KUALA LUMPUR: Semua pihak tidak boleh menafikan bahawa Malaysia sedang berhadapan dengan krisis sistem pendidikan negara, kata Setiausaha Kluster Pendidikan dan Pembangunan Modal Insan, Majlis Profesor Negara, Dr Anuar Ahmad.
Tegas beliau, itu adalah hakikat yang perlu ditelan apabila sistem pendidikan negara gagal membina struktur modal insan yang berkeupayaan tinggi.
“Sebab itu apabila kita bercakap tentang isu pendidikan kita sedang berhadapan dengan krisis, tetapi mungkin perkataan itu dilihat terlalu besar dan mungkin akan dilihat sebagai menggugat atau seolah cuba mengada-adakan keadaan yang tidak selesa.
“Tetapi itulah hakikat yang sedang berlaku pada hari ini, sistem pendidikan kita di Tingkatan 5 itu tidak berjaya membina satu struktur modal insan yang berkeupayaan tinggi,” katanya dalam satu muatnaik video di Facebook, pada Jumaat.
Pensyarah Kanan Pusat Kajian Kepelbagaian Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) itu berkata, terdapat banyak isu melingkari sistem pendidikan negara.
Antaranya, pelajar tidak mahu sambung belajar selepas peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), gagal dalam SPM, keciciran murid malah ramai yang tidak menghabiskan alam persekolahan menengah mereka.
“Boleh kita bayangkan bagaimanakah masa depan sistem pendidikan negara kita jika kita tidak mahu melakukan perubahan, tidak mahu melakukan anjakan, tidak mahu melakukan reformasi daripada prasekolah sehingga ke universiti?
“Maka kita akan berhadapan dengan banyak cabaran dan persaingan daripada negara-negara serantau. Apa akan jadi kepada generasi dan modal insan? Apa akan jadi kepada generasi kita tidak berpengetahuan tinggi, tidak kompetitif dan sebagainya?" soal beliau.
Khamis lalu, Kementerian Pendidikan (PM) mengesahkan hampir 30,000 direkodkan tidak menduduki peperiksaan SPM 2022.
Lebih membimbangkan, seramai 93,647 calon SPM gagal mendapat sijil peperiksaan dalam tempoh dua tahun sejak 2020.
Ini menimbulkan persoalan berhubung masa depan dan hala tuju belia Malaysia.
Anuar berkata, perubahan dan reformasi perlu dilakukan bermula pendidikan awal di prasekolah sehingga peringkat pengajian tinggi.
Tegasnya, sekiranya perkara ini dibiarkan berlarutan, isu-isu yang membelenggu sistem pendidikan negara akan bertambah buruk dan Malaysia akan ketinggalan daripada pelbagai aspek.
“Sebab itu saya selalu menyarankan supaya kita perlu melihat semula sistem pendidikan negara, lakukan reformasi dan pastikan bahawa setiap individu murid yang masuk prasekolah mereka akan menamatkan pendidikan sekolah mereka sampai Tingkatan 5.
“Menamatkan dengan cemerlang di peringkat Tingkatan 5 dan dapat melanjutkan pelajaran di universiti, kolej dan sebagainya.
“Kemudian mereka dapat keluar menjadi modal insan atau pekerja mahir berkemahiran tinggi untuk negara kita,” katanya.
Menurut Anuar, pelajar lepasan SPM yang ramai tidak mahu menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi memberikan isyarat terdapat sesuatu yang tidak kena dengan sistem pendidkan negara.
Malah, bilangan pelajar yang ramai gagal dalam matapelajaran matematik turut mencetuskan kebimbangan dalam Malaysia berinspirasi mencapai status negara maju.
Anuar turut memberi penekanan berhubung laporan Bank Dunia bahawa sumber manusia di Malaysia yang mempunyai bakat serta kemahiran tinggi semakin menurun tahun demi tahun.
“Jika kita lihat Malaysia dengan negara maju, kita akan dapati kita masih lagi sangat bergantung kepada sumber manusia yang separuh mahir, sedangkan untuk menjadi negara maju kebergantungan kita itu lebih kepada sumber manusia mahir.
“Jadi untuk menjadikan sumber manusia tidak mahir atau separa mahir kepada mahir, salah satu syarat utamanya ialah pekerja itu mendapat pendidikan lebih tinggi daripada hanya peringkat sekolah menengah. Mestilah dia berada di universiti, kolej atau institusi pendidikan lanjutan,” katanya.
Anuar berkata, Malaysia perlu mencari jalan untuk memulihkan semula imej sistem pendidikan negara bermula dari sekarang agar ia tidak berdepan cabaran yang berat di masa depan.
“Jika kita tidak lakukan dan kita membiarkan apa yang sedang berlaku sekarang ini, percayalah perkara ini tidak akan menjadi semakin baik. Malah, lama-kelamaan ia akan jadi semakin buruk.
“Keciciran akan menigkat, bilangan murid yang tidak boleh membaca akan meningkat, guru-guru akan lebih banyak bersara awal kerana terbeban.
"Sistem kurikulum kita ketinggalan dan tidak lagi meningkatkan kreativiti, inovasi murid serta keceriaan dan keseronokan belajar, sebaliknya membebankan sehingga pelajar tidak mahu sambung belajar selepas SPM,” katanya.
Afiezy Azaman
Sun Jun 18 2023

