KUALA LUMPUR: Malaysia akan menyumbangkan sebahagian daripada aset-aset Hospital Medan Malaysia (HMM) kepada Kerajaan Turkiye bagi membantu pemulihan perkhidmatan kesihatan di negara itu.
Kementerian Pertahanan (MINDEF) dalam kenyataan hari ini berkata perkara itu dinyatakan oleh Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamad Hasan ketika mengadakan pertemuan dengan Menteri Pertahanan Nasional Turkiye Hulusi Akar, di Kementerian Pertahanan Nasional, Ankara.
Mohamad berada di Turkiye bagi lawatan rasmi tiga hari ke republik itu bermula Ahad lepas (19 Mac).
"Semasa pertemuan itu, Yang Berhormat Menteri Pertahanan telah merakamkan ucapan takziah kepada mangsa dan keluarga serta rakyat Republik Turkiye yang terjejas kehidupan akibat bencana gempa bumi berukuran 7.8 magnitud yang telah melanda negara itu pada 6 Feb lepas.
"Menteri Pertahanan turut menzahirkan solidariti Malaysia bersama Turkiye yang sedang menghadapi keadaan mencabar masa ini dan komitmen Malaysia bagi membantu negara berkenaan dan rakyatnya," menurut kenyataan itu.
Pada 6 Feb lepas, gempa bumi berukuran 7.8 pada skala Ritcher telah melanda kawasan selatan Turkiye dan barat laut Syria dan kesan gegaran gempa itu dilaporkan turut dirasai di Cyprus dan Lubnan.
Kenyataan itu juga menyebut kedua-dua pemimpin berkenaan menyatakan komitmen meningkatkan kerjasama pertahanan antara Malaysia dan Turkiye, khususnya dalam bidang ketenteraan serta bidang sains, teknologi dan industri pertahanan.
Pertemuan itu turut membincangkan perolehan sedia ada dan akan datang melalui mekanisma kerajaan dengan kerajaan (G2G), selain Mohamad turut memanjangkan jemputan kepada Akar untuk menghadiri Pameran Aeroangkasa dan Maritim Antarabangsa Langkawi (LlMA 2023), Mei ini.
Pada lawatan itu Mohamad turut melawat HMM di Celikhan, Adiyaman dan diberi taklimat oleh Brig Jen Datuk Dr Amran Amir Hamzah mengenai HMM sejak hospital berkenaan ia mula beroperasi pada 15 Feb lepas yang telah memberi perkhidmatan kesihatan kepada penduduk setempat dan kawasan berdekatan.
Mohamad juga bertemu dengan Presiden Agensi Industri Pertahanan dan diberi taklimat bagaimana Turkiye membangunkan industri pertahanan dengan jayanya, seterusnya menjadi antara pemain industri utama dunia.
"Kedua-dua pihak telah bersetuju bahawa kerjasama industri pertahanan perlu ditingkatkan melangkaui perolehan aset-aset ketenteraan, dan komited untuk meneroka peluang kerjasama lain yang saling memanfaatkan kedua-dua negara," menurut kenyataan itu.
Lawatan Mohamad ke Turkiye merupakan satu aktiviti di bawah Tonggak Ketiga Strategi Pertahanan Negara, iaitu Perkongsian Berwibawa, seperti yang digariskan Kertas Putih Pertahanan (KPP) serta tandasolidariti kepada rakyat negara itu.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 21 2023

Malaysia akan menyumbangkan sebahagian daripada aset-aset Hospital Medan Malaysia (HMM) kepada Kerajaan Turkiye bagi membantu pemulihan perkhidmatan kesihatan di negara itu. - Foto Facebook Kementerian Pertahanan

Penantian veteran ATM hampir dua tahun dapat rumah baharu berakhir
Shamsudin Hamzah terpaksa menunggu lebih lama untuk mendapatkan rumah baharu kerana keadaan tanah di kawasan itu dari jenis gambut.

