PUTRAJAYA: Bagi Malaysia, setiap negara bangsa perlu berani mengorak langkah ke arah mewujudkan dunia multipolar yang aman damai, menghormati diplomasi antarabangsa dan mewujudkan hubungan sejahtera sejagat.
Menyuarakan pandangan Malaysia pada Forum Ekonomi Timur Ketujuh (EEF) yang bertemakan "On the Path to a Multipolar World", Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata dunia hari ini sedang bergerak ke arah multipolar yang membawa bersama ancaman serta peluang yang wajar dimanfaatkan oleh semua pihak.
Ismail Sabri berkata semua negara harus dapat menerima dan menyesuaikan diri dengan pengagihan kuasa baharu dalam mencorak masa hadapan yang lebih makmur, mampan dan saksama.
Dari perspektif Malaysia, katanya tiada negara yang boleh hidup secara terasing.
"Oleh itu, Malaysia sentiasa mengamalkan sikap mesra dan terbuka untuk menjalinkan persahabatan dengan mana-mana negara," katanya ketika menyertai sesi plenari EEF secara dalam talian.
EEF edisi ketujuh itu berlangsung secara fizikal di Vladivostok, sebuah bandar yang terletak di Timur Jauh Rusia bermula dari 5 Sept sehingga 8 Sept.
Menurut laman web rasmi EEF, forum berkenaan ditubuhkan pada 2015 untuk menyokong pembangunan ekonomi Timur Jauh Rusia dan mengembangkan kerjasama antarabangsa di rantau Asia-Pasifik.
Ismail Sabri berkata Malaysia berpegang teguh kepada prinsip Kepaksian ASEAN serta prinsip-prinsip asas seperti saling bekerjasama, menghormati kedaulatan negara serta semangat membantu negara-negara anggota bagi mencapai keamanan dan kemakmuran serantau.
Sebagai salah sebuah negara pengasas perkumpulan ASEAN, Malaysia akan terus memainkan peranan penting dalam pembinaan komuniti ASEAN dan integrasi serantau, katanya.
"Adalah menjadi harapan Malaysia agar semua rakan dialog ASEAN, memberi perhatian dan menghormati prinsip ini," katanya.
Mengupas dari sudut ekonomi dalam dunia multipolar itu, Ismail Sabri berkata terdapat beberapa negara membangun muncul sebagai kuasa ekonomi baharu.
Beberapa negara lain pula sedang bergerak ke arah menjadi pemangkin pertumbuhan tambahan, manakala ada yang berusaha untuk mencapai potensi dalam sistem baharu itu.
Menjelang 2040, katanya negara-negara Asia dijangka menguasai separuh daripada Keluaran Dalam Negara Kasar dunia serta 40 peratus daripada kuasa beli global dengan sebahagian besarnya berasal daripada negara-negara Asia Tenggara.
"Hampir 60 peratus daripada perdagangan di Asia adalah dalam kalangan negara-negara Asia sendiri. Ini jelas membuktikan bahawa Asia mampu mempengaruhi trend atau arah aliran perdagangan dunia dengan mengambil pendekatan bersifat serantau," katanya.
Pada sesi plenari EEF itu, Ismail Sabri turut menekankan bahawa dunia sedang berdepan dengan pelbagai cabaran, daripada ketidaktentuan ekonomi, kesihatan awam, geopolitik sehingga ke perubahan iklim.
Ancaman tersebut, memberi impak tidak terjangka kepada dunia dan masyarakat antarabangsa sewajarnya memberi perhatian kepada isu-isu keselamatan bukan tradisional terutamanya sekuriti makanan, katanya.
Beliau berkata satu perspektif menyeluruh terhadap pelbagai ancaman keselamatan sejagat perlu diambil kira supaya satu penyelesaian bersifat komprehensif dapat dirangka dan dicapai secara bersama.
Persepsi ketidaksamarataan baik dari segi kuasa politik, kuasa ekonomi mahupun tahap pembangunan antara negara dan antara rantau berlainan, perlu diakui dan ditangani dengan berhemah terutamanya oleh kuasa-kuasa besar selaku pemain utama politik dan ekonomi di peringkat antarabangsa, katanya.
Beliau berkata negara yang masih percaya pada hegemoni hanya akan mewujudkan perbalahan, ketegangan dan ketidakstabilan dalam aspek politik dan sosial.
"Sebarang penyelesaian yang mahu dicari tidak sepatutnya hanya menguntungkan satu pihak semata-mata tetapi seharusnya melibatkan semua pihak," katanya sambil menegaskan kestabilan politik dan ekonomi di peringkat antarabangsa adalah penting untuk dunia terus bergerak ke hadapan.
