Kerajaan Malaysia tidak akan menerima dakwaan bahawa Rusia merupakan dalang di sebalik tragedi yang menimpa pesawat Malaysia Airlines MH17 pada 2014.
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, keputusan itu ekoran tindakan Jawatankuasa Siasatan Bersama (JIT) MH17 yang mengeluarkan Malaysia dari senarai asal lima negara peserta termasuk Australia, Brazil, Belgium dan Ukraine.
Ketika memberi respons pada satu soalan yang ditanya pengamal media antarabangsa, beliau berkata, Malaysia hanya akan menerima beberapa perkara sahaja daripada laporan akhir JIT tersebut.
Ia termasuk pengesahan bahawa peluru berpandu yang digunakan dalam kejadian itu adalah buatan Rusia, katanya.
“Kami hanya akan terima penemuan siasatan bahawa pesawat itu milik Malaysia, dipandu oleh juruterbang Malaysia, majoriti penumpang di dalam adalah rakyat Australia dan Belanda, pesawat itu telah terhempas akibat ditembak dan penemuan kotak hitam.
“Dan dalam Malaysia bersetuju bahawa peluru berpandu itu buatan Rusia, itu tidak bermaksud negara berkenaan merupakan dalang di sebalik kejadian. Kita perlukan bukti yang lebih kukuh,” kata Dr Mahathir pada satu sidang media di Kelab Pengamal Media Antarabangsa Jepun, di sini, hari ini.
Tragedi pada Julai 2014 itu telah mengorbankan 43 rakyat Malaysia. Kejadian berlaku sewaktu pesawat berkenaan terbang melintasi ruang udara timur Ukraine yang sedang bergolak.
Mengulas lanjut, Dr Mahathir berpendirian, adalah tidak masuk akal untuk laporan berkenaan mendakwa tentera Rusia merupakan pihak yang bertindak menembak pesawat malang itu.
“Kami tidak tahu mengapa Malaysia dikeluarkan dari jawatankuasa itu, tetapi sejak awal, siasatan terlampau dipengaruhi soal politik.
"Tujuan siasatan itu bukanlah untuk mengetahui punca sebenar, tetapi lebih kepada usaha menyalahkan Rusia. Laporan itu langsung tidak bersifat neutral.
"Sekiranya jawatankuasa itu dianggotai mereka yang langsung tidak berkepentingan, kami akan menyokong hasil dapatan siasatan itu. Tetapi mereka yang menganggotai jawatankuasa itu mempunyai kepentingan tersendiri,” katanya lagi.
Firdaus Azil
Thu May 30 2019

Bercakap kepada pengamal media antarabangsa di Tokyo hari ini, Dr Mahathir berkata, beliau mengambil pendirian, adalah tidak masuk akal untuk laporan JIT itu mendakwa tentera Rusia yang menembak pesawat MH17. --fotoBERNAMA

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Brazil jadi tuan rumah sidang kemuncak BRICS di Rio de Janeiro pada Julai
Brazil mengambil alih jawatan pengerusi pada 1 Jan dan mengetuai kumpulan kerja bagi menyediakan agenda dan topik untuk sidang kemuncak.

'Putera kini kembali’ - Santos sambut kepulangan Neymar
Neymar kembali ke Santos iaitu kelab yang membuka laluan buatnya menggilap bakat dan memasyhurkan namanya dan Pele di seluruh dunia.

Teruja kepulangan ke Santos FC, peminat Neymar ukir tatu di kaki
Kepulangan Neymar ke Santos FC mencetuskan keterujaan dalam kalangan peminat.

Neymar pulang ke Brazil, secara rasmi tamatkan kontrak Al-Hilal
Neymar juga hanya merekodkan dua penampilan dalam perlawanan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE), musim ini.

Seorang maut, pesawat kecil meletup di Brazil
Sebuah pesawat yang membawa lima penumpang meletup di Ubatuba, di pantai Sao Paulo, Brazil, pada Khamis.

Indonesia secara rasmi sertai BRICS sebagai anggota penuh
Ia penambahan kepada anggota penuh sedia ada iaitu Brazil, Rusia, India, China dan Afrika Selatan.

Brazil umum Indonesia sertai BRICS sebagai anggota penuh
Kerajaan Brazil pada 6 Januari secara rasmi mengumumkan penerimaan Republik Indonesia sebagai anggota penuh BRICS.

Brazil ambil alih kepengerusian BRICS, fokus pada kerjasama Selatan Global
Brazil mengambil alih pengerusi bergilir kumpulan BRICS (Brazil, Rusia, India, China dan Afrika Selatan) pada Rabu.

Rusia pertimbang penerbangan terus dengan Brazil, Malaysia, Pakistan
Kementerian Pengangkutan Rusia sedang mengadakan rundingan untuk melancarkan penerbangan terus ke Brazil, Malaysia, dan Pakistan.

Pesawat terhempas di Brazil, ahli perniagaan dan 9 ahli keluarga maut
Kesemua 10 orang di dalam sebuah pesawat kecil terbunuh apabila pesawat itu terhempas di bandar Gramado, selatan Brazil.