Sarawak hasrat bida tuan rumah World Robot Olympiad
Hasrat itu selaras dengan matlamat menjadikan Sarawak sebagai hab kecemerlangan pendidikan robotik serta STEM.

Ribut salji sebabkan gangguan meluas di Istanbul
Ribut itu membawa penurunan suhu yang ketara serta salji lebat, dengan keadaan paling buruk dilaporkan pada Jumaat.

164,000 kelapa tua dibawa masuk penuhi permintaan menjelang Ramadan, Aidilfitri
Angka itu merangkumi 82,000 kelapa yang tiba dari Sabah bulan ini, manakala 82,000 lagi dibawa masuk dari Kepulauan Palembang pada Mac depan.

46 warga Indonesia mangsa pemerdagangan dibawa pulang, termasuk bekas ahli DPRD
46 mangsa pemerdagangan manusia itu datang dari sembilan provinsi dengan majoriti berasal dari Sumatera Utara dan Jawa Barat.

Arab Saudi anjur sidang kemuncak pembinaan semula Gaza
Arab Saudi dijadual menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Kuda jatuh gaung berjaya diselamatkan
Anggota bomba di daerah Orange, California bertungkus lumus menyelamatkan seekor kuda yang terjatuh ke dalam gaung pada Jumaat.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Lebih 700,000 penyu mendarat di pantai Rushikulya India
Lebih 700,000 ekor penyu spesies Olive Ridley mendarat di pantai Rushikulya yang terletak di timur Odisha, India. Ia rekod terbaharu penetasan penyu atau digelar oleh masyarakat tempatan sebagai fenomena 'Arribada' di pantai itu.
'Indonesia gelap' cerminan tekanan pemerintahan Prabowo
Kepimpinan awal Presiden Prabowo Subianto dalam pentadbiran kerajaan Republik Indonesia menyaksikan penentangan dalam kalangan mahasiswa negara itu. Ia selepas pemotongan bajet terutama melibatkan sektor pendidikan dan kebajikan mahasiswa di negara itu. Salah seorang peserta yang terlibat dalam protes 'Indonesia Gelap' berkata Subianto melakukan keputusan yang buruk dalam pengenalan polisi-polisi kerajaannnya.
Pangkalan data salah laku polis Amerika ditutup
Pangkalan data di seluruh negara yang menjejaki salah laku pegawai polis Amerika Syarikat telah ditutup berikutan arahan Presiden Donald Trump. Menurut notis di laman web Jabatan Kehakiman Amerika, menyatakan Trump telah membatalkan perintah eksekutif yang ditandatangani bekas Presiden Joe Biden menyebabkan Pangkalan Data Akauntabiliti Penguatkuasaan Undang-undang Kebangsaan (NLEAD) dihentikan operasinya.

Pasukan Starlight II selamat tiba di tanah air
Sepanjang tempoh operasi, Hospital Medan Malaysia telah merawat seramai 2,415 pesakit termasuk 83 kes pembedahan.

Malaysia sumbang sebahagian aset hospital medan kepada kerajaan Turkiye
Malaysia akan menyumbangkan sebahagian daripada aset-aset Hospital Medan Malaysia (HMM) kepada Kerajaan Turkiye bagi membantu pemulihan perkhidmatan kesihatan di negara itu.

Gempa bumi Turkiye: Hospital Medan Malaysia di Adiyaman jadi tumpuan
Ia satu-satunya hospital yang menyediakan khidmat perubatan kepada penduduk selepas hospital di daerah tersebut musnah.

Gempa bumi Turkiye: Hospital Medan Malaysia dijangka beroperasi Rabu depan
Hospital Medan Malaysia (HMM) yang akan dibina di Turkiye untuk memberi perkhidmatan perubatan kepada mangsa gempa bumi di negara itu dijangka beroperasi Rabu depan.

Masalah komunikasi antara cabaran petugas hospital medan di Cox's Bazar
Pengalaman berkenaan dikongsi oleh Kapten Dr Dalilah Diana Al-Aliy Mamu yang merupakan satu-satunya doktor gigi yang ditempatkan di hospital berkenaan.