Ismail Sabri menegaskan bahawa Malaysia kekal komited untuk terus maju ke hadapan bersama-sama negara-negara di dunia, dalam mencari kaedah terbaik bagi menangani cabaran masa kini secara lebih bermakna.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Sep 07 2022
![Malaysia saran wujudkan dunia multipolar yang aman damai - PM Malaysia saran wujudkan dunia multipolar yang aman damai - PM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/41662550729_IsmailSabriYaakob.jpg)
Ismail Sabri berkata semua negara harus dapat menerima dan menyesuaikan diri dengan pengagihan kuasa baharu dalam mencorak masa hadapan yang lebih makmur, mampan dan saksama. - Gambar fail
![Malaysia terus perjuangkan isu kezaliman terhadap Palestin - PM Anwar Malaysia terus perjuangkan isu kezaliman terhadap Palestin - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740065432_AnwarIbrahim.jpg)
Malaysia terus perjuangkan isu kezaliman terhadap Palestin - PM Anwar
Malaysia akan terus bersuara memperjuangkan isu rakyat dan Palestin yang sedang berdepan kezaliman dan kekejaman, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
![Malaysia sasar sekurang-kurangnya 3,000 kilang pintar menjelang 2030 - MITI Malaysia sasar sekurang-kurangnya 3,000 kilang pintar menjelang 2030 - MITI](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/61696413243_HanafiSakri.jpg)
Malaysia sasar sekurang-kurangnya 3,000 kilang pintar menjelang 2030 - MITI
Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) menyasar untuk mewujudkan sekurang-kurangnya 3,000 kilang pintar menjelang 2030.
![Integriti, profesionalisme penjawat awam elak 'perangkap' negatif media sosial - Hajiji Integriti, profesionalisme penjawat awam elak 'perangkap' negatif media sosial - Hajiji](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71740046340_HajijiNoor.jpg)
Integriti, profesionalisme penjawat awam elak 'perangkap' negatif media sosial - Hajiji
Integriti dan profesionalisme dalam diri penjawat awam menjadi faktor penting bagi mengelakkan 'terperangkap' dalam unsur negatif media sosial terutama penularan yang tidak bertanggungjawab.
![Beberapa kerjasama baharu Malaysia-Bahrain dijangka dimeterai sebelum Mei - PM Anwar Beberapa kerjasama baharu Malaysia-Bahrain dijangka dimeterai sebelum Mei - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740065432_AnwarIbrahim.jpg)
Beberapa kerjasama baharu Malaysia-Bahrain dijangka dimeterai sebelum Mei - PM Anwar
Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beberapa kerjasama yang dibincangkan dalam lawatan rasmi pertamanya ke Bahrain termasuk berkaitan teknologi kewangan dijangka dimeterai sebelum Mei ini.
![Kalendar khusus peringati pelbagai peristiwa penting negara akan dikeluarkan Kalendar khusus peringati pelbagai peristiwa penting negara akan dikeluarkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41740065232_HasnolZamZamAhmad.jpg)
Kalendar khusus peringati pelbagai peristiwa penting negara akan dikeluarkan
Kerajaan merancang mengeluarkan kalendar khusus yang memperingati tarikh berlakunya pelbagai peristiwa penting yang memberi impak terhadap pembentukan negara pada tahun hadapan.
![Trudeau umum pembangunan rangkaian kereta api berkelajuan tinggi pertama di Kanada Trudeau umum pembangunan rangkaian kereta api berkelajuan tinggi pertama di Kanada](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/61724768350_tbJustinTrudeau.jpg)
Trudeau umum pembangunan rangkaian kereta api berkelajuan tinggi pertama di Kanada
Perdana Menteri Kanada Justin Trudeau mengumumkan pada Rabu yang Kanada sedang membangunkan rangkaian kereta api berkelajuan tinggi di koridor Toronto-Quebec City.
Tumpuan Jumaat – 21 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
HUAWEI lancar model HUAWEI Mate XT, peranti tiga lipat pertama di dunia
HUAWEI melancarkan HUAWEI Mate XT Ultimate Design di Malaysia, telefon pintar tiga lipat pertama di dunia yang membawakan teknologi inovatif dalam reka bentuk, engsel, dan paparan.
![Kesihatan Agong lebih baik selepas jalani rawatan - PM Anwar Kesihatan Agong lebih baik selepas jalani rawatan - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739955034_TBSULTANIBRAHIMANWAR.jpg)
Kesihatan Agong lebih baik selepas jalani rawatan - PM Anwar
Keadaan kesihatan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim kini jauh lebih baik selepas menjalani rawatan konservatif, menurut Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
![JAWI panggil individu berpakaian menyerupai wanita dalam acara hiburan - Mohd Na'im JAWI panggil individu berpakaian menyerupai wanita dalam acara hiburan - Mohd Na'im](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740063191_MohdNaimMokhtar.jpg)
JAWI panggil individu berpakaian menyerupai wanita dalam acara hiburan - Mohd Na'im
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan memanggil semua individu yang berpakaian menyerupai wanita dalam sebuah acara hiburan pada 16 Feb lepas.
