KUALA LUMPUR: Malaysia menyokong cadangan untuk mewujudkan kewangan lestari yang akan menjadikan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menepati peranannya, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.
Beliau berkata Malaysia menyokong perubahan ke arah struktur kesihatan antarabangsa yang mengambil berat nilai moral dalam tindak balas terhadap COVID-19.
Bagaimanapun, sebarang pindaan kepada Peraturan Kesihatan Antarabangsa mestilah menghormati prinsip kesaksamaan, akauntabiliti dan ketelusan serta proses kedaulatan negara anggota, kata Khairy pada Perhimpunan Kesihatan Dunia ke-75 di Geneva, Switzerland, hari ini.
"Negara anggota mestilah dipastikan bertanggungjawab dalam menyampaikan maklumat penting mengenai isu kesihatan awam, tetapi marilah kita menyeru kepada perkongsian hak intelek dan pengetahuan tentang pengeluaran vaksin, diagnostik dan terapeutik
"Marilah melaksanakan mekanisme untuk pengagihan sumber yang adil dan saksama, yang diperlukan dalam sesuatu pandemik. Kita patut membina semula dengan lebih baik, namun secara saksama tiada negara yang ketinggalan. Dalam Bahasa Melayu terdapat pepatah 'berat sama dipikul, ringan sama dijinjing'. Kita bukan sahaja berkongsi kesusahan, tetapi juga berkongsi penawar dan penemuan," katanya.
Khairy yang dilantik sebagai salah seorang daripada lima naib presiden Perhimpunan Kesihatan Dunia (WHA) ke-75 berkata: "Gangguan ekonomi disebabkan oleh kurangnya keamanan, akan mengakibatkan jutaan orang terjerumus ke dalam kemiskinan dan hal itu akan memburukkan lagi faktor-faktor sosioekonomi kesihatan dan menjejaskan visi kesihatan kita untuk semua."
Beliau berkata kesihatan sedunia terus bertambah teruk dan kesihatan planet ini berkait rapat dengan keadaan kesihatan manusia, dengan perubahan iklim yang telah mengakibatkan kemusnahan meluas kepada bekalan makanan.
"Pandemik zoonosis seterusnya bukan lagi satu hipotesis tetapi sesuatu yang hampir pasti dan penyakit-penyakit tropika yang diabaikan, seperti denggi, yang memberi kesan kepada negara seperti Malaysia, kini mendapat perhatian negara lain kerana pemanasan global," katanya.
Sementara itu, Khairy berkata tema perhimpunan tahun ini iaitu Health for Peace, Peace for Health sangat bertepatan pada ketika dunia perlahan-lahan keluar daripada pandemik dan mengharapkan untuk masa depan lebih cerah, namun dunia kini mendapati ia berada dalam situasi lebih berbahaya.
"Perang mengancam kemanusiaan, iaitu mereka yang terkesan secara langsung oleh perang dan mereka yang tidak terlibat secara langsung namun berkemungkinan menghadapi kesan kekurangan makanan dan kelaparan.
"Malaysia berterima kasih kepada ketua pengarah kerana mengingatkan kita tentang kesan akibat perang terhadap kesihatan manusia, yang sedang berlaku, bukan sahaja di tempat yang menjadi fokus berita, malah di banyak tempat di dunia yang dilanda konflik berterusan, termasuk wilayah Palestin yang dijajah, iaitu penindasan terhadap rakyatnya terus berpanjangan," katanya.
Merumuskan ucapannya, Khairy berkata Malaysia menyeru semua menteri dan pegawai kesihatan yang menghadiri perhimpunan itu supaya menjadi suara kepada keadilan sosial dalam kerajaan masing-masing dan berjuang untuk liputan kesihatan sejagat untuk semua.
"Marilah kita mengiktiraf pengorbanan petugas kesihatan ketika pandemik dengan menuntut sumber-sumber yang diperlukan untuk membina sistem kesihatan yang kukuh, supaya kesihatan dilihat sebagai pelaburan dan bukan semata-mata item dalam senarai bajet.
"Serta untuk kita menjaga dengan lebih baik kesejahteraan fizikal, mental dan rohani rakyat dan kesihatan planet yang dikongsi bersama ini," kata Khairy.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 24 2022

