJ mengarahkan Israel melaksanakan enam langkah sementara, termasuk mencegah pembunuhan beramai-ramai di Gaza selaras dengan kewajipannya di bawah Konvensyen Genosid.
Mahkamah juga mengarahkan Israel memastikan tenteranya tidak lagi melakukan sebarang tindakan genosid serta mencegah dan menghukum sebarang hasutan ke arah genosid.
ICJ juga memutuskan bahawa Israel mesti membenarkan perkhidmatan asas dan bantuan kemanusiaan memasuki Gaza bagi menangani kesan buruk pada kehidupan di Gaza.
Israel mesti menghalang pemusnahan dan memastikan pemeliharaan bukti yang berkaitan dengan dakwaan genosid dan mengemukakan laporan kepada ICJ mengenai semua langkah yang diambil dalam melaksanakan Perintah itu dalam tempoh sebulan.
Menurut pihak berkuasa kesihatan Palestin, sekurang-kurangnya 26,083 rakyat Palestin terbunuh sehingga ini dalam serangan Israel sejak 7 Okt, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, manakala 64,487 lagi cedera.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jan 27 2024
![Malaysia sambut baik keputusan ICJ dalam kes genosid Israel Malaysia sambut baik keputusan ICJ dalam kes genosid Israel](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/71706327168_Jabaliarefugeecamp.jpg)
Sekurang-kurangnya 26,083 rakyat Palestin terbunuh sehingga ini dalam serangan Israel sejak 7 Okt, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak. - Gambar fail/ Reuters
NewJeans umum nama baharu, NJZ
Kumpulan K-pop sensasi, NewJeans secara rasmi menukar nama band kepada NJZ. Keputusan itu diumumkan oleh lima ahli band dari Korea Selatan itu pada Jumaat.
Penduduk bimbang sungai bertukar merah
Setakat ini, pihak berkuasa telah mengumpul sampel air dari sungai tersebut yang mengalir ke Rio De La Plata dan bersempadan dengan sebuah rizab ekologi.
Kepala air besar landa pekan Nazca, Peru
Hujan lebat tanpa henti selama lima jam di wilayah Ica, Peru membawa kepada banjir kilat pada Khamis. Hujan lebat itu sekali gus membawa fenomena 'quebrada' atau kepala air yang buruk melanda pekan Nazca.
Jerman tidak setuju keputusan Amerika ambil alih Gaza
Keputusan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang mahu mengambil alih serta membina Gaza tidak dipersetujui oleh Canselor Jerman, Olaf Scholz. Kata Scholz, beliau menolak sepenuhnya cadangan yang disertai rancangan Trump untuk memindahkan penduduk Palestin ke Mesir dan Jordan.
Bank pusat India umum potongan kadar faedah untuk rangsang pertumbuhan ekonomi
Bank Rizab India (RBI) buat pertama kali dalam tempoh hampir lima tahun menurunkan kadar faedah utamanya, dalam usaha merangsang pertumbuhan ekonomi yang perlahan.
IHH Healthcare Sokong Usaha Tangani Kos Penjagaan Kesihatan
IHH Healthcare Bhd menyatakan sokongan sepenuhnya terhadap inisiatif kerajaan dalam menangani kos penjagaan kesihatan yang semakin meningkat.
Pengendali makanan di tapak pesta wajib disuntik antitifoid
Penganjur, pemilik atau penyewa gerai jualan makanan dan minuman di tapak pesta makanan perlu memastikan semua pengendali mendapatkan vaksinasi antitifoid.
Menara Grenfell dirobohkan Jun ini
Menara Grenfell di London yang terbakar tujuh tahun lalu akan dirobohkan. Dalam peristiwa hitam yang berlaku pada awal pagi 14 Jun 2017, seramai 72 mangsa terkorban dan ia disifatkan insiden kebakaran paling dahsyat di Britain.
Pesawat bawa 10 orang hilang di Alaska
Sebuah penerbangan komersial kecil yang membawa 10 orang dilaporkan hilang pada Khamis di Alaska.
10 Berita Pilihan - (7 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Prosiding ICJ: Israel laksana pembersihan etnik, dasar aparteid - Menteri Luar Palestin Prosiding ICJ: Israel laksana pembersihan etnik, dasar aparteid - Menteri Luar Palestin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/61708338452_RiyadalMaliki.jpg)
Prosiding ICJ: Israel laksana pembersihan etnik, dasar aparteid - Menteri Luar Palestin
Riyad menegaskan, tindakan Israel merupakan pembersihan etnik, pembunuhan beramai-ramai serta pelaksanaan dasar apartheid ke atas rakyat Palestin, yang mana ia tidak boleh dibenarkan sama sekali.
![Anwar ulangi ikrar untuk membela nasib rakyat Palestin Anwar ulangi ikrar untuk membela nasib rakyat Palestin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/71706335491_AnwarIbrahim.jpg)
Anwar ulangi ikrar untuk membela nasib rakyat Palestin
Anwar ulangi ikrar untuk membela nasib rakyat Palestin
![Malaysia sambut baik keputusan ICJ dalam kes genosid Israel Malaysia sambut baik keputusan ICJ dalam kes genosid Israel](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/71706327168_Jabaliarefugeecamp.jpg)
Malaysia sambut baik keputusan ICJ dalam kes genosid Israel
Malaysia menyambut baik keputusan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICJ) dalam kes yang dibawa oleh Afrika Selatan terhadap Israel di bawah Konvensyen Genosid 1948.
![Prosiding ICJ terhadap Israel: Dunia terhutang budi dengan Afrika Selatan - Palestin Prosiding ICJ terhadap Israel: Dunia terhutang budi dengan Afrika Selatan - Palestin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/41705117197_TBIsraelPalestin.jpg)
Prosiding ICJ terhadap Israel: Dunia terhutang budi dengan Afrika Selatan - Palestin
Kementerian Luar Palestin pada Jumaat memaklumkan bahawa sistem antarabangsa "terhutang budi dengan Afrika Selatan".
![Mahkamah benar permohonan PM, kerajaan batal saman berkaitan Pulau Batu Puteh Mahkamah benar permohonan PM, kerajaan batal saman berkaitan Pulau Batu Puteh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/81650972981_PulauBatuPuteh.jpg)
Mahkamah benar permohonan PM, kerajaan batal saman berkaitan Pulau Batu Puteh
Perkara itu tidak mempunyai justifikasi dan Mohd Hatta Sanuri (plantif) tidak mempunyai locus standi untuk membawa tindakan undang-undang.