![‘Pemimpin 33 bulan dahulu hanya tahu kritik, masalah tak selesai’ - PM ‘Pemimpin 33 bulan dahulu hanya tahu kritik, masalah tak selesai’ - PM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739596349_AnwarIbrahimPecah.jpg)
‘Pemimpin 33 bulan dahulu hanya tahu kritik, masalah tak selesai’ - PM
Kerajaan MADANI tidak akan meminggirkan mana-mana kaum dalam soal kesejahteraan hidup, terutamanya golongan miskin dan kurang berkemampuan.
![Kerajaan sentiasa kenal pasti ikhtiar baharu pastikan Malaysia destinasi pelaburan - PM Anwar Kerajaan sentiasa kenal pasti ikhtiar baharu pastikan Malaysia destinasi pelaburan - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739428519_tbAnwarIbrahim.jpg)
Kerajaan sentiasa kenal pasti ikhtiar baharu pastikan Malaysia destinasi pelaburan - PM Anwar
Kerajaan sentiasa mengenal pasti ikhtiar baharu untuk menjadikan Malaysia sebagai destinasi pelaburan menarik dan berdaya saing, kata Perdana Menteri.
![PM arah siasatan polis terhadap peserta himpunan mahasiswa, SOSMA dihentikan PM arah siasatan polis terhadap peserta himpunan mahasiswa, SOSMA dihentikan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71737158266_AnwarIbrahim.jpg)
PM arah siasatan polis terhadap peserta himpunan mahasiswa, SOSMA dihentikan
Kerajaan mengarahkan siasatan polis terhadap mahasiswa yang terbabit dalam Himpunan Rakyat Bebas Rasuah pada 25 Januari lalu dihentikan serta-merta.
![Terapkan semangat pemakaian kain sarung dalam usaha perkukuh persahabatan kaum - PM Terapkan semangat pemakaian kain sarung dalam usaha perkukuh persahabatan kaum - PM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739010550_TBMAJLISBELIA.jpg)
Terapkan semangat pemakaian kain sarung dalam usaha perkukuh persahabatan kaum - PM
Anwar menggesa seluruh rakyat supaya jangan sekali-sekali mengizinkan mana-mana pihak untuk merosakkan keamanan negara.
![Terus julang sikap saling mengasihi, menghormati dalam memacu negara - PM Anwar Terus julang sikap saling mengasihi, menghormati dalam memacu negara - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/81738315138_AnwarIbrahim.jpg)
Terus julang sikap saling mengasihi, menghormati dalam memacu negara - PM Anwar
Roh ihsan yang sentiasa menekankan tentang kepentingan mengasihi, menghormati dan menghargai sesama warga nusa dan bangsa perlu terus dijulang dalam memacu pembangunan negara bersama-sama.
![PM Anwar perkukuhkan kerjasama ekonomi Malaysia di Davos PM Anwar perkukuhkan kerjasama ekonomi Malaysia di Davos](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/51737465869_AnwarIbrahim.jpg)
PM Anwar perkukuhkan kerjasama ekonomi Malaysia di Davos
Datuk Seri Anwar Ibrahim memulakan lawatan kerja rasmi ke Davos, di sini dengan mengadakan beberapa mesyuarat perniagaan bersama syarikat multinasional.
![PM setuju draf Pelan Tindakan Kesihatan Planet Kebangsaan - Jemilah PM setuju draf Pelan Tindakan Kesihatan Planet Kebangsaan - Jemilah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/61737408778_JemilahMahmood.jpg)
PM setuju draf Pelan Tindakan Kesihatan Planet Kebangsaan - Jemilah
Perdana Menteri Anwar telah memberi persetujuan kepada draf Pelan Tindakan Kesihatan Planet Kebangsaan sebagai langkah konkrit menangani isu-isu alam sekitar global.
![Malaysia perlu adaptif, berdaya tahan dalam ketidaktentuan global - PM Malaysia perlu adaptif, berdaya tahan dalam ketidaktentuan global - PM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71737112956_AnwarIbrahim.jpg)
Malaysia perlu adaptif, berdaya tahan dalam ketidaktentuan global - PM
Malaysia perlu bersifat adaptif, berdaya tahan, berprinsip, dan mempunyai pandangan yang jelas untuk memposisikan negara di tengah-tengah arus ketidaktentuan global.
![PM Perancis Francois Bayrou terselamat undi tidak percaya PM Perancis Francois Bayrou terselamat undi tidak percaya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/61737090305_FrancoisBayrou.jpg)
PM Perancis Francois Bayrou terselamat undi tidak percaya
Ahli Parlimen Perancis pada Khamis mengundi menolak usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri Perancis Francois Bayrou, lapor Xinhua.
![Malaysia harap gencatan senjata di Gaza berterusan - PM Malaysia harap gencatan senjata di Gaza berterusan - PM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/81737026024_AnwarIbrahim.jpg)
Malaysia harap gencatan senjata di Gaza berterusan - PM
Malaysia berharap perjanjian gencatan senjata antara Israel dan Hamas di Gaza dapat diteruskan dalam usaha mengelakkan kemusnahan harta benda dan kehilangan nyawa rakyat Palestin.