Malaysia mengambil pendirian serius dan bertekad untuk merungkai perkara sebenar berhubung pembunuhan warga Korea Utara, dilaporkan secara meluas sebagai Kim Jong-nam, di Lapangan Terbang Antarabangsa KL 2 (klia2) baru-baru ini, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.
Perdana menteri berkata kerajaan juga bertekad untuk membawa ke muka pengadilan mereka yang bertanggungjawab terhadap apa yang berlaku.
"Apa yang saya ingin katakan bahawa jenayah telah dilakukan di Malaysia, dan kami juga sedar bahawa bahan yang digunakan adalah bahan kimia amat bahaya yang tidak sepatutnya digunakan langsung, kerana jika (bahan itu) digunakan dalam kuantiti banyak, ia akan membawa kematian kepada banyak orang, bukan hanya satu orang," katanya.
Najib berkata demikian dalam wawancara eksklusif oleh Al Arabiya News Channel bersempena dengan lawatan negara bersejarah Raja Arab Saudi Raja Salman bin Abdulaziz Al Saud ke Malaysia baru-baru ini.
Malaysia merupakan negara pertama di Asia Tenggara dilawati Penjaga Dua Kota Suci itu sejak baginda menaiki takhta pada 2015.
Dalam wawancara itu, dikendalikan oleh Pengurus Besar Al Arabiya, Turki Aldakhil, yang meliputi pelbagai topik, khususnya hubungan Kuala Lumpur-Riyadh, Najib ditanya mengenai perkembangan terkini penyiasatan kes pembunuhan Jong-nam, abang pemimpin tertinggi Korea Utara Kim Jong-un di klia2 pada 13 Feb.
Dilaporkan Jong-nam sedang menunggu untuk menaiki penerbangan ke Macau di klia2 apabila dua wanita secara tiba-tiba menyapu mukanya dengan cecair yang kemudiannya dikenal pasti sebagai agen saraf VX.
Jong-nam dilaporkan meminta bantuan di kaunter khidmat pelanggan di lapangan terbang itu dan segera dihantar ke Hospital Putrajaya tetapi meninggal dunia semasa dalam perjalanan. Beliau menggunakan pasport yang tertera nama Kim Chol.
Menegaskan lebih lanjut, perdana menteri berkata pihak berkuasa perlu menjalankan pemeriksaan DNA untuk menentukan identiti si mati.
"Ini merupakan prosedur biasa dan kami sedang menunggu sampel DNA untuk mengenal pasti mayat.
"Jadi kami tidak boleh menyerahkan mayat selagi kami tidak dapat menentukan tanpa was-was identiti mangsa atau si mati," katanya. -- Bernama
Bernama
Mon Mar 06 2017
Menurut perdana menteri, kerajaan Malaysia bertekad untuk membawa ke muka pengadilan mereka yang bertanggungjawab terhadap pembunuhan warga Korea Utara, Kim Jong-nam di klia2. - Foto Reuters
Abang lemas cuba selamatkan adik jatuh tali air di Bachok
Seorang remaja lelaki maut manakala adiknya masih hilang dalam kejadian lemas di tali air Kampung Kubang Telaga, Bachok, petang tadi.
Digital nomad: New Zealand longgarkan peraturan visa pelawat
New Zealand juga menyasarkan pelancong yang mahukan peluang untuk bekerja sambil mengembara di negara itu.
Menara loceng bangunan abad ke-19 di Paris musnah
Kebakaran di bangunan pentadbiran daerah ke-12 Paris memusnahkan menara loceng dalam kejadian awal pagi Isnin.
Menurut Pegawai Polis Paris, Laurent Nunez, tiada mangsa korban susulan kebakaran yang dikesan bermula di bahagian bumbung bangunan abad ke-19 itu.
Menurut Pegawai Polis Paris, Laurent Nunez, tiada mangsa korban susulan kebakaran yang dikesan bermula di bahagian bumbung bangunan abad ke-19 itu.
Eksekutif letak jawatan akibat dakwaan salah laku seksual
Dua eksekutif syarikat Fuji Media Jepun umum letak jawatan selepas mengakui gagal menangani isu dakwaan salah laku seksual melibatkan pengacara terkenal, Masahiro Nakai.
Pengerusinya, Shuji Kanoh dan Ketua Unit Televisyen, Koichi Minato mengumumkan perletakan jawatan tersebut menerusi satu sidang media pada Isnin.
Pengerusinya, Shuji Kanoh dan Ketua Unit Televisyen, Koichi Minato mengumumkan perletakan jawatan tersebut menerusi satu sidang media pada Isnin.
Tumpuan Selasa – 29 Januari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (27 Januari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Kepengerusian ASEAN: JPJ tingkat pengawasan di KLIA bendung 'ulat teksi'
JPJ Selangor akan melakukan pengawasan lebih intensif bagi membendung kegiatan 'ulat teksi' di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Ribuan banduan di Congo loloskan diri dari penjara
Difahamkan, perkara ini tercetus apabila sekumpulan pemberontak yang disokong Rwanda berjaya memasuki ke bandar Goma di timur Congo.
Harapan untuk pulang musnah, Israel dan Hamas tuduh langgar perjanjian
Rakyat Palestin yang kehilangan tempat tinggal seperti Omar Halawa menunggu selama berjam-jam di penghadang tentera Israel di Wadi Gaza, berusaha untuk menyeberangi jalan pesisir.
Usaha Lestari Niaga perkasa peniaga kecil serta tarik pelancong
Dr Zaliha menambah, langkah ini bertujuan mempermudah urusan mendapatkan lesen perniagaan sekali gus memberi peluang pendapatan tambahan kepada pihak berkuasa tempatan seperti Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
PM Najib kongsi rahsia Malaysia turunkan kadar kemiskinan, tangani pengangguran
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, semasa berkongsi kisah kejayaan itu, menyatakan bahawa kerajaan juga menekankan hakikat bahawa pertumbuhan itu mempunyai kaitan dengan keadilan.
Tiada tempat untuk keganasan di Malaysia - PM Najib
Malaysia mengambil pendirian amat tegas terhadap ekstremisme dan keganasan dan enggan berkompromi atau bertolak ansur dalam perkara itu, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Malaysia tekad selesaikan kes pembunuhan Jong Nam - PM Najib
Malaysia mengambil pendirian serius dan bertekad untuk merungkai perkara sebenar berhubung pembunuhan warga Korea Utara.