PUTRAJAYA: Malaysia dan Singapura hari ini mengadakan perbincangan hala tuju kerjasama dalam bidang perlindungan data peribadi, keselamatan siber dan ekonomi digital susulan pembaharuan memorandum persefahaman (MoU) mengenai perkara itu, pada 30 Jan lepas.
MoU berkenaan ditandatangani semasa lawatan rasmi pertama Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Singapura, Isnin lepas.
Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini berkata MoU yang memperbaharui kerjasama antara Malaysia dan Singapura itu menyediakan platform kepada agensi-agensi di kedua-dua negara untuk memulakan kerjasama yang lebih mendalam dalam tiga bidang berkenaan.
"Antara kerjasama yang dirangka adalah perkongsian maklumat dan kepakaran serta amalan terbaik antara Malaysia dan Singapura dalam menangani isu penipuan dalam talian (online scam) secara lebih berkesan dan mengoptimumkan penggunaan data sebagai sumber komoditi yang berharga dalam pertumbuhan ekonomi digital negara," katanya.
Fahmi berkata demikian selepas mesyuarat dengan Menteri Perhubungan dan Penerangan Singapura Josephine Teo di Putrajaya di sini.
Turut hadir dalam mesyuarat itu ialah Pesuruhjaya Tinggi Singapura di Malaysia Vanu Gopala Menon, Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Digital Datuk Seri Mohammad Mentek dan Setiausaha Tetap Kementerian Perhubungan dan Penerangan Singapura Joseph Leong.
Sementara itu, Fahmi turut mengalu-alukan kesudian rakan sejawatnya dari Singapura serta delegasi untuk menghadiri konsert Muzika Ekstravaganza yang dihoskan oleh Malaysia, malam ini.
Konsert anjuran bersama Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan MediaCorp Suria Singapura itu merupakan konsert kali ke-14 yang bermatlamat menaikkan taraf industri muzik kedua-dua negara menerusi pertukaran kepakaran dan pengalaman serta penggunaan teknologi, selain memberi pendedahan kepada budaya kerja antara kedua-dua stesen penyiar itu.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Feb 04 2023

Malaysia dan Singapura hari ini mengadakan perbincangan hala tuju kerjasama dalam bidang perlindungan data peribadi, keselamatan siber dan ekonomi digital susulan pembaharuan MoU mengenai perkara itu, pada 30 Jan lepas. - Foto BERNAMA
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Perbincangan mengenai kabel dasar laut Sarawak-Singapura akan dimuktamadkan tidak lama lagi
Perbincangan akan dimuktamadkan dalam suku pertama tahun ini, diikuti dengan kemungkinan pemeteraian perjanjian antara Malaysia dan Singapura.

JS-SEZ akan lonjak kemajuan ekonomi Malaysia-Singapura
Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) adalah bukti visi bersama Malaysia dan Singapura dalam usaha saling melengkapi kelebihan negara untuk memacu kemajuan ekonomi.

Malaysia, Singapura capai kesepakatan, kemajuan beberapa isu tertunggak - Anwar
Anwar berkata ia akan dibincangkan dengan lebih lanjut dalam sesi permukiman tahunan Malaysia-Singapura hujung tahun ini.

Malaysia-Singapura rakan strategik untuk kerjasama kukuh - PM Anwar
Hubungan erat antara kedua-dua negara mampu mencapai kejayaan lebih besar melalui pendekatan menang-menang.

Jangan biar sesuatu isu dipolitikkan hingga cemari hubungan Singapura-Malaysia - Lee
Singapura dan Malaysia tidak boleh membiarkan sesuatu isu dipolitikkan dan dimainkan, atau meracuni hubungan keseluruhan antara kedua-dua negara, kata Menteri Kanan Lee Hsien Loong.

PM Anwar, PM Lee saksi detik bersejarah RTS Link “disambungkan” antara Malaysia, Singapura
Penyambungan itu melibatkan penyempurnaan span, iaitu titik pertemuan jejambat marin projek tersebut antara Johor Bahru dan Singapura.

MITI meterai surat sampingan tambah baik peruntukan MSBDF - Tengku Zafrul
MITI pada Isnin memeterai surat sampingan untuk menambah baik peruntukan dalam Perjanjian bagi MSBDF.

'Learning Journey' cabang baharu buat Malaysia pikat pelancong seluruh dunia
Kerajaan negeri merancang membawa masuk ejen pelancongan dari Singapura untuk meneliti apa yang boleh ditawarkan kepada pelancong.

Malaysia, Singapura bincang hala tuju bidang perlindungan data peribadi, keselamatan siber dan ekonomi digital
MoU berkenaan ditandatangani semasa lawatan rasmi pertama Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Singapura, Isnin lepas.

Malaysia-Singapura rangka kerjasama tangani isu penipuan dalam talian
Malaysia dan Singapura sedang merangka kerjasama perkongsian maklumat dan kepakaran serta amalan terbaik dalam menangani isu penipuan dalam talian (online scam) secara lebih berkesan.