ANUAR: Itulah hakikat yang sedang berlaku pada hari ini, sistem pendidikan kita di Tingkatan 5 itu tidak berjaya membina satu struktur modal insan yang berkeupayaan tinggi.

Kanak-kanak OKU didera: Taska didapati beroperasi tidak ikut peraturan
Pemeriksaan awal mendapati premis terbabit didaftarkan sebagai tadika dan tidak dibenarkan beroperasi sebagai taska serta menerima kanak-kanak berumur empat tahun ke bawah.
Bazar Ramadan MPAJ bermula 27 Februari
Bazar Ramadan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) akan beroperasi lebih awal iaitu bermula 27 Februari ini.
Ismail Sabri dalam keadaan stabil
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ismail Sabri Yaakob dikejarkan ke pusat perubatan swasta pada tengah malam tadi.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.

Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula - Loke
Loke memaklumkan antara langkah diambil Prasarana bagi mengelakkan kejadian sebegini berulang.

Aksi final Piala Malaysia pada 12 April di SNBJ - MFL
Tarikh ini dipilih selepas mengambil kira kesesuaian kalendar Liga Malaysia dan penglibatan JDT dalam Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE), serta ketersediaan venue SNBJ.
AWANI Ringkas: Barangan basah hadapi masalah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Provokasi AS semakin serius di bawah kepimpinan Trump - Pyongyang
Kementerian Pertahanan Korea Utara mendakwa provokasi ketenteraan oleh Amerika Syarikat dan sekutunya semakin serius di bawah pentadbiran Donald Trump.
Dua kanak-kanak Palestin maut ditembak di belakang
Defense for Children menjelaskan kedua-dua kanak-kanak itu disasarkan secara tiba-tiba dan tanpa amaran dari arah belakang oleh tentera zionis yang berada dalam kenderaan berperisai.
90 peratus kediaman Gaza musnah
90 peratus kediaman di Semenanjung Gaza musnah, menyebabkan ratusan ribu penduduk hilang tempat tinggal.
Pentagon umum pengurangan kakitangan awam
Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat (AS) akan mengurangkan sekurang-kurangnya lima peratus tenaga kerja awamnya, bermula minggu depan.

Sistem pendidikan negara berdepan krisis - Pakar
Anuar berkata, ia hakikat yang perlu ditelan apabila sistem pendidikan negara gagal membina struktur modal insan yang berkeupayaan tinggi.