PUTRAJAYA: Malaysia dijangka menerima 600,000 dos vaksin COVID-19 AstraZeneca menerusi kilang pembuatan vaksin itu di Thailand pada Jun depan.
Menurut Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin, pihaknya telah menerima jadual penghantaran itu daripada AstraZeneca Malaysia pada Rabu.
"Saya baru sahaja menerima jadual penghantaran vaksin AstraZeneca. Tetapi ini bukan dari fasiliti COVAX, tetapi terus dari AstraZeneca Malaysia iaitu menerusi kontrak pembuatan vaksin AstraZeneca di Thailand.
"Saya nak mengesahkan penghantaran vaksin AstraZeneca ini bermula Jun depan… kita akan menerima 600,000 dos vaksin tersebut yang akan dihantar secara berkala setiap bulan," katanya.
Beliau berkata demikian dalam Majlis Kolaborasi Korporat Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) di sini pada Rabu.
Bagaimanapun, jelas Khairy, kerajaan masih menunggu jadual penghantaran mengenai pembelian vaksin AstraZeneca menerusi fasiliti COVAX.
Mengulas lanjut berkenaan tindakan kerajaan India baru-baru ini menggantung penggunaan vaksin AstraZeneca daripada Serum Institute of India (SII), kata Khairy, tindakan itu tidak akan menjejaskan penghantaran vaksin AstraZeneca ke Malaysia.
Ini kerana, ujar beliau, vaksin AstraZeneca yang dibeli oleh Malaysia dibuat oleh syarikat pengeluar vaksin dari Korea, SK Bioscience.
"Saya percaya tindakan menggantung vaksin tersebut oleh kerajaan India tiada kaitan dengan vaksin yang akan kita terima, kerana vaksin AstraZeneca itu dibuat oleh syarikat dari negara Korea, SK Bioscience," jelas Khairy lagi.
Fareez Azman
Wed Mar 31 2021
Menurut Khairy Jamaluddin, kesemua 600,000 dos vaksin AstraZeneca akan dihantar secara berkala setiap bulan.
AGC fail notis usul, mahu rayu keputusan kes Titah Adendum ke Mahkamah Persekutuan
Notis itu berdasarkan premis percanggahan dalam tafsiran undang-undang, dan kepentingan isu undang-undang di bawah Perlembagaan Persekutuan.
Populasi Harimau Malaya tunjuk perkembangan positif - Nik Nazmi
Jumlah populasi Harimau Malaya (Panthera Tigris Jacksoni) di negara ini menunjukkan perkembangan yang positif.
[TERKINI] Op Sky: Tiga selebriti hadir ke SPRM esok
Tiga selebriti akan hadir memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Khamis, bagi membantu siasatan membabitkan sindiket syarikat perunding kewangan.
Hampir 50 peratus bakal jemaah haji setuju terima tawaran haji setakat ini
Hampir 50 peratus daripada 31,600 bakal jemaah haji telah bersetuju dan selesai menjawab tawaran haji bagi musim 1446H/2025M, setakat 27 Jan lepas.
Khazanah catat keuntungan RM5.1 bilion
Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) mencatat keuntungan operasi sebanyak RM5.1 bilion bagi tahun kewangan 2024, berbanding RM5.9 bilion pada 2023.
Gencatan Senjata: Sengasara rakyat Palestin mencari sesuap makanan, seteguk air bersih
Penduduk Palestin di Jabalia menyuarakan kesukaran untuk mendapatkan bekalan makanan dan air bersih ketika bantuan kemanusian sukar mencapai kawasan berkenaan yang telah musnah akibat serangan Israel.
Op Sky: Tiga selebriti hadir ke SPRM esok
Tiga selebriti akan hadir memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Khamis, bagi membantu siasatan membabitkan sindiket syarikat perunding kewangan.
67 mayat mangsa nahas helikopter-pesawat di Washington D.C. ditemukan
Pasukan penyelamat berjaya menemukan kesemua 67 mayat mangsa yang terkorban dalam insiden membabitkan sebuah helikopter dan pesawat penumpang di Washington D.C. minggu lalu.
Parlimen: KKM lakukan kajian awal penggunaan AI dalam saringan kesihatan
Kecerdasan buatan (AI) mempunyai potensi besar untuk digunakan dalam sistem kesihatan negara terutamanya dapat mempercepatkan aspek saringan dan diagnostik.
KESUMA, PERKESO dapatkan maklumbalas dengan pemegang taruh
Pihak Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) melalui Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) telah mengadakan sesi libat urus bersama para pemegang taruh bagi mendapatkan maklum balas berkenaan dengan cadangan pelaksanaan Skim Kemalangan Bukan Bencana Kerja (SKBBK).
Kerajaan jamin sediakan rawatan kesan sampingan vaksin COVID-19 termasuk AstraZeneca - Dzulkefly
Kerajaan memberi jaminan akan menyediakan rawatan susulan bagi penerima vaksin COVID-19 termasuk AstraZeneca yang terbukti mengalami kesan sampingan.
Suntikan dos kedua AZ dipercepatkan kepada 9 minggu - Khairy
Dianggarkan lebih sejuta penerima yang terlibat dalam program sukarela AstraZeneca COVID-19 akan menerima janji temu dalam masa terdekat.
KKM beri rawatan segera sekiranya ada kesan sampingan dari vaksin AstraZeneca - Dr Adham
Orang ramai dinasihat untuk memantau tahap kesihatan mereka, di samping perlu mendapatkan rawatan segera sekiranya mengalami gejala.
Malaysia terima 600,000 dos vaksin AstraZeneca pada Jun - Khairy
Kesemua 600,000 dos vaksin tersebut yang akan dihantar secara berkala setiap bulan.