Khairy berkata, Malaysia menyokong perubahan ke arah struktur kesihatan antarabangsa yang mengambil berat nilai moral dalam tindak balas terhadap COVID-19. - Gambar/ Bernama
Penyelesaian perang, masa depan perlu libatkan Ukraine - PM Starmer
Sebarang Usaha menamatkan peperangan sekali gus perbincangan mengenai masa depan di Ukraine tidak bermakna tanpa penglibatan negara itu.
Polis Thailand dan Kemboja berjaya selamatkan 215 mangsa sindiket tipu
Menurut Pegawai Kanan Thailand, Jirayu Houngsub, mangsa yang diselamatkan termasuk 109 warga Thailand, 50 warga Pakistan, 48 warga India, 5 Taiwan dan 3 Indonesia.
Tiga kanak-kanak antara maut akibat banjir di Gaborone
Menurut Presiden Botswana, Duma Boko, daripada jumlah kematian yang direkodkan tiga daripadanya adalah kanak-kanak.
Memasuki tahun ke-3, bukan lagi membiasakan diri
Ketika kerajaan memasuki tahun ketiga pentadbiran, cabaran utama bukan lagi untuk membiasakan diri dengan peranan dalam kabinet, sebaliknya, Prof Datuk Dr Sivamurugan Pandian berpendapat, ia lebih kepada bagaimana setiap kementerian dan agensi dapat menonjolkan pencapaian yang boleh dirasai rakyat.
Thaksin Shinawatra lawat tiga wilayah selatan Thailand
Thaksin berkata, lawatan itu susulan perbincangan beliau dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini.

Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Pasukan pendudukan Israel telah memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.

KPKT bentang 12 komitmen untuk kesejahteraan rakyat
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah membentangkan 12 komitmen untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat sempena Permukiman Jemaah Menteri Kerajaan MADANI yang berlangsung semalam.
AWANI Ringkas: Dua platform jualan dalam talian diarah turunkan iklan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

PRK DUN Ayer Kuning: Ahmad Zahid harap SPR ambil kira Ramadan
Ahmad Zahid berkata pihaknya berpendapat tidak perlu tergesa-gesa mengadakan pilihan raya kecil itu memandangkan ketibaan Ramadan.

Turkiye di kedudukan ke-11 dunia dalam eksport industri pertahanan - Erdogan
Erdogan berkata negara itu berada di ambang transformasi besar dan kejayaan ekonomi yang memberangsangkan.

Zaid cadang KJ sertai Pas kerana UMNO sudah tiada masa depan
Zaid turut menolak idea jika Khairy mahu menubuhkan parti politik baharu kerana bakal berdepan laluan sukar.

Siasatan ke atas KJ: Malaysiakini hanya saksi, bukan sasaran - Fahmi
Portal berita dalam talian, Malaysiakini, hanya merupakan saksi dalam siasatan polis terhadap kenyataan yang dikeluarkan Khairy Jamaluddin.

Polis selesai rakam keterangan Khairy - KPN
Difahamkan proses merakam keterangan mengambil masa 45 minit dan Khairy dilihat keluar dari lokasi berkenaan pada 6 petang.

Titah Adendum: USJT Bukit Aman siasat KJ
Siasatan terhadap bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin yang mendakwa dua menteri dalam Kerajaan Perpaduan menyembunyikan kebenaran di sebalik Titah Adendum dijalankan USJT, Bukit Aman.

Pegawai Azalina lapor polis terhadap KJ
Setiausaha Politik Azalina, Suraya Yaacob membuat laporan polis terhadap Khairy di Balai Polis Sentul pada Jumaat.

KJ pernah cadang Najib ambil tindakan terhadap Jho Low
Najib bagaimanapun enggan berbuat demikian dengan alasan Jho Low merupakan seorang ahli perniagaan yang sah dan berjaya.

KJ tepati ramalan rangkul anugerah Penyampai Radio Popular
Khairy atau KJ menewaskan penyampai lebih senior seperti Sharifah Shahirah, Haiza, Tyzo dan DJ Sonic.

Hampir 5,000 peserta ketepi fahaman politik sertai Larian Keluarga Malaysia
LKM mungkin jadi acara tahunan kerana dapat penyertaan menggalakkan dan ia membantu YKM meraih dana untuk menjaga ribuan anak yatim.

Pas perlu lupakan Muafakat Nasional, tumpu strategi baharu - Khairy
Khairy Jamaluddin sarankan Pas fokus strategi baharu dan tidak lagi bergantung pada Muafakat Nasional yang dianggap tidak relevan.

Kalau nak jadi PM, KJ perlu ikut keberanian Anwar ‘lawan’ AS - Zaid
Anwar sedar risiko yang dihadapinya jika 'melawan' AS tapi itulah jalan untuk menjadi pemimpin Islam terkemuka kerana Malaysia hanyalah sebuah negara kecil yang tiada suara besar di pentas dunia.