SINGAPURA: Kerjasama pengangkutan antara Singapura dan Malaysia diperkukuhkan lagi sejak minggu lepas di tengah-tengah pandemik COVID-19 susulan pemuktamadan Perjanjian Grantor Laluan Sistem Transit Rapid (RTS) Johor Bahru-Singapura pada 24 Nov.
Perjanjian itu menetapkan tanggungjawab Grantor dalam melaksanakan peranan dan obligasinya berkaitan dengan Perjanjian Konsesi yang dimuktamadkan pada 30 Julai, 2020, apabila Projek Laluan RTS disambung semula.
Grantor adalah Pihak Berkuasa Pengangkutan Darat Singapura dan Kementerian Pengangkutan Malaysia - dua pihak berkuasa konsesi bagi kedua-dua kerajaan.
Selain itu, perjalanan antara kedua-dua negara juga mendapat rangsangan daripada pelancaran Laluan Perjalanan Lengkap Vaksin (VTL) oleh Perdana Menteri Malaysia Ismail Sabri Yaakob dan rakan sejawatannya dari Singapura Lee Hsien Loong di Woodlands Checkpoint, pagi Isnin.
"Kita sangat mengalu-alukan pencapaian terbaharu ini dalam usaha bersama kita untuk merancakkan kembali hubungan ekonomi kita dan menghubungkan semula rakyat kita susulan impak daripada pandemik," kata Menteri Pengangkutan Malaysia Datuk Seri Wee Ka Siong daam satu kenyataan bersama yang dikeluarkan di sini, pada Isnin.
Wee berkata usaha untuk merealisasikan Laluan RTS diteruskan dengan Perjanjian Grantor sebagai langkah utama dalam kemajuan projek mercu tanda itu.
"Kita juga gembira dengan permulaan VTL bagi perjalanan menerusi jalan darat dan udara antara Malaysia dan Singapura bagi menghidupkan kembali hubungan budaya dan ekonomi kita yang telah lama terjalin merentasi Tambak," katanya.
Kementerian Pengangkutan Malaysia, katanya, akan terus bekerjasama dengan rakan sejawatannya dari Singapura untuk meneruskan momentum bagi menambah baik hubungan dan kerjasama pengangkutan.
Laluan RTS adalah perkhidmatan kereta api rentas sempadan antara stesen Singapura di Woodlands North dan stesen Malaysia di Bukit Chagar, Johor Bahru.
Dengan kapasiti besar sehingga 10,000 penumpang setiap jam bagi setiap arah dan masa perjalanan kira-kira lima minit antara kedua-dua stesen, Laluan RTS akan menyediakan perjalanan mudah dan selesa antara Singapura dan Johor Bahru, apabila ia memulakan perkhidmatan penumpang pada akhir 2026.
Sementara itu, Menteri Pengangkutan Singapura S Iswaran berkata kemajuan dalam projek Laluan RTS serta penyambungan semula perjalanan udara dan darat antara kedua-dua negara adalah kunci bagi memulihkan hubungan dan merancakkan kembali ekonomi.
"Saya berharap dapat bekerjasama rapat dengan kerajaan Malaysia dan rakan sejawatan saya Dr Wee untuk mengukuhkan lagi kerjasama pengangkutan dan hubungan dua hala antara Singapura dan Malaysia," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Nov 29 2021

Wee berkata usaha untuk merealisasikan Laluan RTS diteruskan dengan Perjanjian Grantor sebagai langkah utama dalam kemajuan projek mercu tanda itu. - Astro AWANI/Shahir Omar

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Perbincangan mengenai kabel dasar laut Sarawak-Singapura akan dimuktamadkan tidak lama lagi
Perbincangan akan dimuktamadkan dalam suku pertama tahun ini, diikuti dengan kemungkinan pemeteraian perjanjian antara Malaysia dan Singapura.

JS-SEZ akan lonjak kemajuan ekonomi Malaysia-Singapura
Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) adalah bukti visi bersama Malaysia dan Singapura dalam usaha saling melengkapi kelebihan negara untuk memacu kemajuan ekonomi.

Malaysia, Singapura capai kesepakatan, kemajuan beberapa isu tertunggak - Anwar
Anwar berkata ia akan dibincangkan dengan lebih lanjut dalam sesi permukiman tahunan Malaysia-Singapura hujung tahun ini.

Malaysia-Singapura rakan strategik untuk kerjasama kukuh - PM Anwar
Hubungan erat antara kedua-dua negara mampu mencapai kejayaan lebih besar melalui pendekatan menang-menang.

Jangan biar sesuatu isu dipolitikkan hingga cemari hubungan Singapura-Malaysia - Lee
Singapura dan Malaysia tidak boleh membiarkan sesuatu isu dipolitikkan dan dimainkan, atau meracuni hubungan keseluruhan antara kedua-dua negara, kata Menteri Kanan Lee Hsien Loong.

PM Anwar, PM Lee saksi detik bersejarah RTS Link “disambungkan” antara Malaysia, Singapura
Penyambungan itu melibatkan penyempurnaan span, iaitu titik pertemuan jejambat marin projek tersebut antara Johor Bahru dan Singapura.

MITI meterai surat sampingan tambah baik peruntukan MSBDF - Tengku Zafrul
MITI pada Isnin memeterai surat sampingan untuk menambah baik peruntukan dalam Perjanjian bagi MSBDF.

'Learning Journey' cabang baharu buat Malaysia pikat pelancong seluruh dunia
Kerajaan negeri merancang membawa masuk ejen pelancongan dari Singapura untuk meneliti apa yang boleh ditawarkan kepada pelancong.

Malaysia, Singapura bincang hala tuju bidang perlindungan data peribadi, keselamatan siber dan ekonomi digital
MoU berkenaan ditandatangani semasa lawatan rasmi pertama Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Singapura, Isnin lepas.

Malaysia-Singapura rangka kerjasama tangani isu penipuan dalam talian
Malaysia dan Singapura sedang merangka kerjasama perkongsian maklumat dan kepakaran serta amalan terbaik dalam menangani isu penipuan dalam talian (online scam) secara lebih berkesan.