PUTRAJAYA: Malaysia menyokong seruan Kumpulan Arab dan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) supaya diadakan Sesi Tergempar Khas Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA), yang dijadualkan bersidang pada Khamis (26 Okt) di ibu pejabat badan dunia itu di New York.
Brunei, Bangladesh, Kemboja, Indonesia, Laos, Maldives, Timor Leste, dan Vietnam juga turut serta dengan Malaysia dalam menyokong seruan itu selepas draf resolusi mengenai keadaan genting di Wilayah Palestin yang diduduki termasuk Baitulmuqaddis Timur dikenakan veto.
"Malaysia telah berazam untuk mengambil bahagian dalam Debat Terbuka Peringkat Tinggi Majlis Keselamatan PBB mengenai Keadaan di Timur Tengah pada 24 Okt dan Sesi Tergempar Khas ke-10 Perhimpunan Agung pada 26 Okt," kata Kementerian Luar Negeri (Wisma Putra) dalam kenyataan pada Rabu.
Malaysia dengan tegas menggesa penghentian segera semua bentuk keganasan termasuk tindakan keganasan, provokasi, hasutan, dan kemusnahan yang disebabkan oleh Tentera Pendudukan Israel dan ingin mengingatkan semua negara bahawa mereka tidak boleh menyuarakan hak asasi manusia selagi mengabaikan kekejaman terhadap orang Palestin.
Malaysia berpegang teguh kepada pendirian prinsipnya bahawa rakyat Palestin berhak menubuhkan negara merdeka dan berdaulat mereka, berdasarkan sempadan sebelum tahun 1967, dengan Baitulmuqaddis Timur sebagai ibu negara.
Malaysia bersedia untuk bekerjasama dengan semua pihak dalam mencari penyelesaian yang damai dan mesra dalam konflik ini, tambah kenyataan itu.
Pada Isnin (23 Okt), Presiden UNGA, Dennis Francies, mengumumkan bahawa beliau akan mengadakan satu sesi khas tergempar pada 26 Okt sebagai respon kepada permintaan dari Jordan dan negara-negara lain berhubung dengan konflik berterusan antara Palestin dan Israel.
Sesi khas tergempar boleh dipanggil dalam tempoh 24 jam jika diminta oleh Majlis Keselamatan atau majoriti ahli PBB.
Hampir 8,000 orang telah terbunuh dalam konflik ini, termasuk sekurang-kurangnya 6,546 orang Palestin dan 1,400 orang Israel, lapor Anadolu Agency (AA) pada Rabu.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Oct 25 2023

Malaysia berpegang teguh kepada pendirian prinsipnya bahawa rakyat Palestin berhak menubuhkan negara merdeka dan berdaulat mereka. - Gambar fail/Bernama

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.

UNGA luluskan resolusi bagi rakyat palestin tentukan nasib sendiri dengan majoriti besar
Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) pada Selasa meluluskan resolusi yang mengiktiraf hak rakyat Palestin untuk menentukan nasib sendiri dengan majoriti besar.

Malaysia kecam tindakan Israel, gesa campur tangan PBB dalam krisis Gaza
431 hari telah berlalu sejak serangan bermula, mengakibatkan lebih 44,000 kematian, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak.

UNGA 79: Malaysia gesa PBB aktifkan semula Jawatankuasa Khas Bagi Menangani Apartheid
Malaysia mengulangi gesaannya bagi membolehkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengaktifkan semula Jawatankuasa Khas Bagi Menangani Apartheid.

UNGA 79: Delegasi Malaysia tinggalkan dewan, saat kemunculan Netanyahu
Kesemua negara yang menyatakan sokongan kepada Resolusi Palestin yang berpandukan keputusan ICJ dan UNSC, turut melakukan tindakan sama.

Malaysia gesa PBB ambil tindakan segera tangani isu Palestin, Myanmar
Beliau turut menyatakan kebimbangan mendalam Malaysia terhadap konflik yang berterusan dan pencabulan hak asasi manusia di Palestin dan Myanmar.

Delegasi Turkiye dan lain-lain keluar Perhimpunan Agung PBB, protes PM Israel
Delegasi yang diketuai oleh wakil tetap Turkiye ke PBB, Duta Ahmet Yildiz, meninggalkan dewan sebelum Netanyahu memulakan ucapannya.

'Saya hairan tindakan 14 negara menentang Resolusi Palestin' - Mohamad
Mohamad menyifatkan tindakan tersebut sebagai sesuatu yang tidak wajar di saat dunia sedang berusaha mencari penyelesaian.

Presiden Turkiye kecam kehadiran Perdana Menteri Israel di PBB
Recep Tayyip Erdogan menyifatkan kehadiran Benjamin Netanyahu sebagai 'memalukan'.

Ancaman rentas sempadan, tindakan kolektif dunia diperlukan tangani isu Myanmar – Mohamad Hasan
Tindakan secara kolektif melalui pendekatan ASEAN adalah penting untuk menangani isu Myanmar, khususnya berkaitan dengan krisis kemanusiaan dan kezaliman terhadap umat Islam.

UNGA 79: Malaysia gesa hadkan kuasa veto UNSC, tuntut pelaksanaan resolusi Palestin
Kuasa veto tidak seharusnya digunakan untuk menghalang resolusi yang bertujuan menegakkan undang-undang antarabangsa dan melindungi orang awam yang tidak bersalah.